Sunday, May 31, 2015

Ahmad Iman Huzaifie Turns 3 Month dan Hepy Anniversary ke 3 papa!

Alhamdulilah..diberi nikmat dan hikmat oleh ALLAH untuk merasai nikmat bahagia berkeluarga, nikmat bahagia jadi seorang ibu..pejam celik..gelap cerah..masa berlalu sangat pantas..mungkin juga sebab perkahwinan jarak jauh kami (PJJ)..Membuatkan lagi masa cepat berlalu..=.=

Ahmad Iman Huzaifie dan masuk 3 bulan lebih..seriusly macam tak percaya..mama dah ada 2 orang anak..ahaa..lempang pipi kiri dan kanan, cubit peha kiri peha kanan terasa..makna nye apa nik anna oii..ianya bukan mimpi tapi kenyataan..ahaaa..



dan juga hepy anniversary ke 3..alhamdulilah..mama kuat untuk anak-anak mama..susah juga PJJ dengan 2 orang anak yang masih kecil..T_T

Ahmad Iman belum meniarap lagi, tapi bila dia senyum..cair mama sayang..=.=

tarra hadiah anniversary..


 dalam banyak2 perkara..ni lah saham akhirat yang tiada nilainya..mama dan papa akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak..ameen..

tak terasa sakit bersalin..bila tengok wajah anak-anak..itulah istimewa jadi seorang ibu..ALLAH dah bagi kelebihannya..

**********sempena cuti sekolah ni..rasa nak g jalan-jalan je..ahaa..layann

 

8 cara Elakkan Bayi Mengigit Ketika Menyusu Supaya Puting Tidak Luka..selamat mencuba!

Sebagai ibu menyusu, saya pasti yang ibu-ibu lain pun pernah rasa 'nikmat' kena gigit dengan si comel masa tengah syok menyusukan dia. Betul tak?..T_T

Tambah sengsara bila bayi dah mulai tumbuh gigi, dan kebetulan puting ibu pulak luka. Aduhai... rasa nak menangis! Yang si dia tengok ibu tengah menahan kesakitan boleh pulak dia sengih-sengih... haish..geram jugak dibuatnya..sape pernah rasa 'nikmat' kena gigit?..haa..

sepupu saya pernah bagi petua,kalau baby gigit, picit hidung dia. Serta merta dia akan lepaskan gigitan. Memang saya amalkan dan memang berkesan! Haha...sian kena picit hidung ya..






Sebenarnya kenapa ye bayi menggigit? Gatal gusi ke atau sengaja nak 'seksa' ibu?

jom review 8 Tips di bawah ini..mudah-mudahan membantu para ibu..

Tips #1. Cari punca

Mesti ada sebab anak kita tu menggigit. Antaranya dia memang gatal gusi nak tumbuh gigi, atau bayi tu kecewa sebab gagal dapat susu yang diingininya.

Jika susu tak nak keluar atau alirannya terhalang, ibu perlulah ransang supaya susu dapat mengalir lancar untuk penuhi keperluan bayi. Tuam payudara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam atau buat urutan khas di sekeliling payudara.

Tips #2. Tukar payudara

Contohnya, kalau bayi suka gigit payudara belah kiri, perlahan-lahan alihkan dia ke belah kanan sambil ibu menegur secara sopan. Selalunya kalau macam ni, ibu mesti rasa nak marah kan, jangan marah sebaiknya cakap dan tegur dengan lembut.

Tips #3. Picit hidung atau tekap muka bayi


Ini macam kaedah 'mendenda'. Kalau sayang gigit lagi, mama picit hidung. Kaedah ni memang berkesan dan bayi akan faham jika dia menggigit lagi, maka hidungnya akan sakit.

Tips #4. Posisi yang selesa

Mungkin bayi menggigit sebab tak selesa dengan posisi yang ibu letakkan. Contohnya ada bayi yang nak tidur dan menyusu sambil baring dengan ibu, dia tak nak ibu duduk jadi dia gigit puting ibu. Ibu mesti faham akan isyarat yang bayi itu mahukan.

Tips #5. Leraikan gigitan dengan jari

Jika bayi seakan mahu mula menggigit, masukkan jari ibu ke dalam mulutnya supaya mulutnya terlepas daripada payudara. Buat perlahan-lahan, bukan dalam keadaan tiba-tiba untuk mengelakkan bayi terkejut dan akhirnya menggigit puting ibu dengan lebih kuat.

Tips #6. Gigit sesuatu

Kalau betul bayi dah nak tumbuh gigi, berikan sesuatu untuk dia gigit seperti teether. Alat seperti ini dapat membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit. Pastikan juga mainan tu bersih.

Tips #7. Jangan menjerit


Walapun sakit, pedih dan perit, elakkan daripada menjerit, meninggikan suara, memarahi atau memukul bayi. Keadaan ini akan buatkan bayi terkejut dan takut nak menyusu.

Tips #8. Prihatin


Sentiasa perhati dan prihatin dengan tingkahlaku bayi untuk kenalpasti tabiat menggigit itu disebabkan apa. Contohnya jika bayi menyusu dalam keadaan terlalu mengantuk dan puting mula nak terlepas daripada mulutnya.

Ibu mesti peka dengan keadaan ini untuk mengelakkan bayi menggigit dan buatkan luka jadi lebih parah lagi.

Sebenarnya takdelah susah sangat nak handle masalah bayi menggigit ni. Ibu mesti jadi sedikit kreatif supaya bayi dapat terus menyusu dan ibu tak rasa sakit.

Jangan pulak ibu fed-up dan terus berhentikan penyusuan.. Kesian si comel.

 

Petua Atasi Puting Luka

Wahh ini special untuk ibu yang ada masalah puting luka akibat digigit si kecil. Caranya ialah, picit puting untuk keluarkan susu, dan sapukanlah susu tersebut pada bahagian luka.

Percaya tak, susu ibu mengandungi vitamin E yang boleh membantu proses penyembuhan luka.

Tapi, jangan pergi sapu vitamin E sintetik yang ibu beli dikedai. Ini bahaya sebab vitamin E sintetik tersebut mengandungi bahan toksik.

p/s: atau pun ibu boleh dapatkan vitamin E semulajadi daripada saya.



feel free to like & share!

 

Saturday, May 30, 2015

Ibu Hamil Kurang Berat Dipaksa Bersalin Awal?..betul kah?

Semasa zaman bujang dulu-dulu, saya risau sangat kalau tak boleh mengandung sebab berat saya hanya 48kg, dengan tinggi 166cm..agak tidak stabil di situ..sementa lah memang saya tahu saya dalam kategori kurus. ngeri!..tengok badan sendiri..=.=

dan ada cerita, kawan serumah bagitahu kakak ipar dia kurus lebih kurang macam saya jugak beratnya..susah nak hamil dan kalau hamil keguguran..T_T..risau juga kalau-kalau faktor berat badan mempengaruhi kandungan..Oh rupanya sangkaan saya meleset sama sekali..suka-suka je kan buat andaian sendiri...ahaa


dalam entry ni saya nak kupaskan ibu hamil yang kategori underweight atau berat kurang..benarkah kena paksa bersalin awal??..jom baca sampai habis..=))








Setiap wanita yang mengandung, Allah anugerahkan kekuatan hingga dia mampu membawa beban sehingga 24kg bergantung kepada berat badan sebelum hamil dan jenis kandungan sama ada tunggal atau kembar.

Dan tidak ada kena mengena berat ibu yang underweight / kurang berat akan dipaksa bersalin awal sebelum cukup tempohnya (37-40 minggu) melainkan ibu tersebut ada masalah tertentu yang akan berisiko terhadap nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

 

Risiko Bersalin Awal

Apabila bayi dilahirkan sebelum cukup 37 minggu, ia dikenali sebagai bayi pra-matang. 


Ada banyak sebab ibu akan terpaksa bersalin awal. Antaranya:


  • sejarah kelahiran pra-matang. Jadi ibu berisiko tiga kali ganda akan melahirkan bayi pra matang lagi
  • hamil kembar
  • kelainan pada uterus dan serviks
  • jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing
  • jangkitan pada tempat air kencing dan vagina
  • penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan diabetes
  • mengandung dengan satu fetus selepas rawatan IVF
  • ibu merokok, mengambil dadah dan alkohol
  • sosio ekonomi rendah
Walaupun begitu, jika ibu mempunyai faktor risiko spesifik, tidak bermakna seorang ibu telah ditetapkan untuk melahirkan anak pra-matang kerana adakalanya ia berlaku juga tanpa sebab yang tidak diketahui.




Alhamdulilah..kita wanita yang terpilih untuk jadi seorang ibu.. tidak kira la berat kurang atau terlebih..apa-apa pun anak adalah saham akhirat yang tidak ternilai..kalau ada yang nak tahu berat anak saya masa lahir..yang anak sulung saya lahir 2.86kg, yang no 2..3.34kg..kalau tengok pada size perut masa hamil, mengandung kali ke 2 perut saya kecil je..berat tak naik sama macam hamil anak yang sulung..tapi anak no 2 lagi berat masa lahir..

dan ternyata hamil anak perempuan dan lelaki tidak sama okey..=)




Apa yang penting, semasa hamil, ibu-ibu mestilah menjaga kesihatan sebaik mungkin, ambil semua vitamin yang diperlukan sejak awal mengandung kerana vitamin itu sangat penting untuk perkembangan bayi yang sihat.


Mengandung adalah satu peringkat dimana wanita akan mengalami komplikasi kesihatan fizikal. Oleh kerana bayi dalam kandungan perlukan nutrisi, mineral, vitamin dan kalsium daripada tubuh ibu, jadi ibu akan mengalami kesan kekurangan nutrisi tersebut. Sebab tu doktor akan bekalkan vitamin-vitamin supaya ibu dapat tampung kekurangan itu tadi...pengalaman penulis hamil dengan vitamin semulajadi klik link


feel free to like & share!

 

Friday, May 29, 2015

10 Perkara Yang Suami Sering Abaikan Semasa Isteri Mengandung

Mengandung adalah satu proses dimana berlaku perubahan besar ke atas tubuh seorang wanita dari segi fizikal, mental dan emosi. Apabila seorang wanita mengandung, ia akan menjadi perkara yang paling seronok dan mengujakan dalam sesebuah keluarga.

Tempoh mengandung sembilan bulan 10 hari ini sepatutnya menjadi tempoh masa yang amat indah untuk dikenang oleh pasangan suami isteri kerana inilah detik di mana seorang bidadari kecil dari benih kita bakal menjengah dunia.




Namun, seringkali saat ini dibiar berlalu begitu sahaja. Sedar tak sedar sudah sampai tempoh masa bersalin. Percaya tak, ada isteri yang mungkin boleh memendam rasa dan serik untuk mengandung lagi kerana dirasakan dia cuma mengandung 'seorang diri'.

Ketahuilah bahawa emosi isteri saat mengandung ini amat mudah terhiris dan terluka. Suami mesti pandai memainkan peranan kerana jika tidak, silap haribulan isteri akan kata, 'cukuplah...saya tak nak mengandung lagi'.

Wahai suami, perhatikan perkara berikut. Walaupun nampak remeh dan kecil, tapi tidak bagi isteri...jom habiskan baca entry ni..


#1. Mendengar

Perubahan hormon semasa hamil yang ibarat roller coaster ini memang pelik. Ada masa isteri suka mendiamkan diri. Ada masa isteri suka bercakap.

Suami cuma perlu menjadi pendengar yang setia. Pinjamkan telinga untuk mendengar rungutan, bebelan atau apa saja komen isteri. Jika isteri berdiam diri, ajak dia berbual untuk dia meluahkan perasaannya yang mungkin dipendamkan seorang diri.

#2. Bantu isteri melakukan kerja rumah

Isteri yang melakukan kerja rumah seorang diri akan merasa stress, tertekan dan tidak dipedulikan sedangkan dia sendiri mengalami alahan, sentiasa penat dan lesu, loya dan muntah, atau mengalami sakit-sakit pinggang, kaki dan sebagainya.

Suami perlu tunjukkan bahawa dia sentiasa ada untuk sama-sama merasai susah payah isteri yang sedang mengandung itu. Cukup dengan melakukan kerja-kerja ringan seperti membasuh dan menyidai kain, membersih atau menyapu sampah.

Lagi sweet kalau suami dapat tolong isteri menyediakan makanan buat keluarga.



#3. Mengidam

Ada isteri yang semasa mengandung suka mengidam untuk makan makanan yang dia teringin. Jadi suami kenalah carikan apa yang isteri teringin nak makan tu. Simptom mengidam ini ada kaitan dengan kekurangan satu atau beberapa zat dalam badan isteri.

Jadi kalau susah nak masak, belikan saja!

#4. Tolong picit dan urutkan badannya

Isteri mengandung akan selalu mengalami masalah sakit betis, sakit urat, sakit kaki, sakit pinggang, sakit kepala dan macam-macam penyakit lagi. Jika dia mula mengadu, jangan cakap banyak. Ringankan tangan untuk picit dan urut bahagian yang sakit itu.

Percaya tak, isteri bukan tak mampu nak menghadapi sakit itu tetapi sebenarnya dia nakkan perhatian. So, give yours!

#5. Tolong jaga anak

Isteri yang mengandung kali kedua, ketiga atau seterusnya pasti sedang 'berperang' untuk menjaga si sulung walhal dirinya sendiri pun tak larat nak jaga. Apa lagi kalau anak tu jenis yang agak lincah dan aktif, memang boleh semput ibu dibuatnya. silap-silap boleh boleh naik tekanan darah tinggi.

Jadi..suami jangan duduk rileks tengok tv saja, tolonglah jaga anak-anak tu sama.





#6. Temankan isteri ke klinik

Ada isteri memang boleh berdikari dan buat segala benda seorang diri. Tapi bila ke klinik untuk berjumpa doktor atau melakukan apa-apa rawatan bulanan, dia mahukan suaminya ada bersama.

Sekali sekala suami boleh offer diri untuk temankan isteri. Mesti isteri lebih suka dan seronok..saya memang sangat suka kalau incik suami temankan..tapi memandangkan PJJ, x selalu suami ada untuk saya.T_T

#7. Selalu mengucapkan kata-kata pujian dan kasih sayang


Katakan bahawa isteri itu sangat cantik, katakan bahawa suami pun tak sabar-sabar nak main dengan si kecil. Tunjukkan bahawa suami juga amat teruja dengan kehamilan itu walaupun isteri sedang mengandung anak kelima!

Lagi baik kalau suami dapat selalu mengusap perut isteri, bercakap dengan bayi dalam kandungan juga membacakan Al-Quran.

#8. Sering menghubungi dan bertanya khabar

Ini sesuai untuk suami isteri yang sedang dalam perkahwinan jarak jauh (PJJ). Isteri di Malaysia sedangkan suami bekerja di London.

Tanya khabar isteri lebih kerap dan tunjukkan perhatian yang sepatutnya walaupun jarak memisahkan anda berdua. Gunakan segala medium sosial yang ada termasuk skype untuk berhubung dan menyatakan kerinduan anda berdua.

#9. Ambil tahu tentang kehamilan


Cari maklumat dan ilmu dan berkongsi dengan si dia. Dengan itu isteri tahu bahawa suami memang betul-betul prihatin dengannya.

#10. Shopping barang bayi bersama

Jangan biarkan isteri melengkapkan keperluan bersalin seorang diri sedangkan suami masih ada di sisi. Ambil bahagian untuk memilih warna, corak, design, atau jenama peralatan dan keperluan bayi dan ibu lepas bersalin nanti.



Perkara ini, walaupun nampak kecil tetapi impaknya sangat besar. Selain dapat mengeratkan kasih-sayang anda berdua, isteri akan lebih menghormati, menyayangi dan tidak teragak-agak untuk mengandung hingga cukup satu team futsal. :D





Agak-agaknya kalau ada incik suami yang terbaca entry ni, minta-minta lah dia ringgan tulang nak tolong itu ini..Jika anda seorang isteri beruntungnya jika ada suami di sisi..pengalaman saya hamil, banyak perkara kena buat sendiri..kami PJJ..REDHA..T_T..

feel free to like & share!


Wednesday, May 13, 2015

10 Tips Anak Pintar Sejak Dalam Kandungan..ibu ayah Mesti Buat!

  Assalamualaikum..
Semua ibu ayah inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Memula tahu mengandung, berita gembira yang sentiasa dinanti-nantikan..Allahuakbar!.. gembira sampai mengalir air mata..kisah saya hamil 2 tahun yang lalu..malam tu tak lena nak tidur sebab period baru lewat 2 hari..esok nak buat Ujian Kehamilan (UPT TEST)..excited!

alhamdulilah..positif...sejak dari hari itu, memang nekad nak bagi yang terbaik untuk janin yang dalam kandungan. saya google cari amalan-amalan ibu hamil..apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat, pantang larang , malah makanan pun kena jaga juga.. rasanya pengalaman ibu yang hamil macam saya juga kan..cari ilmu sendiri..



saya kongsikan 10 tips amalan untuk anak pintar sejak dalam kandungan..check it out~..
 
Tips #1. Berikan nama yang baik
Biasa kita excited nak tahu jantina bayi yang dikandung kan. Lepas dah tahu mesti nak cari nama yang cantik, maksud yang cantik.  Sebelum lahir lagi, kalau dah ada nama yang memang ibu ayah dah niatkan nak panggil. Ajak bayi berbual bersama dengan memanggil nama penuhnya. Pada trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk trimester 2, selalulah usap perut dan berkomunikasi dengan bayi kita.

Tips #2. Berbicara dengan bayi


Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik. Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh atau solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalulah  berkomunikasi dengan mereka.

Tips #3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga
 
Si Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara  dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.

Tips #4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran

Jika sudah puas bercakap dengan bayi, ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, perdengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelak boleh menjadi seorang yang berguna kepada agama.

Tips #5. Bacakan cerita pada bayi
Selain Al-Quran, ibu mengandung boleh membaca buku-buku ilmiah yang lain.  Bacalah dengan suara yang kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.


Tips #6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan

Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Ibu mengandung perlu pastikan diri dan anak dalam kandungan sihat dan cukup keperluan nutrisi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut.
klik link vitamin untuk penuhi nutrisi ibu hamil

Tips #7. Penerimaan dengan hati yang terbuka

 


ibu bapa perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.

Tips #8. Ibu akan membuat latihan matematik dan muzik


Ada kajian mendakwa membuat latihan matematik dan muzik boleh merangsang otak bayi. Ibu yang kerap menyanyi sambil bermain piano mampu merangsang otak bayi.  Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.

Tips #9. Mempelajari alat muzik dan bahasa asing

Apabila Si ibu mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola akan membuatkan ransangan untuk kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain muzik, seperti belajar bahasa, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya dimana pemprosesan maklumat bahasa dan muzik akan melibatkan fungsi kedua-dua belah otak kiri dan kanan bayi dalam kandungan.

Tips #10. Pemakanan yang istimewa terbaik

Antara makanan yang boleh diamalkan adalah kacang badam atau almond, buah kurma tau tamar, dan makan ikan dengan banyak (tanpa kepala). 






Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga boleh mengambil pil minyak ikan DHA+ sebagai nutrisi tambahan. Minyak ikan terbaik di dunia ialah klik link khasiat minyak ikan untuk ibu hamil..

  

semua tips ini, senang nak diamalkan. sejujurnya ibu dan ayah kena bekerjasama mainkan peranan masing-masing. sape tak sayang anak kan.. ;)

feel free to like & share 

Tuesday, May 12, 2015

Petanda Susu Badan Tidak Cukup Buat Si Manja

Assalamualaikum..

Pengalaman menjadi fully bf mom pada dua orang anak dapat memberi sedikit perkongsian ilmu tentang laktasi. Rata-rata ibu-ibu muda risau akan penghasilan susu badan. Pengalaman saya pun begitu juga pada kelahiran anak sulung.  Dalam fikiran cukup kah susu ibu? bagaimana pengambilan supplement, dapat kah bayi menyusu dengan baik?

Menyusu perlu dimulakan secepat mungkin. Rangsangan hisapan daripada bayi anda memberi isyarat yang positif kepada badan ibu untuk menghasilkan jumlah susu yang banyak. Dalam entry ini saya kongsikan petanda susu badan cukup dan petanda susu badan TIDAK CUKUP. moga-moga membantu ibu menjayakan dunia Penyusuan..



 5 Petanda Normal bagi bayi menyusu badan

Dibawah ini BUKAN tanda susu kurang. Adalah normal sekiranya:

1. Bayi kerap menyusu
Susu ibu sangat mudah dihadam (mengambil masa 1.5-2 jam sahaja). Jadi, bayi yang menyusu dengan susu badan mesti menyusu dengan lebih kerap. Lagipun, bayi sangat suka didakap ibu kesayangannya..dia rasa lebih selesa, selamat. Jangan salah faham, sian baby..

2. Kekerapan dan tempoh menyusu meningkat secara mendadak
Ini dipanggil 'growth spurt". Pada masa ini, bayi akan menyusu lebih kerap, (mungkin setiap satu jam) dan sering meragam. Ibu jangan panik.Keadaan ini hanya sementara dan biasanya mengambil tempoh antara beberapa hari dan beberapa minggu.

Growth spurt biasanya berlaku- selepas bayi dilahirkan, 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, dan 9 bulan. Setiap bayi adalah unik dan tidak semua bayi mengalami growth spurt dan tidak semua growth spurt berlaku dalam masa yang sama.

Growth spurt adalah semulajadi. Ibu diingatkan tidak mengambil suplemen pada waktu ini kerana tubuh ibu sedang meningkatkan penghasilan susu. Supplemen pada waktu ini akan beri isyarat negatif pada hormon.



3. Bayi meragam
Bayi memang akan meragam lebih-lebih lagi jika berasa perubahan seperti terlalu sejuk, terlalu panas, rasa tidak selesa dan sebagainya. Cara yang paling baik, dukung, dakap, dan kerap memberi payudara sebelum dia mula meragam.

4. Bayi minum susu dari botol dengan lahap walaupun selepas menyusu badan
Menurut pakar laktasi Kathy Kuhn, keadaan ini berlaku apabila ibu memberi botol, mulut bayi dipenuhi dengan susu. Bayi tidak menyedut tetapi susu mengalir keluar dari botol dan bayi TERPAKSA menelannya. Ini berlaku hingga sebotol susu habis. Keadaan ini sering disalahertikan sebagai 'bayi tak cukup susu'. Kesian baby..

5. Tidak dapat memerah susu dalam kuantiti banyak
Amaun susu yang diperah, bukan ukuran bekalan susu kita! bayi yang menghisap secara efektif dari payudara mampu mengeluarkan lebih susu berbanding pam. Secara semulajadi, bayi memang tahu bagaimana menghisap susu (jika disuakan dengan betul) oleh ibu dia ;)

*Pam yang tidak sesuai boleh membawa mudarat. Hati-hatilah memilih pam.







Bagaimana untuk mengetahui bahawa susu untuk bayi mencukupi?


1. Payudara menjadi lembut selepas menyusukan bayi.

2. Selepas menyusu, bayi kelihatan lebih tenang, kenyang dan puas hati

3. Berat bayi meningkat selepas berlaku penurunan selepas lahir.

4. Selepas menyusu 'kolostrum', lampin basah hanya 1 atau 2 kali sehari. Manakala selepas menyusu 'susu' lampin basah biasanya 5-8 kali sehari (bergantung pada lampin atau diapers).

5. Pada bulan pertama kelahiran, bayi akan membuang sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan selepas hari ke-5, najis berwarna kekuningan. Pada usia sebulan, pergerakan usus kurang tetapi semakin normal apabila bayi mula makan solid food pada usia 6 bulan.



TANDA-TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT SUSU YANG CUKUP

1. Payudara masih terasa penuh walaupun selepas menyusukan bayi

2. Bayi kelihatan cerewet dan lemah. Dia mungkin tertidur dipangkuan tetapi akan jaga apabila anda meletakkannya ke tilam.

3. Berat bayi tidak bertambah selepas hari ke-lima.

4. Lampin basah lebih dari biasa dalam masa 24 jam selepas hari ke-lima kelahiran.

5. Air kencing berwarna gelap (seperti jus epal). Jika susu mencukupi, air kencing akan lebih jernih.

6. Penyusuan memakan masa lebih dari sejam dan bayi kelihatan tidak puas.

Setelah mengetahui dan memahami tanda-tanda seperti diatas, ibu-ibu dah boleh buat pilihan sama ada nak lakukan perkara yang meransang pertambahan susu atau mengambil suplemen.


Pengalaman saya, penyusuan susu ibu semudah ABC jika kita yakin untuk melakukannya. Berikan yang terbaik untuk bayi anda.

klik link >>> 10 Tips menjayakan penyusuan susu ibu
Klik link>>> Keajaiban Susu Ibu  
Klik link >>> Supplement bantuan untuk penyusuan susu ibu


feel free to like & share

Monday, May 11, 2015

14 Cara Nak Tahu Jantina Anak Lelaki Atau Perempuan Sebelum Scan - Just For Fun!

Meneka jantina anak adalah satu perkara yang seronok dan mendebarkan untuk di lalui baik oleh si ibu, ayah, atau si comel kakak dan abang yang tak sabar-sabar menanti kelahiran si kecil.

Bila dah teka jantina, sibuklah pula nak cari nama yang sesuai. Ada yang dah konfiden babynya girl alih-alih bila scan nampak pula yang 'itu'. Teringat kisah mengandung anak sulung.. scan 2,3 kali pun still tak nampak jantina nya..niatnye tak buat surprise..ye la anak sulung kan, mesti nak tahu dulu..doktor scan nampak macam baby boy..tp x jelas sangat petunjuk tu..


alih-alih selepas bersalin, terus tanya doktor jantina..baby perempuan, patut la malu nak tunjuk kan..ehee..surprise jugak la mama nya. sebab mak bidan tengok kan perut macam baby boy..kita dah mind set baby boy..nama pun dah sesiap cari..=.=..

tapi xpe..setiap anak tidak kisah la baby lelaki atau perempuan..ianya adalah harta akhirat..mudah2 han.. 






Mesti ibu ayah tak sabar-sabar ni nak tahu, apa 'hint' yang baby dalam perut ibu tu lelaki atau perempuan kan? Jom tengok...

1. Mengidam / teringin (craving)



Mengidam atau craving ini selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.

Jika ibu craving makanan manis, itu tanda bayinya perempuan.
Jika ibu craving makanan masin, itu tanda bayinya lelaki.

2. Loya, muntah (morning sickness)



Jika bayi lelaki, ibu hanya akan mengalami sedikit rasa loya dan muntah-muntah.

Jika bayi perempuan, ibu akan mengalami morning sickness yang agak teruk.

3. Benjolan perut (bump position)




Jika benjolan perut agak ke bawah, kemungkinan bayi lelaki.

Jika benjolan agak menonjol dan menaik, kemungkinan bayi perempuan

 

4. Kalendar China





Carta kelahiran China yang berusia lebih 700 tahun dulu masih boleh digunakan untuk menentukan jantina bayi.

Selalunya pengiraan dibuat berdasarkan tarikh konsepsi berlaku.

 

5. Kadar degupan jantung

Degupan jantung bayi 140bpm ke atas, kemungkinan bayi perempuan.

Degupan jantung bayi 140bpm ke bawah, kemungkinan bayi lelaki.

 

6. Jerawat!

Adakah ibu 'diserang' jerawat dan masalah kulit semasa mengandung?

Masalah kulit yang teruk semasa mengandung boleh jadi petanda anda akan dapat bayi perempuan! (kerana di katakan bayi perempuan 'mencuri' kecantikan ibunya...LOL)

 

7. Ujian cincin




Ambil cincin kahwin anda, dan ikat pada tali yang panjang, pegangnya supaya tergantung diatas perut ibu. perhatikan cara ia bergerak.

Jika ia berpusing, kemungkinan bayi lelaki.

Jika ia bergerak ke depan, kebelakang, kemungkinan bayi perempuan.

 

8. Keseimbangan

Jika ibu lebih tenang, sopan santun, maka itu bayi perempuan.

Jika ibu kelam kabut, dan kalut kemungkinan itu bayi lelaki!

 

9. Tunjukkan tanganmu




Bayangkan saya bercakap dengan ibu face-to-face. Kemudian saya minta ibu tunjukkan tangan ibu. Ibu pun angkat tangan.

Jika ibu halakan bahagian tapak tangan kepada ke atas, itu tandanya bayi ibu lelaki.

Jika terbalik, kemungkinan ia perempuan.

 

10. Mimpi

Pernahkah ibu bermimpi tentang bayi dalam kandungan sama ada lelaki atau perempuan?

Jika ibu bermimpi bayi lelaki, kemungkinan bayi ibu sebenarnya perempuan!

Dan begitu juga sebaliknya.

 

11. Bentuk payudara

Kelenjar mamari ibu mungkin boleh jadi petanda.

Jika payudara sebelah kanan lebih besar berbanding kiri, kemungkinan bayi itu lelaki.

Jika sebaliknya, maka kemungkinan bayi itu perempuan.

 

12. Jangkaan abang atau kakak




Orang tua-tua kata, selalunya anak-anak akan boleh tunjukkan sama ada bayi di dalam perut ibu itu lelaki atau perempuan.

Jika anak lelaki lebih berminat dengan 'baby bump' ibu, maka kemungkinan bayi itu perempuan.

Jika anak perempuan yang lebih berminat dengan perut ibu, maka kemungkinan bayi itu lelaki.

 

13. Makan bawang putih




Ibu perlu kunyah sedikit bawang putih. Selepas beberapa jam, hidu baunya.

Jika bau bawang putih agak kuat pada kulit ibu, maka itu bayi lelaki.

Jika tiada bau kemungkinan itu bayi perempuan.

 

14. Petunjuk kunci

Jatuhkan kunci. Dengan cepat-cepat ambil kunci itu, dan lihat bahagian mana yang ibu pegang.

Jika bahagian bulat (kepala kunci) kemungkinan itu bayi lelaki.

Jika bahagian hujung kunci yang satu lagi, kemungkinan ia bayi perempuan.

 





 Seronok bukan untuk tahu jantina anak yang dikandung..yang nak buat surprise pun boleh..=))..Apapun yang berlaku, ibu dan ayah jangan terlalu taksub. Ini hanya ramalan dan sekadar suka-suka.

Apapun jantina bayi, terimalah dengan perasaan seronok dan gembira! Anak-anak tetap anugerah dan amanah dari Allah, dan Allah sudah sediakan rezeki untuk setiap mereka.



feel free to like & share!

Sunday, May 10, 2015

Punca Dan Cara Mengatasi Kentut Vagina atau Angin Faraj yang Menghantui Ibu Selepas Bersalin


Assalamualaikum..

Bab-bab kentut ni mesti perkara memalukan kan..memalukan tu kalau ianya terkeluar tanpa dapat dikawal kat depan orang lak tu..yang nak diceritakan pasal kentut vagina atau masalah angin keluar melalui faraj adalah salah satu masalah yang kerapkali mengganggu wanita sama ada dari segi fizikal dan emosi..lebih-lebih lagi ibu yang lepas bersalin..Sape setuju?

Masalah pada mereka yang mengalami kentut vagina ini, terutama ibu selepas bersalin berasa was-was sama ada terbatal wuduk atau solat dan risau akan penerimaan suami di kala bersama. Malah ada juga wanita yang mengalami masalah faraj yang berbunyi ketika berjalan atau bergerak disebabkan angin itu tadi. Keadaan ini sudah tentu sesuatu yang amat memalukan.


 saya nak kongsikan punca dan cara atasi kentut vagina atau angin faraj yang menghantui wanita kan. jom same-same kita praktik kan ya.. =.=..oopss







Apa itu kentut vagina?

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj (episotomi).. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.

Otot peranakan lemah selepas bersalin

Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan lemah dalam pengawalan pundi kencing.

Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin

Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.

Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula.

 

Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:

1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil

2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.

4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat

 



Petua Mengatasi Peranakan Longgar dan Mengurangkan Kentut Vagina

Senaman Kegel

Senaman Kegel atau kemutan ini dapat melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku,

Amalan ini dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan dan dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.

Cara:

1. Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira hingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

2. Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika dapat menahan kencing tanpa menggerakkan kaki.

3. Lakukan kaedah ini semasa pundi kencing anda telah kosong. (Di larang menahan kencing kerana tabiat ini boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas)

4. Tahan otot selama kira-kira 10 kiraan, rehatkan semula dalam kiraan 10. Dan ulangi semula sebanyak 4 kali pada satu sesi.

5. Lakukan teknik no.4 sebanyak 3 sesi dalam sehari

6. Lakukan senaman ini dimana-mana yang anda selesa tidak kira semasa berehat, menonton tv, membaca buku, sedang memandu, berjalan atau berdiri.

 

Ambil supplement

Ada kajian mengatakan masalah kentut vagina ini berlaku disebabkan paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini kemungkinan berlaku selepas seseorang wanita itu bersalin dan paras hormonnya masih tidak stabil.


contact saya supplement untuk ibu:
TALIAN HOTLINE : 013-5265534 (nik anna)

selamat mencuba, beriktiar untuk atasi masalah kentut vagina ni..JANGAN biarkan ia menghantui hidup anda..gituu~
 
feel free to like & share! 

Saturday, May 9, 2015

Daftar Jadi Ahli Shaklee Percuma 1 Botol Vita lea, multivitamin Shaklee

Rasanya belum terlambat nak bagitahu berita gembira buat peminat, pengguna tegar vitamin semulajadi Shaklee tapi belum mendaftar untuk menjadi ahli Shaklee..anda nak tahu apa yang best bulan ni?

Bersempena ulang tahun ke 100 tahun Vita lea Shaklee bulan ni, Shaklee dengan bermurah hatinya akan menghadiahkan 1 botol Vita lea Shaklee yang bernilai RM88.75 kepada anda yang mendaftar menjadi ahli Shaklee. Promosi ini berlansung dari May 2015 hingga Oktober 2015...

wow..wow..barang free..as free gift..


 




macam tak percaya je kan..betul ke?

untung sangat sangat kalau nak ambil peluang ni dan WAJIB daftar ahli Shaklee sekarang.. saya nak bagitahu 5 SEBAB kenapa saya cakap anda untung anda daftar ahli Shaklee sekarang..

check it out~

5 Sebab Anda WAJIB Daftar Ahli Sekarang !

#1. Percuma 1 Botol Vita Lea Shaklee yang harganya lebih mahal dari bayaran Pendaftaran Ahli
Seperti yang saya dah maklum tadi, sekiranya anda mendaftar menjadi ahli Shaklee dan membuat pembelian sebarang produk Shaklee, anda akan mendapat percuma 1 botol Vita Lea Shaklee.

Harga runcit Vita Lea : RM88.75 (120biji)
Pendaftaran ahli Shaklee : RM69

Perasan tak yang anda dapat percuma tu, Vita Lea harganya lebih mahal dari pendaftaran ahli Shaklee!..Anda akan untung banyak..

Keahlian Shaklee adalah seumur hidup..




#2. Peluang ini mungkin datang hanya sekali seumur hidup

Nampak macam tak percaya tapi realitinya ini yang kena anda ambil tahu dan ambil tindakan segera..gituu.. ;)

Sepanjang saya kenal Shaklee ni kan, belum pernah ada tawaran macam ni...Dah la daftar ahli Shaklee ni bukan sekadar untuk consume vitamin je..banyak lagi benefit yang Shaklee bagi..sekarang ni lak lagi best dapat Vita Lea PERCUMA..multivitamin yang harga nya jauh lagi mahal dari yuran daftar..

tak tahu la kalau tak nak ambil peluang ni..rugi..rugii...


#3. Jimat dan Berbaloi

JIMAT, Sebab :
  • Bila Daftar ahli, anda dapat beli dengan harga ahi
  • anda dapat PERCUMA 1 Botol Vita Lea
BERBALOI, sebab : 
  • bila anda dah daftar ahli, keahlian adalah seumur hidup dan anda layak untuk mendapatkan semua kelebihan jadi ahli
  • anda mendapat semua kebaikan vita lea, multivitamin pertama dan terbaik di dunia secara PERCUMA!  


#4. Anda LAYAK mendapat semua kelebihan sebagai ahli yang SHAKLEE tawarkan.

Setelah anda dah sah menjadi ahli Shaklee..sudah tentu anda layak mendapat semua kelebihan sebagai ahli yang Shaklee tawarkan.

Antaranya : 
  • dapat membeli produk Shaklee dengan harga ahli..JIMAT banyak!
  • ketika promosi tawaran Shaklee bulanan, dapat beli harga promosi..MURAH.
  • bimbingan dan konsultansi seumur hidup tentang produk, tips dan sebagainya.
  • belian secara online di shaklee2u.com..JIMAT MASA dan TENAGA
  • bagi yang ingin mendapatkan side income, anda akan mendapat bimbingan untuk sama-sama berjaya dan menjana wang daripada business Shaklee
  • Peluang untuk mendapatkan 3C daripada Shaklee ( Cash, Car, Convention)

Klik Link Kelebihan jadi ahli Shaklee

#5. Vita Lea adalah multivitamin pertama dan terbaik di Dunia..Istimewa untuk semua

Klik Link Kebaikan Vita Lea
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA

  • Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% 

  • Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

  • Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia

      

    dah tahu apa kelebihan anda daftar bulan ni...jangan ketinggalan untuk segera bertindak. hubungi saya untuk penerangan yang jelas dan terus daftar kan anda untuk seumur hidup..

    TALIAN HOTLINE : 013-5265534 (nik anna)

     

Friday, May 8, 2015

5 Ketakutan Ibu Mengandung Anak Kedua..pengalaman sendiri

Alhamdulilah..rasanya ramai yang tahu penulis baru sahaja habis pantang anak ke dua..sejujurnya mengandung anak kedua adalah tanpa dirancang..niat untuk jarak kan kelahiran sekurang-kurangnya dua tahun tidak kesampaian..=.=...krik..krik..krik.. mengandung kali kedua buat penulis rasa takut..kenapa ya?.jom baca habis entry ni..

klik link pengalaman ibu hamil dengan bantuan vitamin

Memula tahu mengandung lagi, masa tu umur anak yang sulung baru 9 bulan..ALLAH..rezeki anak kedua datang lebih awal dari yang dijangka..perkahwinan jarak jauh (PJJ) ternyata mempercepatkan rezeki kami..Kalau anak pertama dulu, kami suami isteri memang seronok dan teruja, maklumlah bakal bertambah ahli keluarga.Walaupun kami agak lambat juga la untuk menerima berita gembira ni..hampir selepas 6 bulan kahwin. Daripada berdua, bakal jadi bertiga. Rezeki ALLAH..

  Ternyata mengandung anak ke dua perasaannya lain. Saya sendiri rasa lebih takut dan risau. Walaupun dah berpengalaman mengandung dan bersalin yang pertama dulu. kalau saya bagitahu rasa 'serik' mungkin boleh juga..bunyinya memang pelik kan..ahaa..anda yang hamil kali ke dua, ada tak rasa camtu?



Jom tengok apa ketakutan dan kerisauan yang para ibu hadapi semasa mengandung kali ini...Pengalaman saya juga..

#1. Takut tidak dapat menyayangi anak kedua seperti anak pertama

Apabila anak yang pertama lahir, ibu akan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak itu. Anak akan di tatang bagai minyak yang penuh. Semua kemahuannya dituruti. Semua yang terbaik untuk anak pertama kita itu.

Jadi, ibu mula risau bagaimana ingin membahagi kasih sayangnya dengan anak kedua pula? Mampukah ibu menyayanginya seperti anak pertama?

Sebenarnya ibu mampu menyayangi setiap anak sama rata. Ikatan antara ibu dan anak kedua bakal terbentuk secara semulajadi. Ibu haruslah buka hati untuk menerima kehadiran orang ke-empat dalam keluarga.

Cara yang lebih proaktif, banyakkan membaca, ambil tahu mengenai kandungan (selalunya mengandung anak kedua ibu dah mula sambil lewa), selalu mengusap bayi dalam kandungan, dan selalu bercakap-cakap dengannya supaya kalian berdua sentiasa berhubung.


#2. Takut dengan proses kelahiran yang bakal dilalui

Rata-rata ibu yang pernah melahirkan anak pertama akan takut untuk menghadapi kelahiran kali kedua.

Pengalaman pertama ibu yang selalunya 'mengerikan' buatkan ibu serik nak bersalin lagi. alhamdulilah ALLAH mudah urusan saya untuk bersalin. rasa sakit yang tidak lama..dua-dua anak saya, pengalaman sakit bersalin yang saya rasa paling terkesan masa melahirkan anak ke dua...=.=..

Ketahuilah ibu, proses melahirkan anak kedua rasanya jauh lebih mudah berbanding anak pertama (walaupun sakit kontraksi masih serupa). Ini kerana sudah ada laluan / bukaan berbanding yang pertama dulu.

masa nak bersalin anak kedua, suami ada temankan..berlainan pengalaman bersalin anak sulung. suami tidak sempat untuk temankan..Para suami amat memainkan peranan waktu ini untuk cuba menghilangkan ketakutan dan menenangkan emosi isteri. Selalu berada di samping isteri dan beri kata-kata semangat yang diharapkan.


#3. Takut tidak dapat menyusukan dengan susu ibu


Apapun pengalaman menyusukan anak pertama dah ada, ia tidaklah sama dengan anak kedua kerana tidak ada dua bayi yang serupa walaupun ia lahir dari rahim yang sama..tolong niat dan nekad untuk melakukan penyusuan yang terbaik untuk anak kedua. 
Jangan lupa juga untuk doakan dipermudahkan urusan dalam penyusuan...insyaALLAH susu badan akan melimpah ruah..

Jika ada masalah dalam penyusuan, mintalah nasihat doktor, jururawat atau pakar menyusu.
Klik Link Bantuan ibu Menyusu dengan jayanya

#4. Takut meninggalkan anak pertama bila hendak bersalin

Perasaan ini sangat normal bagi semua ibu. Lagi-lagi ibu tidak pernah meninggalkan anak terlalu lama. Ibu boleh jadi terlalu rindu pada anak pertama, fikirkan dirinya dirumah walaupun ibu sendiri sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.

Oleh itu wahai ibu, 'be prepared'! Luangkan masa dengan anak pertama, ceritakan kebarangkalian ibu dan ayah bakal meninggalkannya untuk seketika untuk melahirkan adik baru. Minta tolong ahli keluarga, kawan-kawan atau jiran untuk menjaga sebentar anak kita. Jangan terlalu menekan emosi sendiri. InsyaAllah anak akan baik-baik saja dalam jagaan orang yang kita percaya.


#5. Takut tidak dapat melalui kehidupan dengan dua orang anak

Apabila ibu sudah melahirkan, automatik ibu akan tahu bagaimana nak mengatasi cabaran yang berlaku. Biasanya waktu ini anak pertama mula 'buat perangai' sebagai tanda dia mula iri hati dengan kasih sayang ibu terhadap adiknya. Tambahan lagi kami suami isteri pasangan PJJ..alahaii..

Ibu dan ayah mesti kreatif, ambil peranan yang proaktif supaya anak pertama tidak terasa tersisih. Semasa anak kedua tidur, luangkan masa dengan anak pertama dengan bermain, bercakap, memeluk dan menciumnya sama seperti dulu.

Seeloknya ibu dan ayah mulakan dari awal iaitu sejak dalam kehamilan lagi. Buatkan dia rasa seronok, teruja dan tak sabar untuk bermain dengan si kecil baru dalam keluarga.

 
melihat anak-anak yang comel, hilang terus sakitnya bersalin
Ibu sebenarnya anda adalah seorang yang terpilih..seorang yang istimewa untuk mengandungkan seorang hamba ALLAH dalam rahim anda..berbangga lah..Seorang ibu anda sangat kuat dan tabah. Padamkan semua ketakutan yang ada. Jika ibu lain boleh kita juga boleh.

Bergembiralah menanti kehadiran permata syurga kedua dalam keluarga anda...
feel free to like & share!