Wednesday, June 27, 2012

AKU?mangsa TERANIAYA....?

Salam...

kejap mse berlalu....seyius..panas sungguh bumi kelantan skrg ni..klo hujan pon sekadar lalu shj..hujan ptg2 selama 5 minit..alhamdulilah..nsb ada hujan jgk kn..


alhamdulilah...syukur masih diberi kudrat melawan perasaan rindu pd incik suami...n ..kudrat utk melayan kerenah2 manusia kejam x piki hal org lain di opis...redha..=.=




nmpak gaya n keadaan telah memaksa aku utk laricari jalan penyelesaian..x sanggup utk duk n alami crisis company korup..yg sgt3 menyusahkan hati n kepala otak aku..=(..gaji asyik tertunggak..mslhnye duit claim projek masuk je tiap2 bulan..tp nape xnk jelaskn gaji pekerja yg hanya beberapa kerat je ni..keringat org nk kerah..tp xde upah..

 gaji ciput pon x leh nk byr..memalukan company kelas A je....B****!...dh2 gaji ciput tu jgk nk dipotong2..sbb n alasan kita xdtg keje xleh dterima..

alkisahnya...kerani opis ni,telah memaklumkan bahwa beliau tidak lg mempunyai wang tambahan utk dtg opis..*mse tu gaji 2 bln tertunggak..so, mmg xleh nk dtg keje setelah masuk ke bln seterusnya...tp yg terjadi hr ni, separuh gaji beliau dipotong kerana tiada alasan yg kukuh tidak hadir ke opis.....*pd mse krisis tu,memandangkan beliau mempunyai anak kecil n upah pengasuh juga tertunggak...

simpati je la aku..sbb nasib aku pon same dgn dia..even aku masuk keje stp hari..tp duduk d opis yg lain..*atas arahan bos satu lg.....p/s: payah nk hidup kalo byk sgt kepala nk tadbir syarikat..yg jd mangsa..pekerja la..skrg plak waktu opis hour berubah..Ahad - rabu kul 9pg hingga 6ptg)...hr khamis n sabtu (kul 9pagi hingga 4ptg)...PERLU ke cmtu?..X RELA aku..lg satu i x HERAN ok..kul 5ptg..aku blah je..mampos la klo nk marah..sbb gaji aku pon ko x byr kn...huuuhu..*nik anna ke ni?..~marah betul...


deiii~...'Beruk pon,lps tlg tuan dia ambik buah kelapa pon..dpt upah'..even bukan dlm bentuk tunai..ye la..beruk kn...iskh...mak dh taraf geram sgtt ni.....YA ALLAH,kenapa dugaan MU mempertemukan syarikat korup ni dgn kehidupan aku'..hu3..tp aku percaya ada hikmah nye..


untuk kali ke sekian kali, aku nekad nk berhenti keje...!!!..(dr dulu lg duk ckp g2,mse arwah bos ada pon lg)..hu3....keje dgn mak kt kantin lg berbaloi3..dpt lak pahala tolong mak kn..*bonus point..amin...di akui keje susah nk dpt skrg ni..dh2 nk kena byr kete dll..tp aku yakin ada rezeki utk ku nnt..aminn...


rezeki ada d mn2..dr sakit hati, jiwa x tenang..baikk aku blah je..bukan diorg nk hargai usaha, tenaga n sumbangan ko nik anna oi...KEKOH kudrat ko lg la ada...=.=


POYO..tp tu lah aku...alone..n alone..






YA ALLAH! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit,
maka Kau turunkanlah ia
Dan jika berada di dalam perut bumi,
maka keluarkanlah ia
Dan jika sukar, 
maka mudahkanlah ia
Jika haram,maka sucikanlah ia
Jika masih jauh,
maka dekatkanlah ia
Ya Allah! limpahkanlah rezeki yang telah 
Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-MU yang soleh...
~AMINNN...





p/s: Dan tiadalah sesuatu pun makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan ALLAH jualah yang menanggung rezekinya..(HUD:6).

Sunday, June 24, 2012

BELAJAR bersendirian,payah tapi KENA tabah

Salam…silent readers n follower..opps..ade ke yg bace cete d cni?..nevermind…=.=

entry lain2 perlu/kena selang seli dgn entry majlis kawen..nnt ada yg bosan..even byk lagi nk share psl mjlis kawen....=))
x sangka,cepat mse berlalu..hampir 4 minggu dh status PUAN..cepattnye mse kn..dan hampir 3 minggu kena tinggal dgn incik suami..ok2..xnk entry emo2..nik anna kuat!

X lama lg, kita akan menunaikan ibadah puasa kn..RAMADHAN kami menantikan mu…=)
RAYA ni jgk dpt jumpa incik suami..waa..sukeenye hatii..*tapi lambat ag tu..aiseh..cepat2 mse berlalu..=.=..

Ok..skrg ni..aku kena belajar buat sesuatu sendirian..ye..tanpa suami d sisi…=.=

Komitmen pada kerja pon xseberapa sbb projek dh siap..tp JKR KB xde bg feedback..mslah elektrik dengan TNB x settle lg..kdg2 JKR elektrik ngn JKR KB x membantu sgtt nk settlekan masalah projek sek yg terlepas pandang..sian plak kt guru2 yg sememangnya kepingin nk duduk bangunan baru..ye la…lebih selesa n menjamin kualiti pembelajaran murid2..chewahhh~..mcm gaya YB ckp x..hahahah

Komitmen pd mak kat kantin still berjalan..dan yg paling bes stp hujung minggu bertambah dgn ada keluarga mertua…segan tu mmg ada..ye la..bru lg kn..inai kt jari pon merah lg..=).


Dugaan sbb masih bekerja di company korup ni x settle lg…YA ALLAH, permudahkan urusan dan rezeki utk ku,kuatkan semangat ku untuk lalui dugaan dr MU..amin…









p/s: entry x bermotipp..sbb sgt2 bosan..xde keje nk buat..memikirkan gaji pon masih d awangan2..

Monday, June 18, 2012

Ceritera cinta 2 hati,part 2 : FLASH BACK

Kisah cinta yang penuh dugaan..dugaan berjauhan..

alhamdulilah..alhamdulilah..perlu sentiasa bersyukur baru hidup x stress kn.. nk share sket psl kenduri hari tu..


Bridal : Singgahsana Bridal


OP : Noorhisham Samat

jom kita cuti mata layan pic~

bj persalinan 3 pasang :


























bj pengantin..beli kain n upah jahit...  

closed up..=)

suami isteri ...bie & cyg...love forever..amin..;)


meja makan beradap..beranginn je...

romantik room...=)


sesiapa yg tinggal di kota bharu n nk dapatkn perkhidmatan mereka..sila la jgn segan n silu ok..the BEST price u akan dapat...percaya lah..sgt2 berpuas hati..





 p/s :  RASA nk sanding sekali lg jerk~..sorii entry penuh dgn pic..layann...

Ceritera Cinta 2 hati, part 1: KECEWA


Nk Share perkara cacatkecewa yg berlaku pada majlis perkahwinan aku…=(

Setiap perancangan yg dibuat x semestinya berjalan seperti yang kita kehendaki kn..sudah tersurat kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan…itu aku akui dengan tepat~
Nk d jadikan cerita..1 hari sblm mjlis akad nikah adalah hr aku bercuti..tp terpaksa keluar utk settlekn hal opis..keje urgent,..*xperlu mention keje yg x sptttnye aku buat utk company ni....arrghh..sgt geram~....xpe la..perkara dh berlaku kn..

Mse mjlis lak..khemah arabian x seperti d janji kn..geram jugak tu..dengan x ckup meja, meja x berbalut, kerusi x berbalut..xde skrting….x ikut tema wrna..dh tu dtg memasang khemah time org nk tgh tido kul 3,4pagi..gila ke ape..sgt2 GERAM..cmne nk buat payment kn klo hasil hampeh..sadisss nye…pelamin dh ok..meja mkn beradap dh ok..bilik pengantin dh ok..khemah je la x ok..sgt2 x ok!!..





yg sgt2 keciwa..kawan2 yg dtg meraikan majlis perkahwinan ku hanya beberapa kerat je..ok..xpe..tiba giliran mjlis kamu nnt..klo kamu mengalami situasi kwn2 yg d jemput sampai ke tangga rumah pon x datang meraikan majlis kamu..kamu thu la PERASAAN nya cmne...serius..sy sgt kecewa...=(.

time kaseh yg sudi dtg..yg x datang sy thu kamu byk keje nk settle,xde baki cuti tahunan..sampaikn ada yg sgt berterus terang memberitahu x ingat tarikh sanding ku..arghh~..alasan yg sgt menyakitkan hati kn..pasrah je la.. manusia kn,lupa itu sgt sinonim..


persiapan yg last minit tapi hasil terbaek!..mlm tu mmg ckup tido n rehat~..thnks family n fren..=)




p/s: bosan je entry..asyik cete psl kawen je...opss..

Sunday, June 17, 2012

bermula satu PERJALANAN HIDUP yang baru..

Malam2 aku sendiri…tanpa cintamu n belaianmu..incik suami..=(.

Hari ni genap 1 minggu perkahwinan jarak jauh(PJJ) kami….perasaan dh semakin ok, x mcm mula2 kena tinggal dlu....mungkin dh ok sket, sbb aku dr dlu lg dh mindset dlm otak aku ni..lps khwn ni mesti duk jauh..perkara pertama yg perlu dbuat mcm yg aku buat skrg ni utk mn2 pasangan yg duk jauh mcm aku ni…ialah REDHA…key point yg utama..

Mse mula2 dtg opis..de ofismate tnya..”apa beza sblm n slps kwen nik”?

Oppss…emmm..

sbnrnye bg aku yg mmg dh status puan kepada en Azinuddin ni dengan selamba je aku jwp..xde beza sgtt..sbb nk g mn2 skrg ni aku mmg drivediri sen n alone sesorng…=(. .hu3...xde nk harap incik suami bwk aku g sne sni...sme mse bujang dlu jerk!


REDHA~ 

Perjalanan hidup aku yg bru sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yg mencari rezeki nun jauh di sne…kdg2 terkilan jugak xleh nk laksanakn tanggungjwb sebagai seorg isteri..ye la, makan minum, pakai semua tu nk kena jaga.sian kt incik suami..for sure..dia pon sama cam aku...kehidupan slps khwn same je la..mcm bujang je..=p..


lepas rindu..tgk pic wedding..ok wut..=.=


lama2 nnt dh biasa, mesti ok kn..cepat2 la kamu bertukar ke semenanjung...amin..kawan2 tolong doakan sekali..tq3


Tunggu cuti panjang bulan 11 ni, bru g honeymoon…hoorayy~

Thursday, June 14, 2012

TIPS bina keluarga bahagia...=)

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



insyaALLAH..bie..kita bina keluarga bahagia..amin...

JAUH tapi DEKAT di HATI..

Entry ni di taip dengan perasaan yang sangat sedih, sayu n bercampur2...=(

only 2 weeks bersama suami...hbh cuti sekolah...dia pon turut hbh cuti..

.mse kawan2 dlu, duk jauh xpe..x jumpe pon xpe..kdg2 x kisah...
dolu2, mse bercinta org tnye "boleh ke berjauhan after nikah ni,nape x ikut sekali g sne"..

mse tu : proud to say "ala. kawan 6thn duk jauh, biasa je..rileks je.."..

tapi sekarang ni, mmg terasa sgt sunyi...upenye bila dh ada ikatan yang sah ni...bila berjauhan ni, hati jadi gundah gulana je..lagi la incik suami duk jauh seberang laut sabah..ape boleh buat..=.=

rezeki d sne....


pic outdoor....i miss u so much bantal bucuk cyg bie!


jauh tapi dekat d hati...klo d beri peluang n pilihan..mn2 pasangan suami isteri xnk duduk jauh kn....


nsb baik, line telefon ada...pelagi..borak la 24jam..kuang3...hahaha..


mood : masih terasa pengantin baru...wiiihaa~

jumpe suami raya nnt plops...masih pengantin baru kan...lalalala..*uish lmbtnye mse!

Wednesday, June 13, 2012

PERASAAN tika ini INDAH & BAHAGIA...

alhamdulilah...RED WARRIOR bebeh...!..=)
hmmmm...sy bahagia dengan Dia even skrg dia jauh nun d sana...redha`..mencari rezeki..

KHAS buat tatapan follower,silents reader...lalala..TENKIU for ur support..

pic ni pic sanding..31hb Mei 2012....
OP : Noorhisham Samat..

HARI-HARI BAHAGIA...=)

hari ni bru msk opis balik..
meneruskan sisa-sisa hidup sebagai hamba ALLAH di muka bumi ni..
jadi kuli/pekerja seperti biasa...

w/pon company ni agak2 nk down..gaji asyik tertunggak je..tapi aku TETAP berpura2 berjiwa kental meneruskan karier aku ni..Alhamdulilah...syukur..JIWA tu masih ada!

hari ni rse nk taip satu2  kisah cete kawen aku..alhamdulilah3...everything selamat dan berjalan lancar majlis raja sehari....=))..kita go step by step..


 show time...
our previous moments..


AKAD NIKAH..30HB MEI 2012...




malam akad nikah..mcm x percaya dh jadi bini org..alhamdulilah...syukur YA ALLAH..


sebelum majlis, DUGAAN yang terpaksa aku lalui layan kerenah tuttt~..*SAKIT hati weh bila ingat balik..xnk share n luah perasaan di sni...<___________>...secret*




ok2..tinggal dlu..cete emo itu....





Malam 30hb mei 2012, selamat bergelar isteri kepada lelaki yang bernama AZINUDDIN BIN AWANG...lelaki yg telah bertakhta 6thn dlm hatiku..mcm2 dugaan yang telah kita lalui kn bie......`


Suami ku AZINUDDIN BIN AWANG..time kaseh bie!


 sekarang ni..after cuti sekolah..my hubby g SABAH...aku still di kelantan...memang PJJ la kita..=(..


sgt2 terasa bila suami berjauhan ni...kena buat2 BUSY bru la x piki sgt kn..
kena cri tips erat kasih sayang ni even duk jauh..yes..en google..help me!




MALAM nikah tu, agak lewat sket bermula...slps isyak..di rumah...after solat hajat utk rumah baru..tunggu rombongan pihak lelaki...mujur semua berjalan lancar..BERDEBAR2 tgk suami...oopsss..


INDAH nye perasaan ini..Alhamdulilah YA ALLAH...