Tuesday, April 7, 2015

4 Tips Kejutkan Bayi Baru Lahir Untuk Menyusu dan Bebas Jaundise

Salah satu sebab anak kena kuning lama sangat adalah disebabkan kuat tidur. kalau dah kuat tidur maka nya menyusu pun kurang.. sedangkan bilibrubin boleh dikeluarkan melalui najis dan urin..Si comel yang baru lahir asyik tidur sahaja.

 Bagaimana hendak menyusu kalau asyik tidur sahaja? Tidur memang tabiat semula jadi bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi kita tertidur ketika menyusu, ia untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.

Bayi memang memerlukan penyesuaian dengan dunia barunya, ini membuatkan kadang kala dia lebih memerlukan tidur berbanding menyusu.


Sehingga usianya satu bulan, bayi menghabiskan masa 16.5 jam sehari untuk tidur. Si manja masih belum dapat membezakan antara waktu siang dan malam kerana pola tidurnya belum teratur.
Sepanjang masa eksklusif penyusuan susu ibu, bayi menyusu antara lapan hingga 12 kali sehari. Dia menyusu selama 10 hingga 30 minit dengan jarak waktu antara dua hingga tiga jam sekali.
Sekiranya bayi kita terus mengantuk ketika menyusu atau dia tidur lebih tiga jam tidak bangun lagi, ibu perlu mengejutkan bayi untuk menyusu. Jangan dibiarkan dia terus lena tidur.

Tips kejutkan bayi baru lahir bangun menyusu

  • Geletek kaki atau telapak tangannya agar dia terjaga waktu menyusu.
  • Buka baju ibu dan bayi dari bahu ke pinggang dan letakkan bayi di atas badan ibu, antara perut dan payu dara. Suhu tubuh ibu akan membuatkan bayi terasa hangat sehingga dia terjaga dari tidur. 
  • Vitamin untuk ibu menyusu
  • Geletek bibirnya dengan puting susu ibu yang telah dibasahi air susu untuk menstimulasi dia membuka mulut.
  • Dukung bayi dengan kedudukan tegak dan agah bayi dengan berborak dengannya.
Sumber : PAMA
 
feel free to like and share!


Sunday, April 5, 2015

13 Ganjaran Kemuliaan dan Pahala ALLAH janjikan untuk ibu Hamil

 Salam..alhamdulilah habis berpantang anak ke 2 saya...yeayy....entry ini khas untuk saya sendiri..ahaa..boleh gitu?.bahagia jadi ibu hamil dan sekarang ibu menyusui..saya sangat pasti ibu-ibu penat membawa perut (mengandung), penat menjaga dan menyusui..tapi ketahui lah banyak ganjaran pahala dan darjat kemuliaan diberikan oleh ALLAH untuk seorang perempuan..ya, seorang perempuan yang bergelar ibu..alangkah bahagia nya tanpa mengetahui setiap kesulitan yang kita hadapi dianugerahkan ganjaran yang tidak terhitung oleh kita sendiri..

Gembira lah bagi seorang ibu yang hamil, bersalin, menyusui susu ibu dan menjaga..anda seorang yang terpilih untuk sesuatu yang istimewa..alhamdulilah..syukur akan nikmat dariMU.



Saya kongsikan 13 Ganjaran Kemuliaan dan Pahala ALLAH janjikan untuk ibu hamil..

#1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
#2. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.
#3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.
#4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap seteguk dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

#5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
#6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
#7. Wanita yang menyusukan bayi mereka sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titis susu yang diberikannya.
#8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya. Apabila dia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
#9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.
#10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.
#11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengurniakan 1 pahala haji.
#12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
#13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka para malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



feel free to like & share!




Thursday, April 2, 2015

4 Punca Keguguran dan Cara Elak Keguguran..semua wanita kena ambil tahu!

Baru-baru ni terima berita adik ipar keguguran lagi..keguguran kali ke dua..TRAUMA katanya kalau pregnant lagi..anak sulung..tiada perasaan yang dapat digambarkan jika berlaku keguguran..lebih lagi jika anak sulung..pengalaman pertama hamil..tapi tup-tup..janin tak lekat..

ibu yang mengalami keguguran pasti tertanya-tanya, mengapa itu terjadi kepada mereka..Terutamanya jika ia berlaku pada kandungan pertama atau keguguran kali ke 2 dan seterusnya..=(




Rasanya ibu-ibu yang mengalami keguguran, mesti telah mendapat info dari para doktor kan..saya kongsi kan info faktor-faktor yang telah menyebabkan keguguran. Ia penting untuk ibu dan suami bersedia secara mental dan fizikal..

Jika ia berlaku, yang pasti anda kena redha..kita hanya mampu merancang..ALLAH jua lah menentukannya...

FAKTA : 

Keguguran di peringkat awal adalah fenomena yang berlaku secara rawak. Doktor akan menasihati mana-mana wanita yang ingin mengandung mengambil asid folik setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil.

Bagi memastikan anda mengalami keguguran, anda perlu membuat ujian kehamilan.

 Dari situ doktor akan mengesahkan kehadiran janin dalam kandungan masih ada atau sebaliknya. Jika tiada bukti, kemungkinan ibu tidak hamil. mungkin delayed menses (haid lambat datang)

Faktor Keguguran

# 1 : Masalah Genetik Janin
Janin tidak sempurna dari segi genetik akan gugur spontan. Kejadian ini tiada kaitan dengan genetik ibu dan bapa nya.

# 2 : Masalah Kesihatan Ibu
Contohnya si ibu ada penyakit tiroid, kencing manis dan penyakit auto-immune. Golongan ini sering mengalami keguguran dan perlu bantuan pakar perubatan sebelum mengandung.

# 3 : Masalah Rahim dan Serviks Lemah
Biasanya boleh menyebabkan janin yang berumur lebih dari tiga bulan..Klik LINK vitamin kuatkan rahim.

# 4 : Kekurangan Hormon
Contohnya hormon progesteron. Ia dipercayai boleh menyebabkan kandungan tidak stabil dan senang berdarah seterusnya keguguran.

Ibu hamil yang mengalami pendarahan sebelum usia kandungan 20 minggu perlu berwaspada. Tidak dinafikan pendarahan berlaku sewaktu mengandung 20 minggu, ia dikenali sebagai threstened miscarriage.

Pendarahan berlaku pelbagai warna, kehitaman, coklat atau berwarna merah gelap/merah darah. Jika pendarahan dan kesakitan berlaku serentak, besar kemungkinan kandungan akan gugur..=.=


Cara Elak Keguguran
  • Menjalani ujian darah untuk HB, ujian kumpulan darah dan rhesus.

  • menggalakkan bed rest. Walau bagaimana pun, kelebihan bed rest masih belum benar-benar terbukti membantu mengelakkan keguguran.

  • Mengelakkan hubungan seksual di awal kehamilan.

  • kadangkala doktor akan memberi pil hormon kepada pesakit kerana terdapat teori mengatakan salah satu sebab threatened miscarriage adalah kerana kekurangan hormon progesteron.

  • kebanyakkan ibu hamil tertanya-tanya apakah anak dikandung akan dilahirkan normal jika pendarahan berlaku?..Dianggarkan lebih 99% janin yang mengalami masalah ini dilahirkan sihat dan normal.
  KLik Link ni ye..Penyelesaian kepada masalah keguguran..dengan bantuan vitamin semulajadi..


feel free to like & share