Thursday, April 2, 2015

4 Punca Keguguran dan Cara Elak Keguguran..semua wanita kena ambil tahu!

Baru-baru ni terima berita adik ipar keguguran lagi..keguguran kali ke dua..TRAUMA katanya kalau pregnant lagi..anak sulung..tiada perasaan yang dapat digambarkan jika berlaku keguguran..lebih lagi jika anak sulung..pengalaman pertama hamil..tapi tup-tup..janin tak lekat..

ibu yang mengalami keguguran pasti tertanya-tanya, mengapa itu terjadi kepada mereka..Terutamanya jika ia berlaku pada kandungan pertama atau keguguran kali ke 2 dan seterusnya..=(




Rasanya ibu-ibu yang mengalami keguguran, mesti telah mendapat info dari para doktor kan..saya kongsi kan info faktor-faktor yang telah menyebabkan keguguran. Ia penting untuk ibu dan suami bersedia secara mental dan fizikal..

Jika ia berlaku, yang pasti anda kena redha..kita hanya mampu merancang..ALLAH jua lah menentukannya...

FAKTA : 

Keguguran di peringkat awal adalah fenomena yang berlaku secara rawak. Doktor akan menasihati mana-mana wanita yang ingin mengandung mengambil asid folik setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil.

Bagi memastikan anda mengalami keguguran, anda perlu membuat ujian kehamilan.

 Dari situ doktor akan mengesahkan kehadiran janin dalam kandungan masih ada atau sebaliknya. Jika tiada bukti, kemungkinan ibu tidak hamil. mungkin delayed menses (haid lambat datang)

Faktor Keguguran

# 1 : Masalah Genetik Janin
Janin tidak sempurna dari segi genetik akan gugur spontan. Kejadian ini tiada kaitan dengan genetik ibu dan bapa nya.

# 2 : Masalah Kesihatan Ibu
Contohnya si ibu ada penyakit tiroid, kencing manis dan penyakit auto-immune. Golongan ini sering mengalami keguguran dan perlu bantuan pakar perubatan sebelum mengandung.

# 3 : Masalah Rahim dan Serviks Lemah
Biasanya boleh menyebabkan janin yang berumur lebih dari tiga bulan..Klik LINK vitamin kuatkan rahim.

# 4 : Kekurangan Hormon
Contohnya hormon progesteron. Ia dipercayai boleh menyebabkan kandungan tidak stabil dan senang berdarah seterusnya keguguran.

Ibu hamil yang mengalami pendarahan sebelum usia kandungan 20 minggu perlu berwaspada. Tidak dinafikan pendarahan berlaku sewaktu mengandung 20 minggu, ia dikenali sebagai threstened miscarriage.

Pendarahan berlaku pelbagai warna, kehitaman, coklat atau berwarna merah gelap/merah darah. Jika pendarahan dan kesakitan berlaku serentak, besar kemungkinan kandungan akan gugur..=.=


Cara Elak Keguguran
  • Menjalani ujian darah untuk HB, ujian kumpulan darah dan rhesus.

  • menggalakkan bed rest. Walau bagaimana pun, kelebihan bed rest masih belum benar-benar terbukti membantu mengelakkan keguguran.

  • Mengelakkan hubungan seksual di awal kehamilan.

  • kadangkala doktor akan memberi pil hormon kepada pesakit kerana terdapat teori mengatakan salah satu sebab threatened miscarriage adalah kerana kekurangan hormon progesteron.

  • kebanyakkan ibu hamil tertanya-tanya apakah anak dikandung akan dilahirkan normal jika pendarahan berlaku?..Dianggarkan lebih 99% janin yang mengalami masalah ini dilahirkan sihat dan normal.
  KLik Link ni ye..Penyelesaian kepada masalah keguguran..dengan bantuan vitamin semulajadi..


feel free to like & share