Tuesday, January 12, 2016

10 Cara Dan Rahsia Berkesan Melambatkan Penuaan Di Usia 30an

alamak..tahun ni bulan tiga dah masuk 3 series mama..huhu..nak tak nak memang usia akan bertambah kan..mama yakin juga meraka yang diluar sana yang risau juga memikirkan umur semakin bertambah dan kulit makin berkedut..oo[ss..T_T..percaya tak, proses penuaan boleh di lambatkan?

Percaya tak juga, cepat atau lambat seseorang itu menjadi tua bergantung juga kepada banyak faktor seperti faktor genetik, persekitaran dan cara hidup kita sendiri. Ada faktor yang kita tak boleh nak kawal, tapi ada juga yang boleh kita kawal contohnya gaya hidup atau lifestyle kita.










So kalau nak lambat nampak tua, kena cepat-cepat ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

Walaupun penuaan ialah satu proses yang tidak dapat di elakkan, ada banyak rahsia yang boleh kita amalkan untuk mengekalkan wajah dan penampilan yang sentiasa segar dan muda.



10 Cara Dan Rahsia Berkesan Melambatkan Penuaan Di Usia 30an

#1. Ikut regimen penjagaan kulit yang betul

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, perlulah amalkan perkara yang betul. Apabila kulit dah sihat, tanda penuaan susah nak dilihat.


  • Bersihkan muka dengan pembersih yang lembut dua kali sehari (pagi dan malam). Cari pencuci yang bebas alkohol dan bahan kima berbahaya yang boleh meresap ke dalam kulit.
  • Guna pelembap berkualiti. Sapukan di bahagian muka, leher, tangan, kaki untuk kekalkan kelembapan kulit
  • Skrub wajah seminggu sekali untuk membuang kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru
#2. Pilih produk penjagaan kulit yang baik

Ramai orang pilih produk yang salah. Kulit akhirnya jadi gatal, pedih, kering, dan kemerahan atau lagi teruk berlubang-lubang!
  • Tentukan jenis kulit berpandukan zon-T dan pilih produk yang sesuai dengan masalah kulit anda
  • Elakkan guna terlalu banyak produk dalam satu masa
  • Gunakan produk yang dapat meransang pengeluaran kolagen dan tinggi anti-oksidan
#3. Pakai sunblock

Jika banyak berada di luar rumah dan terdedah kepada cahaya matahari, jangan abaikan penggunaan sunblock. Cahaya matahari sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan kulit, kehilangan kolagen semulajadi dan kanser kulit.

#4. Tidur yang cukup

Tidur yang cukup berbeza antara setiap individu, tak semestinya 7-8 jam sehari. Jika biasa tidur 4-5 jam sehari, itu sudah ok.

Apabila kita tidur, hormon adrenaline dan kortisol akan menurun manakala hormon pertumbuhan akan meningkat. Pada masa ini, sel kita menjalani proses baik pulih dan pertumbuhan berlaku dengan lancar. Jika tidak mendapat tidur yang cukup, proses ini akan terganggu.

Tidur yang cukup juga baik untuk kesihatan jantung dan organ.

#5. Bergerak

Hiduplah dengan aktif, banyak bergerak atau melakukan senaman ringan. Ini akan meransang perjalanan darah yang sihat dan menggalakkan kulit yang cantik.

Senaman dan pergerakan dapat menguatkan stamina, kekuatan otot, keseimbangan, dan kepadatan tulang yang mula merosot akibat penuaan.

#6. Jauhi tekanan

Hidup dengan gembira, positif, baik sangka dan jadilah diri sendiri.

Kawal tekanan dengan melakukan perkara yang kita suka, cari kawan yang sekepala dan dekatkan diri dengan Pencipta.

#7. Makan dengan betul

Kulit yang sihat bermula dengan pemakanan yang betul. Untuk memperlahankan proses penuaan, ikut tips ini:
  • makan makanan yang kaya antioksidan kerana ia menggalakkan pertumbuhan sel baru, memusnahkan radikal bebas perosak sel, melindungi kolagen dan mengekalkan kulit yang anjal dan bebas kedut.
  • amalkan asid lemak semulajadi daripada ikan seperti Omega 3.Omega 3 membantu baik pulih tisu dan fungsi kulit berjalan dengan lancar.
  • Makan makanan yang kaya dengan protein, vitamin, kalsium, zink, dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan untuk ia berfungsi dengan baik.
#8. Cukupkan pengambilan air

Air mencukupi adalah asas kepada kulit yang muda, lembap dan muda. Air juga membantu tubuh kita mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan.

Tidak semestinya air kosong. Minum juga jus buah-buahan, sayur-sayuran atau teh.

#9. Sentiasa senyum dan ketawa

Senyum adalah rahsia awet muda yang paling mudah kerana kita cuma menggunakan sedikit otot berbanding jika kita berwajah masam dan kelat. Lagi pun senyum mencetuskan emosi gembira dengan itu hormon serotonin di lepaskan. Hormon serotonin akan membuat kita rasa tenang dan mudah mengawal fikiran dan keadaan.

#10. Makanan tambahan

Makanan tambahan membantu melengkapkan nutrisi dari diet kita yang tak seimbang. Kekurangan nutrisi boleh buat seseorang cepat tua kerana sel-sel dalam badannya tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Nutrisi ialah apa yang badan perlukan untuk bertugas!

Inilah rahsia awet muda yang bukan lagi rahsia. Kalau dah tau, kenalah amalkan. Kalau tak sia-sia sajalah kan.
 
kebaikan untuk dikongsi bersama
 
 

Monday, January 11, 2016

8 Tips Tangani Anak-anak Yang Suka Bergaduh Didik Cara Rasulullah

Sudah menjadi lumrah dalam keluarga yang ramai adik-beradik akan riuh-rendah dengan pergaduhan. Terutama kalau anak masih kecil dan masing-masing sedang dalam fasa 'egocentric' yang meninggi.

Rumah tak pernah lekang dengan suara menjerit, berebut, bergaduh, mengadu dan sebagainya. Masing-masing nak menang dan tak mahu mengalah. Kalau tak kena gaya, silap-silap mak pun bertukar warna jadi lampu isyarat; kuning, merah, hijau!


Ada ibu bapa yang tak boleh dengar suara bising-bising macam ni. Cepat saja darah mendidih dan naik ke kepala. Tapi, sebagai orang yang dah mempunyai anak, kita haruslah ingat, bergaduh dan berebut adalah fitrah manusia apalagi anak-anak kecil. Kena belajar tahan telinga dan sabar menghadapi kerenah anak kecil ini.





 

Walaupun agak sukar pada awalnya, insyaAllah dengan sedikit tip dan teknik, kita akan dapat menangani isu anak bergaduh dengan cara yang paling baik dan tenang.


8 Tips Tangani Anak-anak Yang Suka Bergaduh Didik Cara Rasulullah

#1. Biarkan saja!

Kita menganggap bergaduh adalah satu kesalahan. Dengan itu cepat saja kita nak menghukum dan memarahi anak-anak kita. Buat-buat tidak melihat dan tidak mendengar mereka bergaduh. Cuma perhatikan dari jauh agar ia tidak berakhir dengan kekasaran.

Dengan bergaduh, anak-anak belajar menyelesaikan dan menangani konflik dalam diri mereka sendiri serta orang lain.

Ibu bapa tidak perlu masuk campur melainkan keadaan bertambah teruk atau anak sudah memanggil.

#2. Jangan melebihkan sesiapa

Ibu dan ayah selalu kata, "Abang kena mengalah, abang kan dah besar. Adik kecil lagi". Jika kita melebihkan salah seorang daripada mereka, anak yang seorang lagi akan jatuh self-esteem, berasa dia di rendahkan dan ibu ayah tidak adil terhadapnya.

Keadilan adalah untuk semua anak-anak kita sama rata.

Lebih baik jika ibu dan ayah mengatakan,

"Abang dan adik main sama-sama. Ibu suka tengok abang dan adik main sama-sama, gilir-gilir. Allah pun suka." (Beritahu teknik gilir-gilir : 5 minit abang, kemudian 5 minit lagi adik pula)

#3. Tidak memarahi dan meninggikan suara

Jika pergaduhan tidak terkawal lagi, alihkan perhatian anak-anak dari perkara yang mereka rebutkan.

Elakkan menjerit, memarahi dan menengking kerana ia akan menyebabkan anak berasa tertekan malah semakin ego (untuk berlawan dengan kita pula).

#4. Terus berikan jalan penyelesaian

Jika anak-anak berebutkan sesuatu, beritahu terus jalan penyelesaian dengan jelas. Contohnya jika anak berebut basikal.

"Abang main dulu sampai lima kali pusing, kemudian adik pula lima kali pusing"

Ulang teknik ini setiap kali anak-anak ingin bermain permainan yang sama. Lama-kelamaan anak akan belajar itulah cara yang betul dan adil untuk bermain dan anak-anak tanpa sedar akan belajar kemahiran berbincang dan menyelesaikan masalah.

#5. Bersabar dan bertenang

Walau apa keadaan sekalipun, ibu dan ayah hendaklah banyak bersabar dan sentiasa tenang. Anak-anak mencontohi sikap kita. Kalau kita jenis baran, sikit-sikit nak melenting, tak mustahil anak juga akan mengikut sikap dan perangai kita itu.

Walau dalam keadaan marah sekalipun, kuatkanlah hati untuk berlagak tenang dan cool terutama di hadapan anak-anak.

#6. Sentiasa puji anak

Contohnya apabila anak mula mengalah, mencari jalan penyelesaian dengan sendiri, puji serta merta dengan kuat di hadapan adik-beradiknya.

Contoh ayat, "Bagus abang pandai main dengan adik. Main macam ni yang ibu suka. Ibu sayang, Allah lagi sayang".

#7. Tunjukkan empati kepada perasaan anak-anak, tetapi setkan limitasi

Setiap anak berhak menyuarakan perasaannya kepada kita dan sebagai ibu bapa kita harus memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Contoh jika anak mengadu tentang adik-beradiknya yang lain, ibu boleh kata,

"Ya ibu faham perasaan adik. Adik boleh main dengan abang, tapi tak boleh pukul abang. Adik minta dengan abang bila abang dah siap main"

#8. Tidak menuduh atau menyalahkan

Walau ibu dan ayah tahu siapa yang memulakan pergaduhan, tahanlah diri daripada cuba menyiasat mencari kesalahan anak, memarahi, menuduh dan menyalahkan mereka.

Perbuatan ini hanya akan menjatuhkan maruah anak. Apa yang ibu dan ayah boleh lakukan ialah menerangkan saja peraturan yang betul dan ditujukan secara umum, bukan secara spesifik kepada anak yang melakukan kesalahan.

Tegur kesalahannya, bukan dirinya.

Membesar dan mendidik anak perlukan ilmu. Saya berpesan kepada diri sendiri kerana anak-anak ini amanah. Salah acuan, salahlah bentuknya.

Kita ibu bapa ialah jendela pertama bagi anak-anak untuk melihat dunia.

Dunia yang mana? Kita sendiri yang menentukannya.

kebaikan untuk dikongsi bersama!
 

Wednesday, January 6, 2016

DISIPLINKAN ANAK TANPA MENJERIT..anda Ibu Ayah yang Bijak!

Sejak Mama bergelar ibu anak dua ni..dan juga status perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) ternyata menguji kesabaran seorang ibu yang membesarkan dua anak yang masih kecil, masih aktif..ALLAH tak akan menguji Hamba NYA jika diluar kemampuannya..tahun ni tahun 5 kami PJJ..T_T

Jangan kata mama x pernah menengking si Kakak Safrina..huhu..lagi-lagi adik iman sedang tidur..kakak boleh mengamuk nak berdukung lah ape..alahaii..sadis..mama rasa bersalah sangat menjerit macam tu..maafkan mama sayang..jom kita disiplinkan anak tanpa menjerit, menengking..mama-mama, ibu-ibu yang singgah kat blog mama ni..jom kita muhasabah diri..jangan sesekali menengking si anak kecil..yang memang tidak tahu apa-apa..ALLAH..

kenapa tak boleh menjerit kepada anak?..haa..meh..Mama kupaskan isu ini..moga-moga terselit disudut hati seorang insan yang bernama ibu untuk mendisiplinkan anak tanpa menjerit padanya..Anak-anak anugerah yang tidak ternilai..bukan itu sahaja, moga-moga ada doa dikirimkan untuk kita di alam kubur nanti..amenn..



 

Mengikut kajian, tidak ramai ibu bapa yang menggunakan bahasa lembut untuk mendisiplinkan anak. Kebanyakannya menggunakan jeritan, pekikan, diikuti sindiran dan ugutan.

Bahasa seperti ini banyak digunakan oleh ibu bapa kerana menganggap anak yang mendengar jeritan itu lebih berdisiplin dan mendengar arahan. Sedangkan hakikatnya mereka takut, dan menurut arahan dengan rasa terpaksa.

Menjerit, memekik, bahkan menengking bukan satu cara yang baik untuk mendisiplinkan anak. Banyak keburukan jika anak di layan seperti seorang askar ini sedangkan jiwa mereka masih lagi lembut, bersih dan suci malah dapat dibentuk dengan baik jika betul caranya.

Menjerit, selain membuat ibu bapa berasa tertekan, sakit dada, dan tekanan darah meningkat, anak-anak turut mendapat kesan psikologi yang tidak baik.

1. Anak berasa takut
2. Anak terpaksa buat pilihan 'lawan atau lari'
3. Mematikan pemikiran logik (logical thinking) anak di mana dia akan berhenti memproses maklumat

Ingat, anak akan meniru apa yang ibu bapa buat. Jika kita menjerit, anak belajar memekik dan menjerit. Jika kita memukul, anak juga belajar memukul, dan jika kita tenang, anak akan belajar untuk sentiasa bertenang.

Sudah tentu, adakala ibu bapa seakan hilang kesabaran dengan perangai anak-anak. Contohnya dengan anak yang tantrum akibat tidak dapat sesuatu yang dia inginkan, anak yang bergaduh dan berebut sesama adik beradik, anak yang bergaduh sewaktu kita sedang memandu dan sebagainya lagi.

Tarik nafas panjang, fikirkan jalan keluar yang rasional agar kita dapat menahan diri daripada menjerit dan memekik yang mana akan buat keadaan jadi lebih buruk. Berikut ada beberapa tips yang boleh ibu bapa lakukan.

Situasi 1: Anak tantrum/ mengamuk jika inginkan sesuatu


Jika kita layan kemahuan anak yang mengamuk pada kali pertama, dia fikir untuk mendapatkan sesuatu, dia mesti kena mengamuk dulu.

Jika dia tidak dapat apa yang dia mahukan, maka dia mula menjerit, menangis dan berguling. Sudahnya ibu atau bapa sama ada akan tunduk pada kemahuannya atau menengking meminta dia diam.

Apa yang ibu perlu lakukan ialah, diam dan bertenang. Jangan memujuk atau memberi sebarang reaksi. Perhatikan saja. Apabila dia sudah mula bertenang, peluk dan berikan dia beberapa pilihan.

Situasi 2: Anak bergaduh sewaktu kita sedang memandu

Anak yang memekik dan bergaduh dalam kereta tentu buat kita rasa tak tenang, hilang fokus dan nak menjerit sama. Keadaan ini sudah tentulah bahaya dan berisiko tinggi penyebab kemalangan.

Caranya, berhentikan kereta di tepi jalan dan bagitahu anak yang kita tidak akan kemana-mana jika mereka terus berperangai seperti itu. Kemudian ibu atau bapa duduk diam, baca buku, atau 'bersembang' dengan rakan di media sosial hingga anak-anak duduk bertenang.

Jika keadaan sudah pulih, beritahu mereka ibu/ayah sudah boleh memandu dengan tenang dan selamat.

Sebagai orang yang lebih dewasa, ibu dan ayah harus berfikiran rasional dan tidak terikut-ikut rentak anak yang suka menjerit. Ada banyak jalan keluar jika kita sentiasa bertenang dalam setiap keadaan.

Fitrah anak-anak memang adakala perangai mereka sukar diduga. Itulah ujian buat kita sebagai ibu bapa. Kita boleh bertegas, tetapi tidak sampai memekik atau menengking.

Ingatlah bahawa rumah yang di penuhi dengan pekikan dan jeritan akan hilang rahmatnya. Bukankah Rasulullah S.A.W juga tidak pernah meninggikan suara kepada anak kecil, bahkan bagindalah yang paling lembut dan baik sekali kepada ahli keluarganya.

 
 Kebaikan untuk dikongsikan bersama!

salam sayang,
mama Safrina dan Iman
 






 


 

Tuesday, January 5, 2016

Cara Atasi Haid Tidak Teratur Khas untuk Ibu Lepas Bersalin

Segalanya tentang hormon!
Apabila kita mengandung, tubuh kita akan jadi bercelaru. Sebaik lepas bersalin, dan aras hormon berubah dengan mendadak, tubuh kita juga huru-hara. Nak-nak pula bila kita menyusukan bayi dengan susu ibu.

Sesetengah wanita, lepas bersalin, dia akan mengalami ketakseimbangan hormon (hormone imbalance). Bagi wanita yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu, haid nya boleh datang seawal minggu ke 10 selepas bersalin (boleh jadi lebih awal dari itu).

Memang agak susah nak beritahu bila waktu yang tepat haid sepatutnya datang semula selepas bersalin. Ini kerana ia bergantung kepada aras hormon dalam badan wanita itu masing-masing.








Tapi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, memang sesuatu yang normal jika haid datang agak lewat selepas bersalin. Bagi saya sendiri, haid hanya datang kira-kira lebih kurang 7-8 bulan lepas saya bersalinkan ahmad Iman

Yang menjadi masalah di sini ialah apabila kitar haid itu tidak tetap setiap bulan. Kerana haid yang tak tetap ni, kita susah nak tentukan waktu subur. Bila dah macam ni, takut terbabas dan termengandung lagi sekali.

Inilah yang saya alami dulu. Dah la risau haid datang tak menentu. Tempohnya pula kemain lama.

Sebelum-sebelum ni haid saya memang tetap 28 hari. Sejak dari zaman remaja sampai dah beranak dua. 


Mula-mula tak sampai pun 28 hari. Ok lagi lah. kemudian bulan depannya 35 hari. Lepas tu 40 hari. Risau la juga nanti adik iman nak dapat adik baru. Huhu...ye la Ahmad Iman baru 10 bulan..risau betul..

Bagaimana saya atasi masalah ini?

Saya tahu ini sebab hormon. Oleh itu saya mulakan pengambilan GLA Complex. Seeloknya GLA ni di ambil awal lagi. Tapi tu lah.. banyak sangat benda nak makan kan. Ada masalah baru cari GLA. :D


GLA Complex ni ialah asid lemak Omega 6. Ia di ekstrak daripada bunga borage yang tinggi kandungan GLA nya. Bukan tu saja, ia juga 3 kali lebih bioavaiabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada minyak GLA daripada tumbuhan lain.

Yang best lagi dalam 1 kapsul ni juga mengandungi minyak bunga matahari dan vitamin E yang berfungsi mengingkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

So saya ambil GLA Complex ni setiap hari. Ada juga lah skip sekali sekala. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, tepat hari ke 28 selepas itu, haid saya mula kembali seperti biasa.


Bagaimana GLA Complex berfungsi?

Asid lemak Omega 6 (atau ringkasnya GLA) ini akan membentuk hormon prostaglandin di mana hormon inilah yang akan mengawal selia hormon estrogen wanita. Jadi apa-apa masalah berkaitan hormon contohnya gejala PMS, sengugut, menopaus, mood swing, sakit pada payudara dan sebagainya akan dapat di atasi.

Dan, kalau nak tahu lagi, GLA Complex ni amat bagus untuk kecantikan kulit juga taw. Ia bukan saja dapat melembapkan kulit kering, malah dapat menghindar jeragat, dan menaikkan seri wajah.

Ye la.. hormon dah kembali sihat, insyaAllah semua tindakbalas dalam badan juga akan kembali sihat dan normal.

Jika ada ibu-ibu yang ingin mencuba GLA Complex untuk selesaikan masalah haid  tak teratur seperti saya, boleh hubungi: