Monday, July 27, 2015

Air Ketuban Bocor! Apa Nak Buat?

Saya pasti ada di kalangan ibu-ibu yang pernah mengalami pengalaman air ketuban bocor..Air ketuban yang pecah apabila beg membran yang dipenuhi dengan cecair amnion yang melindungi bayi anda dalam uterus (rahim) koyak. Cecair ini kemudiannya meleleh keluar melalui serviks dan faraj anda.


Sebenarnya bahaya tak ye air ketuban bocor ni? Perlu tunggu sakit dulu atau perlu terus ke hospital? Macam-macam persoalanlah agaknya yang timbul di kepala. Saya sendiri tak pernah ada pengalaman air ketuban bocor..=.=.


Kedua-dua anak saya dilahirkan selepas doktor yang pecahkan air ketuban tu..pengalaman saya dulu, selepas 5 minit air ketuban dipecahkan...kontraksi makin kuat dan 'jalan' cepat terbuka..

So hari ni saya nak kongsi dengan ibu-ibu sedikit pengetahuan, manalah tahu berguna disaat-saat kecemasan dan memerlukan, kan.

Apa itu air ketuban?

Air ketuban ialah cecair amniotic yang wujud di dalam kantung (amniotic membrane) yang menempatkan fetus dalam kandungan.

Air ketuban ni fungsinya ialah untuk perlindungan bayi, tempat dia tidur, main, berguling, membuang serta mengelakkan gegaran. Kiranya macam kusyen untuk baby. Jadi baby tak akan sakit kalau ibu naik motor melompat bonggol sekali pun.


Bagaimana air ketuban boleh pecah atau bocor?

Ada dua keadaan:

1. Secara spontan (spontaneous rupture membrane) dengan sendirinya;

2. Dipecahkan oleh doktor atau bidan semasa proses hendak bersalin

Selalunya, apabila air ketuban dah pecah, rasa sakit nak bersalin atau kontraksi semakin kuat. Keadaan ini adalah normal dan selalu berlaku di kebanyakan kelahiran.


Air ketuban bocor secara spontan sebelum tiba masanya?

Seperti kes diatas, apabila tempoh sebenar bersalin masih lambat (sebelum minggu 37) tetapi air ketuban sudah mula bocor sedikit demi sedikit, ada beberapa perkara yang ibu harus tahu.

1. Apabila kandungan semakin besar dan menghampiri due date, rahim akan menekan pundi kencing. Braxton Hicks yang sedikit kuat boleh menyebabkan ibu terkencing. Keadaan ini boleh juga di salah erti sebagai air ketuban bocor.

2. Jika ibu benar-benar pasti bahawa yang keluar itu ialah air ketuban (warna agak jernih), bukan air kencing atau lendiran faraj yang biasa, maka ibu perlu buat perkara berikut:

  • Pakai pad atau tuala
  • Tidak memasukkan sesuatu ke dalam vagina
  • Segera ke hospital untuk pemeriksaan. Bawa sekali peralatan peribadi yang perlu kerana ada kemungkinan ibu akan di tahan di wad.
Doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan keadaan fizikal bayi.


Risiko jangkitan kuman
Apabila ibu merasa air ketuban bocor, sama ada sedikit atau banyak, jangan bertangguh untuk terus ke hospital. Semakin lama ibu menunggu, semakin tinggi risiko jangkitan kuman akan berlaku. Ini bukan saja beri kesan pada bayi, malah turut membahayakan nyawa ibu.
Jika kandungan ibu belum menghampiri usia 37 minggu, dan setelah doktor mengesahkan bayi selamat, ibu boleh pulang dan buat pemeriksaan susulan.
Tetapi jika kandungan ibu sudah menghampiri usia 37 minggu, selalunya doktor akan menunggu sehingga 12 jam untuk melihat tanda-tanda bersalin sudah bermula. Jika tidak, doktor akan memberi suntikan epidural untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Apapun, ibu perlu prihatin dengan setiap perubahan kerana ada juga ibu yang tak sedar air ketuban telah bocor dan ini sangat membahayakan bayi.Ibu pun jangan stress, saya percaya doktor mahukan yang terbaik sahaja untuk ibu. Ikut saja nasihat doktor.


******************************************************************************

Set hamil, berpantang..hubungi : Nik Anna Othman 
                                                   013-5265534

 Feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama


Review Burgerbyte di Tunjong Kelantan

Sebenarnya lama dah g jalan-jalan cari makan (JJCM)..sebelum bersalin hari tu lagi..secara kebetulan saya dan incik suami ni suka nak cuba makanan  kat tempat baru..punya la lama nak review restoran ni, mse tu belum bersalin..now Adik Iman dah umur 5 bulan..haaa..jangan marah naa =.=

dan juga nak bagitahu secara tak sengaja terjumpa burgerbyte di Tunjong, Kelantan bila menghadiri Majlis Perkahwinan Abang...pihak pengantin perempuan tempah khas dewan dekat Tunjong..kisahnya di sini..KLIK LINK  



first impression, bagi deko untuk restoran makanan segera ni..kira ok la..=.=.. bagi aku x menarik sangat..oopss..sebab semua kerusi, meja..warna hitam..agak kelam..mungkin tema nya dah gitu kan..



masa kami pergi tu, x ramai orang..memang macam tu setiap hari ke atau orang akan ramai pada waktu puncak..tu pun aku x sure sebab sepanjang kami duk makan kat situ..ada la 2,3 orang datang makan sama..

okey..nak review makanan yang kami order..

yang kami order..serius chek lupa nama dish ni..haha..akibat lama perap entry nk review
 
spaggeti yang fail..tawar heber..agak boring



pada kami, ni lah kali pertama  dan kali terakhir kami makan kat sini..burgerbyte kelantan..tiada apa yang special..makan daging burger plus bau asap yang kuat..emmm.....sorry to say..tak berbaloi kalau ada ibu mengandung mengidam nak makan kat sini..oopss..



 
daging burger hangit..memang kalau nak makan kena beware..buang dulu part yang dah jadi 'arang' tu 




 harga 3 dish yang kami order ni..dalam RM48 ++.. lupa lagi harga yang tepat.. kami mintak air milo panas dengan nescafe panas.. (hujan kat luar).. 2 orang makan..agak-agak mahai x?

standart la kut makanan di restoran segera gitu kan..=.=

 
 

Sunday, July 26, 2015

10 Tips Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat Untuk Elak Jahitan Terbuka

Kalau sebut bab bersalin ni, yang paling fobia lagi mengerikan ialah tang jahit-jahit ni. Bila ingat terus rasa tak berani nak mengandung. Kan?..hahaa..selalunya lepas jahit pun masih seriau lagi sebab nak jaga pun satu hal.

Mana taknya, ngilu je rasa mengingatkan doktor atau selalunya misi lah yang jahit tanpa sebarang bius. Hidup-hidup. Menggeletik la kita ni menahan. Kalau dapat misi yang kasar-kasar, yang mulut takde insurans tu, ai dekat ajer kaki tu dengan muka. huhu..



Tapi, alhamdulillah, setakat beranakkan dua orang ni, sakit macam mana pun tak pernah lagi mama terajang misi. Dia membebel apa pun, buat pekak aje la...anak ke dua hari tu 1 jam jugak jahit...katenya kulit mama jenis 'fragile'..ALLAH..ingat barang je fragile..ngeri..ku tahan jua..

dan nurse dengan doktor pelatih siap belajar cara menjahit lagi..wadududuuu..sabor je la..T_T..

Dah balik kang satu hal pula.. ibu tak boleh lasak sangat. Nanti kang terbuka jahit, ko mengadapla misi tu semula..kisah sepupu saya, katanye mengurut 1 minggu dalam pantang...sah-sah jahitan belum kering lagi..dahtu si ibunya terasa jahitan terbuka..g klinik terus dijahit balik tanpa bius ye..hidup-hidup..ngeri..=.=

kisah mama lak, pengalaman anak ke 2..ahmad iman kena jaundise hampir 40 hari..kisahnya di sini..KLIK LINK..buat mama ngeri nak bersalin sebab bayangkan lah umur ahmad iman 6 hari, mama melangkah naik ambulance nak g wad..jahitan x kering dah g jalan sne sni (sbb jaundise ni lah)..rase x pantang pun ada mama ni..nak makan ape ubat, vitamin dicegah misi yang datang rumah sebab takut kuning makin tinggi..T_T

sudahnya..luka lambat kering sebab vitamin cepatkan sembuh luka x berani nak ambik..kuning pun berpanjangan..dugaan kan..lain-lain anak, lain-lain ujian


Jadi, untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, siap sedialah dengan apa yang patut supaya nanti luka jahitan cantik serta cepat sembuh.

Lazimnya luka akan sembuh dalam tempoh dua minggu lepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung kepada apa yang ibu-ibu buat dan makan.

Tips #1. Sebelum bersalin, iaitu dalam trimester ketiga.

Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Ini untuk  melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses melahirkan kelak.

Tips #2. Senaman Kegel selepas bersalin

Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ini dapat membantu meransang peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu menurunkan risiko kencing tak lawas, dan meningkatkan kembali daya seksual.

Tips #3. Guna ubat luka yang dibekalkan

Doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning. Sama ada letakkan ubat tu pada pad, atau minta suami tuangkan pada luka.

Tips #4. Jangan lasak dan banyak bergerak

Jaga cara duduk, jangan sampai terasa sakit. Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan kerana sebarang pergerakan yang kuat akan menekan otot di bahagian vagina. Silap haribulan boleh terbetas jahitan tu.

Tips #5. Cara kencing yang betul

Kadangkala terasa sakit semasa kencing. Beradalah dalam posisi yang kita sendiri rasa selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa kencing.

Keringkan vagina dengan tuala atau tisu. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan.

Tips #6. Elakkan sembelit

Sembelit yang teruk boleh sebabkan jahitan terbuka. Oleh itu jaga pemakanan, cukupkan pengambilan air kosong dan serat. Ibu boleh cuba pil kalsium seperti Ostematrix untuk meransang pergerakan usus yang sihat dan lancar.

Tips #7. Jangan sentuh dengan tangan

Tak perlu nak rasa-rasa, pegang-pegang dengan tangan. Biarkan luka sembuh dengan sendirinya. Sama ada tangan yang kotor, atau kawasan vagina yang tidak bersih, kedua-duanya pun tidak sesuai untuk di buat main. Kita tak nak kuman di pindahkan antara satu sama lain pula.

Tips #8. Jaga kebersihan vagina

Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah, sentiasa pastikan vagina bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula nak cuci kuman. Basuhlah dengan air suam selalu.

Tips #9. Cukupkan keperluan nutrisi

Badan kita akan selalu sakit-sakit, dan luka pun lambat sembuh kalau kita tak dapat cukup nutrisi. Nutrisi tu ialah protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya orang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.

Untuk mempercepatkan baik pulih luka, boleh ambil Zink dan Vitamin C. Kedua-dua ni sangat membantu untuk luka cepat sembuh, mencegah jangkitan, dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan cedera.

Tips #10. Kurangkan tekanan

Ibu berpantang jangan stress stress. Mesti happy dan ceria selalu barulah luka cepat baik.

Jadi, kepada ibu-ibu yang tak lama lagi nak bersalin, dah boleh mula cara nombor 1. Kemudian ikut cara yang saya dah bagi ni.

Saya doakan ibu-ibu semua dipermudahkan urusan bersalin nanti, sentiasa sihat walafiat dan luka pun sembuh dengan begitu cepat sekali. Amiin insyaAllah.


feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama



 

Saturday, July 25, 2015

Usus Kotor Punca Penyakit dan Jerawat Susah Nak Hilang

Pagi ni bangun dengan kembung perut gara-gara malam tadi makan lagi di lewat malam..padan muka diri sendiri..hahaa..perut saya agak sensitif, kalau makan dan terlelap sebelum 2 jam selepas makan..esok pagi konfem angin satu badan..addehhh..

ibu menyusu sepenuhnya ni kuat betul makan ( saya la tu)..harapnya badan sy ini memiliki gen ayah agar berat badan tak naik..ahaa..makan semahunya..okey..balik pada tajuk entry..sebenarnya nak share fakta sikit setiap hari usus kita menerima berkilo-kilo makanan.. Kalau makanan tu baik-baik saja ok lah. Tapi yang kita telan setiap hari ialah:


  • lemak dan minyak
  • bahan perasa
  • bahan pewarna
  • bahan penyedap
  • bahan pengawet
  • gula berlebihan
  • garam berlebihan
  • pestisid/ herbisid
  • makanan GMO
  • makanan segera
  • makanan rapu / ringan
  • makanan tercemar
  • asap rokok
  • alkohol
dan sebagainya lagi yang kita sendiri tahulah kan.



Soalannya ialah, berapa kerap kita mencuci usus kita? Saya yakin ramai yang menjawab TIDAK PERNAH. Membuang setiap hari tidak bermakna usus kita bersih tau. Sebab banyak sekali sisa toksin melekat pada salur usus tanpa dapat di buang lagi.

Lebih menakutkan toksin yang melekat pada usus ini bukan saja boleh menyebab banyak penyakit, Malah ia mampu menghalang zat-zat dan khasiat daripada makanan lain untuk diserap ke dalam darah melalui dinding usus.

Sudahnya yang sampai ke sel-sel badan kita cumalah toksin juga!

Sebab tu jerawat tak hilang malah makin banyak pula!!

Kalau nak tahu, antara tanda-tanda yang tubuh kita ni ada banyak toksin ialah:
  1. mudah selesema, demam dan batuk
  2. mudah penat
  3. muka pucat dan lesu
  4. jerawat muka dan badan
  5. alahan
  6. ashtma/ lelah
  7. sembelit
  8. selulit
  9. kulit kusam
  10. masalah berat badan
  11. kanser
  12. tekanan darah tinggi
  13. kencing manis
  14. serangan jantung
  15. sakit kepala
  16. masalah kulit
  17. cepat tua (kulit berkedut, rabun, uban, lupa)

Sangat penting sebenarnya untuk kita cuci usus ni. Kalau tak, takkan orang sanggup habis ribuan ringgit untuk lakukan rawatan cuci usus secara pembedahan.

Syukurlah kita ada cara lebih mudah.

Tumbuhan dan herba semulajadi adalah agen pencuci usus terbaik! Contohnya tumbuhan daun senna ni.



Tumbuhan ni memang banyak terdapat di negara kita. Tak pasti pula saya orang kita panggil daun apa.

Tapi yang best kita tak perlu nak ekstrak-ekstrak, tumbuk-tumbuk atau buat jus.

Dapatkan je herba daun senna ini dalam tablet Herb-lax ini.


Selain daun senna, ada beberapa lagi herba semulajadi yang memang terkenal dalam fungsi detoksifikasi terutama usus dan organ hati.

Cuma amalkan tiga kali dalam seminggu (3-4 biji setiap kali), insyaAllah ia akan melakukan tugas mencuci usus dengan mudah, selamat dan lancar.

Sampai ada yang kempis perut di buatnya gara-gara kerak usus yang dah berkurun lama  ada dalam usus akhirnya di buang.


gembiranya dalam hati..jerawat makin berkurang..usus dah bersih..bonus lak yang dapat perut kempis..sape tak suka kan..si isteri boleh jugak kasi hadiah pada incik suami..bahaya jugak tanda-tanda bahagia incik suami bila perut dah ke depan..(boroi)..oopsss..=.=

JOM same2 kempis perut, usus sihat...yang paling penting..ambik apa-apa supplement pun akan menjadi sebab kadar penyerapan yang baik oleh tindakan usus kita..wallahh~

dapatkan SEGERA..pencuci usus terbaik daripada daun herba terpilih..semulajadi..selamat..talian hot mama 013-5265534..

feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama 

Friday, July 24, 2015

5 Cara Elakkan Kematian Bayi Dalam Kandungan..mesti ambil tahu!

Alhamdulilah..bila seorang isteri disahkan hamil..syukur tak terhingga sebab diizinkan ALLAH untuk mempunyai zuriat sendiri..lebih-lebih lagi ibu yang hamil buat pertama kali..

pasti berita kehamilan yang ditunggu-tunggu pasangan yang berkahwin..tapi dalam keterujaan menerima bakal anggota ahli keluarga yang baru..Kadang kita terlupa untuk menjaga tata tertib dan terutama sekali bab menjaga makanan..ibu hamil perlu sentiasa ingat apa yang anda makan bukan untuk diri anda sahaja tapi untuk si comel juga.

Tapi kadang-kala tak semua pasangan atau ibu bernasib baik. Ada yang diuji dengan keguguran, dan ada juga yang bayi meninggal dalam kandungan walaupun kandungan sudah membesar. Kawan baik saya sendiri pernah mengalami peristiwa sedih ini...ALLAH..nauzubillah..saya tak dapat bayangkan perasaan ibu-ibu yang mengalami peristiwa ini..T_T.. anda adalah insan terpilih..ameenn.. 

masih teringat KISAH SEDIH KAWAN BAIK SAYA..KLIK LINK





kita hanya merancang, ALLAH jua lah penentu segalaNYA..Anak-anak adalah harta pinjaman dunia semata-mata..sehingga hari ini..mama sendiri masih takut akan kehilangan anak-anak mama..ALLAH..berilah kami kesempatan membesarkan zuriat kami untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..aammen.
 
Ada beberapa sebab bayi boleh mati dalam kandungan (stillbirth). Antaranya:-

1. Asphyxia iaitu keadaan di mana bayi tidak mendapat bekalan oksigen kerana terbelit tali pusat

2. Kecacatan organ seperti jantung

3. Pertumbuhan bayi yang sangat lambat

4. Kelainan kromosom, genetik atau metabolisme pada janin

5. Infeksi

6. Diabetes

7. Kesihatan ibu yang tidak baik

8. Mengambil bahan terlarang seperti rokok, alkohol atau dadah

Jadi, adalah sangat penting suami isteri, ibu-ibu dan kaum keluarga ambil berat terhadap apa yang si ibu ini makan dan gunakan sehari-hari. Kadang kita tak sangka benda nak jadi, dah jaga elok-elok pun bayi meninggal juga. Itu semua ketentuan dari Allah.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu wajib berusaha untuk memastikan bayi dalam kandungan sentiasa selamat sehingga waktu melahirkan.

Cara Mengurangkan Risiko Bayi Meninggal Dalam Perut

Ibu bolehlah mengamalkan perkara di bawah sejak dari awal sebelum merancang untuk hamil.

Cara #1:
Mengambil makanan seimbang yang cukup nutrisi penting terutama asid folik, dan mengelakkan mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan terlalu tinggi kandungan gula.

Cara #2 : Beritahu doktor jika anda ada masalah kesihatan dan ada mengambil sebarang ubat

Cara #3 : Suami dan isteri menjauhi rokok dan minuman beralkohol. Partikel rokok akan beri kesan kepada janin dalam keadaan yang kita tidak jangka.

Cara #4 : Menjaga kesihatan dan kebersihan agar tidak terkena sebarang jangkitan penyakit, terutama di kawasan sekitar faraj.

Cara #5 :
Sentiasa memastikan pergerakan janin yang betul. Segera ke hospital jika merasakan trend yang merosot atau terlalu aktif.

Selalunya, kejadian bayi meninggal dalam perut atau stillbirth ini berlaku apabila janin berusia 20 minggu ke atas.

Jadi ibu-ibu banyakkan berehat, bertenang, prihatin terhadap sebarang perubahan pada tubuh dan jangan berlengah jika ada sebarang masalah berlaku.


dan yang paling penting dalam bab menjaga diri ni ketika hamil ni, anda jangan terlalu risau tak tentu pasal..buat biasa je..=.=..mama selalu takut gitu..alahaii..saya doakan ibu-ibu dan bakal ibu yang singgah kat sini selamat bersalin dan dikurniakan bayi yang comel..amenn

feel free to like dan share!
kebaikan untuk dikongsi bersama

 




 

8 Tips Kurangkan Bengkak kaki Ibu hamil..normal kah?..

Ibu hamil sebenarnya adalah insan yang kuat.. kuat fizikal dan mental..tahu kenapa saya bagitahu begitu..sebab setiap halangan dan dugaan mengharungi phase kehamilan adalah tempoh yang mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga bayi yang dikandung dilahirkan..

wahh..hebatnye ALLAH bagi semangat untuk ibu hamil..anda ibu yang hebat!..saya tengah bayangkan mak saya, ibu anak 8..kami 8 adik beradik semuanya..haa..saya ni ibu anak 2 terkial2 nak jaga...=.=

alhamdulilah..saya nak kongsikan 8 tips pengurangan bengkak kaki ibu hamil..dalam bahasa kelantan nya 'sembap' kaki..pengalaman hamil saya dua kali berturut-turut, alhamdulilah...tiada masalah bengkak kaki ni..kemungkinan besar perkara ini tidak berlaku kepada saya sebab pengambilan vitamin yang konsisten..

 


Kenapa ibu hamil selalu mengalami bengkak kaki?

Semasa mengandung, badan kita akan simpan banyak cecair daripada biasa. Dan apabila kandungan sudah semakin besar, rahim kita ni akan menekan salur darah pada pelvis. Tekanan ni akan menyebabkan peredaran darah di bahagian bawah badan kita menjadi perlahan dan berkumpul.

Apabila darah berkumpul, ia akan memaksa air turun dan keluar melalui kapilari darah dan masuk ke tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Sebab itulah kita akan nampak kaki mula mengembang dan seakan bengkak.


Boleh juga rujuk link di sini..KLIK LINK(kenyataan pakar)


Bagaimana nak kurangkan bengkak?

Ada beberapa cara yang boleh ibu lakukan untuk kurangkan dan menghilangkan bengkak kaki yang tak selesa ni.


Ikuti 8 Tips hebat ini..


Tips #1: Elakkan duduk terlalu lama atau berdiri terlalu lama. 

Jangan silang kaki semasa duduk kerana ini akan burukkan keadaan. Cuba lakukan 
 banyak pergerakan untuk menghalang darah berkumpul di sesuatu bahagian.

Tips #2: Baring kekiri jika ibu ingin berehat untuk mengurangkan tekanan pada saluran darah vena kava.

  Ibu juga boleh naikkan sedikit kaki dengan bantal supaya berkedudukan tinggi sedikit daripada jantung.

Tips #3 : Berselimut atau pakai stokin semasa tidur tetapi elakkan stokin yang terlalu ketat.

Tips #4 : Pakai kasut yang selesa
yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Tips #5 :  Minum banyak air untuk mengembalikan cecair yang hilang.

Tips #6 : Mengurut. Mintalah bantuan encik suami untuk mengurut kaki yang bengkak itu.
 

Tips #7 : Makan secara sihat, elakkan makanan ringan dan tinggi garam.

Tips #8 : Mengambil suplemen seperti multivitamin, kalsium, magnesium dan omega 3...Klik Link Vitamin yang mama amalkan masa mengandung.


Hampir 80% wanita mengandung pernah mengalami masalah bengkak kaki ni dan ia biasanya berlaku pada trimester ketiga. Ianya normal dan ibu jangan risau. Selalunya lepas bersalin bengkak ni akan surut sendiri.





feel free to like & share!
 kebaikan untuk dikongsi bersama..


Thursday, July 23, 2015

Cameron Highland : Percutian Pendek kami

ENTRY tertinggal..short vocation (8hb Jun 2015)

sejak akhir-akhir ibu anak dua ni sibuk memanjang..Alhamdulilah..puasa ni keperluan susu untuk ahmad iman tidak terjejas..harapnya mama dapat puasa penuh tahun ni sama dengan 2 tahun lepas..ameen..

nak cerita sket percutian tidak dirancang dan pada masa yang singkat..short vacation ke Cameron Higland.. 6 jam jugak drive g sana..agak-agak jauh tak kalau 6 jam kena drive..ahaa..fikir sendiri la ye..=.=...

terima kasih incik papa sponsor penginapan dan makan-makan kami..sebenarnya tak rancang pun nak pergi bercuti.. yela..adik iman baru umur 4 bulan..nak pergi lak kat Cameron..tempat sejuk..boleh ke adik iman bertahan dengan cuaca macam tu..



kalau bukan incik papa beriya booked hotel..mama malaih jugak nak packing bagai...( dalam hati suka je..)..krik..krik..okeh..memang dah jangka kalau ke Cameron pada cuti sekolah memang jalan akan jem di sana..

tapi setakat ni pergi 3,4 kali dah ke Cameron bila masa jalan tak jem..jem sokmo..T_T..mana yang nak pergi bercuti ke Cameron..siap sedia hadapi jem..yehaa..

okey2 nak cerita short vocation kami tu..niatnya memang nak bertolak awal pagi..tapi kakak Safrina berjaga malam..jadinya, dari rumah mak mertua..angkut anak-anak yang masih tidur masuk kereta...kemas baju ala kadar je..ye la 1 malam je pun g sana..

kul 9.30pagi macam tu baru dapat gerak..sampai tempat penginapan around 5 ptg..agak lambat sampai sebab traffic jem..

tempat penginapan kami macam biasa Century Pines Resort..sebenarnya kalau tengok kat Agoda.com kadar penginapan kalau dalam bajet memang akan booked..tapi susah nak dapat harga below Rm200..so kalau ada bilik penginapan di Century Pines Resort yang murah below RM200, memang incik suami akan booked..=.=..tu yang tetiba ada short vocation..tanpa dirancang.

nak tahu kenapa istimewa sangat tempat penginapan ni kalau g sne memang kami tak menginap kat tempat lain dah..sebab kat Century Pines ni ada parking berbumbung ( basement)..alhamdulilah..kereta selamat..dan lagi satu makanan breakfast kat sini agak banyak pilihan dan sedap la jugak..bilik penginapan pun okey..

bilik penginapan kami..mintak superior deluxe..tapi dapat 2 single bed..aisehh
 dah sampai petang kat tempat penginapan..harapannya malam nanti je la keluar cari makan ke ape kan..tapi hujan lak turun dengan lebatnya...so, kami anak beranak duk dalam bilik je tengok tv..

kakak Safrina macam biasa tidur lambat kul 2 pagi tak silap..mama, iman dan papa tidur sedap sejuk2..dia tgk tv, dia duk jalan g mari g mari dalam bilik..aisehh..anak mama sore ni..

planning nya esok keluar awal..banyak tempat nak singgah ni..tapi memandangkan sang puteri mama, Kakak Safrina kejut sarapan je td..balik bilik dia sambung tidur...tu la, berjaga malam sangat sape suruh..lastly kami keluar 11pg terus check out..huhu..

kena paksa bangun pagi..breakfes..sian anak mama ni
bila dah keluar tu..tersangat la banyak kereta..oh no!..jem dah mula upenya..ye la dah pukul 11 pagi kn..

singgah kat hutan lipur...cari gerai nasi lemak ayam sambal strawberry..Sambal Abang..


nasi lemak yang sedap..nyummy
makan cecepat sebab tetiba nak hujan..memang kita tak dapat jangka cuaca di Cameron..keluar hotel td panas je..kan?

harungi jem lagi ke Big Red Strawberry..tempat yang wajib kami singgah kalau ke Cameron..bukan ape..cari ice cream dengan fresh strawberry je..haha


Kakak Safrina yang suka tidur waktu London..Addehh..(1Y 11m)
puas hati mama makan coklat strawberry...ahaa..lepas ke Big Red terus bertolak pulang..niat nak singgah beli teh di Cameron Valley tak tercapai..sebab jem dan cuaca macam nak hujan..tak nak nanti sampai rumah tengah malam..

huhu..sedih x sempat minum teh di kafe ladang bharat teh...xpe la lenkali k..

kesimpulannya..short vocation agak memenatkan sebab ada tempat yang kita nak pergi tak sempat nk p..huhu..

tapi sebenarnya tak serik untuk nak p short vocation..kalau lama sangat kat sana..tak tahu nak p mana lak..ehee

 

Anugerah Terindah : Ahmad Iman turns 4 months

Alhamdulilah...anak teruna mama dah umur 4 bulan..siap pergi bercuti di cameron highland..terima kasih papa luangkan masa, laburkan duit sikit bawak kami bercuti anak beranak..sangat terharu..

First time bawak adik iman...anak-anak mama yang sangat berjurus ore kalate kato..behave sgt2...dalam kereta tidur je..

Pejam celik..pejam celik...kejapp sangat masa berlalu..dah 4 bulan ahmad iman, berat adik iman 6.4 kg..kena cucuk sejarum..T_T.. kuasa susu ibu mungkin..adik iman tak pernah kena demam, selsema atau batuk..anak mama sihat sokmo. dah la save bajet untuk susu...anak-anak pun jarang sakit demam..alhamdulilah..rezeki susu badan untuk Iman melimpah ruah..

bantuan vitamin untuk tingkatkan production susu ibu yang mama amalkan..Klik Link..

Ahmad Iman huzaifie 4 bulan..suka tidur meniarap

sejak dah pandai meniarap ni..pantang lepa memang cepat je dia pusing..mama kena beware kalau adik iman ada atas katil..nauzubillah..



first vocation ahmad iman huzifie..
nanti nak share cerita percutian pendek kami ke Cameron Highland..1 malam je pun p..ahaa..next entry..

Salam Aidilfitri 2015 daripada Pengedar Shaklee Kota Bharu

Alhamdulilah..diizinkan oleh ALLAH untuk menyambut aidilfitri kali ni..dan syukur jugak mama dapat puasa penuh lagi tahun ni..3 tahun berturut2 dapat puasa penuh..=.=

raya tahun ni dapat beraya berempat...walaupun cuti sekolah rasanya singkat je T_T...dapat la kita sambut secara bersederhana..x dapat g jalan2 mana2..traffic jem..luangkan masa dengan papa dan anak-anak.

mama, ahmad iman huzaifie the first raya, kakak Nur Azwa Safrina dan Papa

kepada semua customer vitamin shaklee mama..tenkiu kerana sudi singgah kat sini.. x dapat nak whatsapp satu2 minta maaf..jadi, dikesempatan ini mama dan keluarga ingin memohon maaf zahir dan batin, segala salah silap sama ada sengaja atau tidak sengaja tanpa sedar..moga ALLAH permudahkan urusan kita seharian dalam mencari keredhaan NYA..ameen..#kosong-kosong ye

talian hot mama 013-5265534 sentiasa dibuka untuk sebarang pertanyaan tentang vitamin Shaklee..lagi exclusive kepada pelanggan mama..

  raya ke 3 baru dapat tangkap pic raya together.. raya tahun ni giliran belah suami..raya dengan mertua la dulu pagi raya..petang baru balik rumah sendiri..rumah kami 20 minit je..

mama nak kongsikan tips beraya di rumah mak mertua..

Tips 1 :  Masakkan makanan yang ibu mertua suka
kisahnya papa nak makan nasi minyak..dah buat list sesiap nak g beli barang dan masak..tapi ibu mertuaku nak buat soto, mihun sup, mee sup..sebab ada sedare belah suami dah buat nasi minyak..okeh..mama masakkn soto je..nasib tak kempunan papa ye..haha

Tips 2 : Bangun awal pagi
Tolong kemas apa yang patut..jangan kan orang nak g solat raya kita masih terbungkam tidur..tahu la penat masak malam tadi..tapi agak-agak la kan..

Tips 3 : Rajinkan diri
kalau ada pinggan,gelas atas meja yang kotor..cepat2 ambik basuh..dan jangan lupa sapu sampah..kemaskan dapur.

Tips 4 :  Layan Tetamu
bab ni kena pandai-pandai bawak diri..kena tahu layan sedara mara belah suami yang datang. masa ni lah kita nak beramah mesra kan..

Tips 5 : Jangan Layan Mertua Macam orang luar
Maksudnya di sini..layan mertua macam mak ayah kita..minta maaf, salam raya dll..


hahaa..ikuti 5 tips ini mak mertua pasti sayang anda..lalalala..tu ikut pengalaman mama la ye..lagipun baru 3 tahun jadi menantu di rumah tu..harap nya jadi menantu kesayangan mak la ye..ehee..
 

Thursday, July 2, 2015

Petua Redakan Suhu Panas Deman Anak Kecil

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.


Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas.

 Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.


  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  1. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.
  1. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  1. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  1. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  1. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.
 
Sumber : Pa & Ma Karangkraf

Wednesday, July 1, 2015

10 Tips Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)...dari sudut seorang isteri..ibu anak 2

Salam Ramadhan karemm..kejap je rasa berpuasa..ibu menyusu ni alhamdulilah diizinkan untuk berpuasa penuh setakat 20 Ramadhan ni..

tetiba nak taip entry pasal perkahwinan jarak jauh (PJJ)..tahun 2015 merupakan tahun 4 kami PJJ..dari zaman  bercinta, kahwin dan sekarang dah ada 2 orang anak pun..dugaan ini pasti ada hikmah ALLAH bagi..bukan tak RELA tapi tuntutan tugas incik suami sebagai seorang pendidik di sekolah orang asli, gua musang yang memaksa PJJ..



 tipu la kalau mama kata tak susah bila semua perkara perlu mama buat sendiri..membesarkan dua orang anak yang masih kecil sendiri tapi syukur tinggal dengan ibu ayah yang dapat membantu sikit sebanyak.

teringat masa mengandung, ke klinik check up..memang rasa tragis sangat..menangis pun ada..yang pasti suami kita pun tak nak perkara macam tu kan..so be positive..

apa yang buatkan mama kuat..adalah anak-anak mama..WAHM mudahkan urusan mama..kalau ada ibu2 yang bekerja tapi PJJ dengan incik suami..kena pandai-pandai curi2 masa bersama anak-anak..



Tips Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)..dari sudut seorang isteri..ibu anak 2..

#Tips 1 : Sentiasa berhubung dengan suami
kisahnya incik suami mengajar di sekolah orang asli kisahnya di sini KLIK LINK ..walaupun mama tak dapat nak selalu contact sebab line telefon tak ada kat sana..sekurang-kurang dapat gunakan media online untuk berhubung..(tanpa suara pun jadi laa.. kan..=.=)..redha

#Tips 2 : Sentiasa Titipkan doa
walaupun jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati..

doa mama :"Ya Allah, Engkau Permudahkan urusan suamiku, urusanku, titipkan lah rasa cinta, rasa percaya di hati kami, berikan kami kekuatan,kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan MU.."..ameen..

kawan2 yang mana PJJ tu boleh amalkan..

#Tips 3 : Hargai masa bersama
kami kan jumpa hari minggu sahaja..so, masa ni la luang kan kualiti masa bersama..nampak macam remeh je kan...tapi yang la part yang perlu buat..nak pergi berkelah, shopping ke ape..rapatkan hubungan dengan anak-anak..jangan sampai incik suami pun anak-anak tak kenal..ni lagi sedih..

# Tips 4 : Bawa Melancong aka Makan Angin
Alhamdulilah..ni lah part yang mama suka sangat..haha..asyik terperap dalam rumah je kan..bila ada waktu cuti panjang sikit...dapat lah menjenguk dunia luar..anak-anak pun suka.. baru lepas g Cameron Highland .. tinggal 1 malam pun dah cukup..

#Tips 5 : Sentiasa Jujur, Saling Mempercayai
Dalam bab ni..suami isteri kena jujur..bercerita la apa sahaja.jangan lak jumpa hujung minggu je tapi memasing senyap..

#Tips 6 : Saling Membantu 
Tak semestinya incik suami boleh lepas tangan dalam soal menjaga anak..means hujung minggu jumpa tu, incik suami sila la ringan kan tangan anda, tukar lampin ke, mandikan anak ke..si isteri pasti suka..

#Tips 7 :  Sediakan Masakan Kegemaran Suami
Walaupun mama isteri weekend..alhamdulilah..incik suami tak ketinggalan untuk merasa masakan air tangan isteri..yang part ni kena request dengan isteri suh masak..pandai-pandai la buat ayat ye..

#Tips 8 : Senaraikan Keperluan Anak-anak
Yang ni pun penting..isteri boleh senaraikan apa sahaja keperluan anak-anak..sebab nanti kalau ada barang yang mustahak tapi tak ada mungkin akan menjadi kesulitan si isteri untuk keluar membelinya..contohnya : pampers anak, susu anak dll..

#Tips 9 : Keperluan Kemudahan Asas
Pastikan kereta sentiasa bersedia..si steri kekadang tu bukan tak pandai tapi jenis tahu bawak kereta sahaja....(malas nak ambil tahu..mama la tu..ehehe)...minyak hitam, angin, air bateri dan lain-lain..pastikan incik suami tolong 'servis'..kalau ada ha-hal kecemasan..tentu-tentu lah ianya sangat membantu...

#Tips 10 : Kekalkan hubungan Mesra
Layanan mesra suami isteri perlu kekalkan..kalau ada incik suami nak buat kejutan..bagi bunga ke, coklat ke..tak semestinya hadiah yang mahal kan..cukup lah penghargaan kerana membesarkan anak-anak..tanda terima kasih incik suami kepada isteri..

banyak lagi nak kongsi tips Perkahwinan Jarak Jauh ni..nanti kita share lagi ye..si isteri suka sangat kalau incik suami buatkan sesuatu untuk menghargai si isteri..betul tak ibu-ibu di luar sana?..so, pada incik suami..selalu la ucapkan terima kasih pada si isteri..sekadar ucapan terima kasih tentu besar maknanya pada si isteri.


feel free to like & share

kebaikan untuk dikongsi bersama