tetiba nak taip entry pasal perkahwinan jarak jauh (PJJ)..tahun 2015 merupakan tahun 4 kami PJJ..dari zaman bercinta, kahwin dan sekarang dah ada 2 orang anak pun..dugaan ini pasti ada hikmah ALLAH bagi..bukan tak RELA tapi tuntutan tugas incik suami sebagai seorang pendidik di sekolah orang asli, gua musang yang memaksa PJJ..
tipu la kalau mama kata tak susah bila semua perkara perlu mama buat sendiri..membesarkan dua orang anak yang masih kecil sendiri tapi syukur tinggal dengan ibu ayah yang dapat membantu sikit sebanyak.
teringat masa mengandung, ke klinik check up..memang rasa tragis sangat..menangis pun ada..yang pasti suami kita pun tak nak perkara macam tu kan..so be positive..
apa yang buatkan mama kuat..adalah anak-anak mama..WAHM mudahkan urusan mama..kalau ada ibu2 yang bekerja tapi PJJ dengan incik suami..kena pandai-pandai curi2 masa bersama anak-anak..
Tips Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)..dari sudut seorang isteri..ibu anak 2..
#Tips 1 : Sentiasa berhubung dengan suami
kisahnya incik suami mengajar di sekolah orang asli kisahnya di sini KLIK LINK ..walaupun mama tak dapat nak selalu contact sebab line telefon tak ada kat sana..sekurang-kurang dapat gunakan media online untuk berhubung..(tanpa suara pun jadi laa.. kan..=.=)..redha
#Tips 2 : Sentiasa Titipkan doa
walaupun jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati..
doa mama :"Ya Allah, Engkau Permudahkan urusan suamiku, urusanku, titipkan lah rasa cinta, rasa percaya di hati kami, berikan kami kekuatan,kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan MU.."..ameen..
kawan2 yang mana PJJ tu boleh amalkan..
#Tips 3 : Hargai masa bersama
kami kan jumpa hari minggu sahaja..so, masa ni la luang kan kualiti masa bersama..nampak macam remeh je kan...tapi yang la part yang perlu buat..nak pergi berkelah, shopping ke ape..rapatkan hubungan dengan anak-anak..jangan sampai incik suami pun anak-anak tak kenal..ni lagi sedih..
# Tips 4 : Bawa Melancong aka Makan Angin
Alhamdulilah..ni lah part yang mama suka sangat..haha..asyik terperap dalam rumah je kan..bila ada waktu cuti panjang sikit...dapat lah menjenguk dunia luar..anak-anak pun suka.. baru lepas g Cameron Highland .. tinggal 1 malam pun dah cukup..
#Tips 5 : Sentiasa Jujur, Saling Mempercayai
Dalam bab ni..suami isteri kena jujur..bercerita la apa sahaja.jangan lak jumpa hujung minggu je tapi memasing senyap..
#Tips 6 : Saling Membantu
Tak semestinya incik suami boleh lepas tangan dalam soal menjaga anak..means hujung minggu jumpa tu, incik suami sila la ringan kan tangan anda, tukar lampin ke, mandikan anak ke..si isteri pasti suka..
#Tips 7 : Sediakan Masakan Kegemaran Suami
Walaupun mama isteri weekend..alhamdulilah..incik suami tak ketinggalan untuk merasa masakan air tangan isteri..yang part ni kena request dengan isteri suh masak..pandai-pandai la buat ayat ye..
#Tips 8 : Senaraikan Keperluan Anak-anak
Yang ni pun penting..isteri boleh senaraikan apa sahaja keperluan anak-anak..sebab nanti kalau ada barang yang mustahak tapi tak ada mungkin akan menjadi kesulitan si isteri untuk keluar membelinya..contohnya : pampers anak, susu anak dll..
#Tips 9 : Keperluan Kemudahan Asas
Pastikan kereta sentiasa bersedia..si steri kekadang tu bukan tak pandai tapi jenis tahu bawak kereta sahaja....(malas nak ambil tahu..mama la tu..ehehe)...minyak hitam, angin, air bateri dan lain-lain..pastikan incik suami tolong 'servis'..kalau ada ha-hal kecemasan..tentu-tentu lah ianya sangat membantu...
#Tips 10 : Kekalkan hubungan Mesra
Layanan mesra suami isteri perlu kekalkan..kalau ada incik suami nak buat kejutan..bagi bunga ke, coklat ke..tak semestinya hadiah yang mahal kan..cukup lah penghargaan kerana membesarkan anak-anak..tanda terima kasih incik suami kepada isteri..
banyak lagi nak kongsi tips Perkahwinan Jarak Jauh ni..nanti kita share lagi ye..si isteri suka sangat kalau incik suami buatkan sesuatu untuk menghargai si isteri..betul tak ibu-ibu di luar sana?..so, pada incik suami..selalu la ucapkan terima kasih pada si isteri..sekadar ucapan terima kasih tentu besar maknanya pada si isteri.
feel free to like & share
kebaikan untuk dikongsi bersama