Tuesday, November 24, 2015

9 Tips Untuk Jadi Menantu yang di Sayangi Mertua..kena buat ni..!..KHAS untuk SUAMI

Dalam mengharungi alam rumah tangga, perkarasekecil2 nya harius diambil perhatian..bukan semua perkara dianggap remeh sebabnya ada hati yang perlu dijaga..

entry ni KHAS untuk incik suami..jom akrbkan hubungan dengan mertua.


 

1. SUAMI harus berusaha mengambil hati mertua. Sayangi dan hormati mereka sebagai orang tua kita sendiri. Pelajari apa yang mereka suka dan apa yang mereka benci.

2. SUAMI harus bukan sahaja izinkan, malah sebaiknya arahkan isteri agar menghubungi orang tua mereka sekerap mungkin dan lapurkan apa sahaja berita dari orang tua isteri kepada kita. RPWP sarankan agar seboleh-bolehnya setiap warga menghubungi orang tua 5 kali sehari. Biar ibubapa terasa seperti kita duduk serumah walaupun hakikatnya kita tinggal berjauhan. Paling tidak sekali sehari atau lebih kerap dari sebelum isteri kita berkahwin dengan kita. Dengan itu, hubungan isteri dengan orang tuanya jadi akrab dan diredhai. Bila isteri dan keluarganya gembira, masing-masing akan berterima kasih dan kita juga yang dapat tempiasnya.

3. SUAMI tidak harus menolak mentah-mentah sebarang nasihat atau buah fikiran dari mertua. Hargai atau terima buah fikiran itu sebagai sahabat, atas dasar kasih sayang dan bernasnya cadangan yang diberikan oleh orang yang lebih berpengalaman itu. Lebih-lebih lagi untuk ISTERI terhadap mertua. Kecuali jika saranan itu tersasar dari landasan agama.

4. SUAMI harus tahu batas sempadan dalam menerima cadangan dan buah fikiran mertua. Jangan sampai merasa terpaksa untuk menerima apa-apa saranan dan buah fikiran dari mertua sehingga kita hilang keyakinan diri dan ketegasan pendirian sebagai murobbi keluarga, hanya kerana ingin memenuhi kehendak mertua. Apatahlagi jika mertua kita tersasar dari landasan syariat.

5. SUAMI sendiri harus memainkan peranan 'menghulurkan' apa sahaja pemberian terhadap keluarga mertua, biarpun sumbernya dari isteri kita. Sebaliknya ISTERI pula harus ambil peranan untuk 'menghulurkan' apa sahaja pemberian terhadap keluarga suami, biarpun sumber pemberian itu dari suami. Ini mampu menolak fitnah dan menzahirkan keredhaanserta keihlasan terhadap mertua dan keluarga pasangan kita.

6. SUAMI / ISTERI jangan suka mengadu apa sahaja masalah dalaman rumah tangga sendiri kepada ibu bapa sendiri. Ini boleh menambahkan kebencian mertua terhadap pasangan kita. Ingatlah bahawa lebih mudah menyelesaikan masalah dengan pasangan sendiri berbanding masalah yang disebabkan oleh kebencian mertua dan campur tangan ipar duai kita.

7. SUAMI / ISTERI harus tampil dan membela pasangan masing-masing apabila ada unsur fitnah, cercaan, atau umpatan oleh orang tua atau ahli keluarga sendiri terhadap pasangan kita. Jangan sekali-kali meng’iya’kan dan menokok tambah pula. Lama kelamaan pendekatan ini mampu 'mengajar' keluarga kita agar tidak lagi campurtangan sewenang-wenangnya.

8. ISTERI harus ingat bahawa keredhaan suami adalah laluan syurga baginya. Apapun situasi atau konflik yang terjadi, keputusan dan pendirian suami harus diutamakan selagi ia tidak menyalahi syara’. Syurga suami kita masih di bawah tapak kaki ibunya. Oleh itu jika suami sarankan agar balik raya di rumah ibunya dahulu juga ada rasional syariat di sebaliknya dan wajar kita patuhinya dengan berlapang dada. Dengan itu, suami akan redha terhadap kita dan anda akan lihat dia akan santuni keluarga anda dengan hati yang lapang juga.

9. SUAMI pula harus adil terhadap isteri dan mertua. Walaupun kita ada hak terhadap isteri kita, cubalah ambil hati mertua sekali sekala. Jika boleh jangan sampai isteri kita yang meminta. Cubalah minta izin dari ibu-bapa kita untuk sekali-sekala beraya dahulu di rumah keluarga isteri kita pula. Terutama jika ada keperluan khusus seperti mertua kita sudah uzur dan sebagainya. Dengan budi bahasa dan santunan yang wajar, pasti ibu kita sendiri pun akan merelakannya kerana mereka sayangkan kita dan mahu kita disayangi oleh mertua kita juga.

Wednesday, November 4, 2015

7 Tips Pengawalan Kencing Manis di Kalangan Ibu Hamil

Percaya tak, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan mengalami kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai diabetes gestasi.

Jika ibu salah seorang daripadanya, jangan risau dan panik. Ada ramai lagi yang seangkatan dengan ibu. Perkara ini memang biasa berlaku.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh dapat kencing manis semasa mengandung. Antaranya:
  • BMI 30 atau lebih
  • Sejarah kandungan lalu yang ada diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang besar, 4kg atau lebih
  • Sejarah keluarga
Nanti jururawat akan minta kita berpuasa untuk lakukan ujian toleransi glukosa iaitu minum air gula.




Mula-mula darah akan di ambil contohnya jam 8 pagi. Kemudian kita di beri minum segelas air gula.

Dua jam kemudian, sekali lagi darah akan di ambil. Lepas dua jam ni, barulah ibu boleh sarapan apa yang ibu nak makan.

Prosesnya mudah je. Tapi ramai ibu berasa takut dan fobia nak minum air gula yang manis melantun-lantun tu.

Bila di beritahu ada diabetes...

Selalunya jururawat akan menghubungi kita jika ujian gula tersebut menunjukkan kita memang ada kencing manis.

Maka bersedialah untuk ujian BSP untuk mengawal bacaan gula darah ibu. Ibu perlu datang ke klinik sebanyak 4 kali dalam satu hari sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Jika ibu berjaya mengawal bacaan gula dalam darah pada keempat-empat sesi BSP itu, ibu mungkin diminta datang dalam masa dua minggu lagi. Jika tidak, memang tiap-tiap minggulah kena berulang ke klinik.

Jadi, sebagai orang yang pernah ada pengalaman mengalami kencing manis semasa mengandung, saya nak kongsi beberapa tips dan cara yang ibu boleh buat untuk mengawal bacaan gula dalam darah.

Penat woo nak ulang alik ke klinik 4 kali sehari setiap minggu. Boleh stress jadinya sebab kita pun banyak kerja lain lagi nak buat kan.


Tips #1. Kurangkan makan karbohidrat tinggi

Ada dua jenis karbohidrat; iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.

Karbohidrat kompleks contohnya seperti yang terdapat dalam gandum, nasi, roti, mi, dan pasta.

Karbohidrat ringkas contohnya semua makanan manis yang mengandungi gula dan madu termasuk gula dalam buah-buahan.

Lebihkan makan sumber daripada karbohidrat kompleks, yang berserat tinggi dan rendah lemak tepu. Ibu boleh makan yogurt bersama campuran buah-buahan dan juga susu.

Tips #2. Makan makanan berindeks glisemik rendah

Indeks glisemik rendah bermaksud makanan tersebut apabila dimakan, ia akan melepaskan glukosanya secara perlahan-lahan dalam badan, bukan secara mendadak.

Antara makanan berindeks glisemik rendah ialah:
  • pasta dengan tepung gandum durum
  • buah seperti epal, oren, pear, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur
Makan makanan rendah indeks glisemik dapat bantu mengawal aras gula dalam darah. Tapi tak bermaksud ibu tak boleh makan makanan berindeks glisemik tinggi. Ibu masih boleh makan kentang, nasi, roti tetapi dalam kuantiti yang rendah saja.
Tips #3. Makan dalam waktu yang tetap
Setiap hari ibu mesti makan dalam waktu yang sama, contohnya kalau sarapan pukul 8 pagi, setiap hari mesti pukul 8 pagi. Ini supaya badan kita tak 'pening' dengan turun naik glukosa dan insulin pun di lepaskan secara tetap setiap hari.
Tips #4. Jangan skip hidangan
Mesti ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam juga jangan lupakan hidangan antara waktu makan (between meal).
Between meal tu bolehlah makan snek yang berkhasiat seperti buah dan kekacang.
Ini untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang seimbang.
Tips #5. Kurangkan lemak
Terutama lemak tepu. Lemak yang bagus ialah lemak poli tak tepu contohnya daripada minyak bunga matahari dan minyak zaitun. Kukus dan gril makanan lebih baik berbanding menggoreng.
Tips #6. Kosongkan perut 2-3 jam sebelum melakukan ujian BSP
Sebenarnya kita mampu kawal nafsu makan kita. Doktor pun warning, kalau kencing manis tinggi, awak kena cucuk insulin sendiri. Elok lepas doktor warning macam tu, boleh pun kita (saya la) jaga makan dan kawal gula. Sebelum buat ujian tu janganlah makan makanan berpotensi menaikkan aras gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 jam.
Minum banyak air kosong, atau jika lapar boleh bancuh ESP (ESP indeks glisemik rendah).
Ujian BSP: sedikit darah di ambil untuk menguji tahap glukosa darah
Tips #7. Jangan minum minuman manis 
Contohnya air berkarbonat, teh ais, nescafe ais, milo dan sebagainya. Air gas tu memang penyumbang tertinggi gula.
Kencing manis kalau tak di kawal

Sebenarnya agak bahaya juga kepada ibu dan bayi kalau kita tak kawal kencing manis semasa mengandung. Kalau gula terlalu tinggi, nanti boleh menyebabkan:

1. Bayi membesar secara berlebihan dalam rahim

2. Ibu di minta bersalin awal daripada tarikh jangkaan

3. Risiko melahirkan bayi pra-matang

4. Risiko pembedahan caesaerean akibat bayi besar atau gagal induce

5. Risiko bayi tersangkut bahu semasa kelahiran

6. Risiko kerosakan saraf bayi

7. Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut

8. Bayi akan menghasilkan lebihan hormon insulin, dan lahir dengan kadar gula yang sangat rendah

9. Bayi berisiko dapat kencing manis dan kegemukan bila dewasa

Jadi ibu-ibu, cubalah usaha kawal kencing manis tu. Jangan makan sebarangan. Kita tak nak dapat risiko macam di atas kan?  Nauzubillahi min zaalik.

Saya doakan ibu sihat sepanjang mengandung dan bebas dari sebarang masalah kesihatan hingga saat melahirkan nanti.

love to sharing..

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama





Wednesday, October 14, 2015

Ibu Hamil Mengidam atau mengada-ngada?..oouchh

Alhamdulilah..pengalaman mengandung dua kali yang diberikan kesempatan pada mama..tahap mengidam nya ada tapi tidak lah serius mana..setakat nak makan mempelam apple yang manis2 masam, tomata hiris dengan mayonis tu je kut..

mama pun lupa..tapi yang pasti..tak layan sangat tahap mengidam nya..buat biasa2 aje..pernah tak kita dengar cerita tahap mengidam ibu hamil ada yang pelik-pelik kan..minta jauh la daripada yang kadang2 tu tak masuk akal pun ada..nak makan atap rumah, tanah liat, cacing dan lain-lain...

 Persoalannya NORMAL tak ibu hamil mengidam??jom kita baca sampai habis entry ni yer..



Punca mengidam

Kajian menunjukkan sebanyak 90% wanita mengandung akan mengidam makanan tertentu terutamanya pada trimester pertama. Punca sebenar tidaklah diketahui namun ramai percaya sebenarnya ia adalah petanda atau 'signal' tubuh kita kekurangan dan memerlukan sesuatu.

Contohnya, peningkatan isipadu darah akan menyebabkan kenaikan aras sodium. Dengan itu badan beri signal kita lapar jeruk.

Sebenarnya bukanlah tubuh inginkan makanan tersebut (contohnya airkrim), tetapi tubuh memerlukan sesuatu di dalam aiskrim itu manakala otak pula menterjemahnya sebagai aiskrim.Nasib la sekarang ni kalau ada si isteri mengidam nak makan ice crem tengah malam..kedai runcit 24jam ada..

Kenapa berlaku perubahan terhadap selera makan?

Ini adalah disebabkan perubahan hormon semasa mengandung yang mana akan turut mencelarukan sensasi deria rasa dan bau. Lapar, kurang rehat, tekanan dan emosi yang tidak menentu sering diterjemahkan kepada mengidam.



Berdosakah mengidam?

Tidak ada salahnya dan tidak membahayakan jika ibu tidak meminta makanan pelik-pelik seperti teringin nak makan arang, sabun, kayu, kaca dan sebagainya. Sindrom mengidam makanan pelik ini di namakan pica dan jika ia berlaku kepada ibu, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.

Bagi kebanyakan wanita, mengidam boleh jatuh dalam beberapa kategori makanan; manis, pedas, masin, atau juga masam.

Kajian turut mendapati hanya 10% sahaja wanita yang mengidam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.




Pentingnya nutrisi berkhasiat

Tabiat mengidam tidak seharusnya menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan. Walaupun ibu mengidam, ibu harus malah wajib mengambil makanan berkhasiat untuk perkembangan bayi yang sihat.

Ini kerana, ada ibu mengandung yang hanya mengamalkan makanan yang disukainya sahaja tetapi mengabaikan pemakanan berkhasiat seperti vitamin pre-natal.

Ibu mengandung yang asyik mengidam makanan manis di khuatiri lebih mudah mendapat kenaikan berat badan mendadak dan juga di serang diabetes gestasi.

Manakala ibu mengandung yang asyik mengidam makanan masin pula dikhuatiri mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Apapun, berpada-padalah jika ibu mengidam. Ambil dalam kuantiti sedikit, dan pandailah pilih makanan alternatif yang lebih menyihatkan.

Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.

Hakikatnya mengidam itu hanyalah mitos dan bakal ibu boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan perkara lain seperti menyibukkan diri dengan melakukan hobi memasak atau menonton televisyen dan sebagainya.


love to sharing..

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama





 

 


Thursday, October 8, 2015

Kek MILO yang SEDAP..guna Blender je..gebu..lembut

hai..hai..lama betul mama tak sempat nak share recipe...ni yang terbaru..rajin-rajin baked..tapi ikutkan senang je nak buat, kalau ibu-ibu yang balik keje sementara tunggu nak magrib tu sempat lagi buat..

yang penting ada MILO dan bahan-bahan ni ya kat rumah..jom cek recipenya.





Senang je nk buat..guna blender jer..
Buat banyak2 kali pun kek still gebu..lembut..sedap..nyummy..


Bahan A
1 cawan tepung gandum any brand
1 cawan milo
1 Sudu Kecil Baking Powder
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat

(Campur dan ayakkan)

 
Bahan B
2biji telur x ksh saiz ape
1 cawan gula kisar- xnk manis kurangkan
1 cawan minyak masak
(Kisar dalam blender 5-7 minit)
Masukkn 1 cawan air

 
Cara2 :
Masukkn bhn kisaran blender td bhn B ke dlm bekas lain..(ni kes blender kecik)..campurkn bhn A..sedikit demi sedikit..sehingga habis..siap utk dibakar.
 

Kalau blender besar..mskkn aje bhn A sedikit demi sedikit.dlm blender...sehingga hbs..
Bakar pada suhu 200°c..pada 25minit..

 
SIAP!

 

Selamat mencuba bagi yang rajin tu..

 
gebu kan..nyummy

With love,

mama safrina dan iman

Tuesday, October 6, 2015

Promosi Oktober 2015 Shaklee banyak vitamin dapat Harga yang Jimat

yehaa...dah masuk bulan 10 tanpa sedar..cepat naw naw masa berlalu...macam biasa tiap-tiap bulan mesti ada yang tertunggu-tunggu nak tahu apa promosi terbaru Shaklee..kalau jadi ahli lagi la jimat..

KLIK LINK SINI NAK TAHU DETAILS apa yang best kalau jadi ahli bulan ni!

 cepat cepat sebelum terlambat..jangan lupa hubungi saya..Rakan SID yang sedia membantu..



okeh..tak nak merapu panjang-panjang moh terjah ape yang istimewa bulan ni Shaklee nak bagi..





Banyak kan promo..sebenarnya GLA COMPLEX dengan OMEGA GUARD tu boleh dapat lagi jimat dengan BUY 6 FREE 1..

 Nak tahu details jangan lupa whatsapp nik anna ye..

KLIK LINK :

>>>Kelebihan Vitamin E

>>>24 kebaikan Omega yang patut anda ambil tahu

>>>Kelebihan Gla Complex untuk kesuburan


dah tahu apa yang patut anda tahu..sila la bertindak sekarang..

untuk order..


Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama





 

 


Wednesday, September 16, 2015

Minum ESP Shaklee Pekatkan Air susu ibu supaya Bayi kenyang lama

Siyes mama masa bf anak sulung..stress yang amat..bukan sebab susu badan sedikit tapi tahap melimpah ruah kadang merimaskan//alhamdulilah..rezeki anak mama..tapi part yang paling tak berapa gemar, stress tu my baby tidur nya sekejap-sekejap ja..

menyusu pun agak kerap, lenguh belakang mama dibuatnya..dan mama perasan susu badan mama macam cair je, seolah-olah my baby tak puas menyusu..

 Pengalaman mama sama dengan seorang ibu ni, Saya ada terbaca soalan seorang ibu yang tanya macam mana nak pekatkan susu badan sebab dia rasa susu badan dia cair dan anak dia cepat kenyang tapi cepat lapar semula. Tambahan dia rasa anak dia tidur tak lena sebab sekejap-sekejap dah lapar semula.

Susu badan boleh di pekatkan ke? Ada ke cara nak pekatkan susu badan?

Jika ibu perasan, susu ibu kelihatan agak cair pada awalnya, namun selepas beberapa ketika, ia mula kelihatan lebih pekat.




Susu yang lebih cair itu di kenali sebagai foremilk, dan yang lebih pekat itu dikenali sebagai hindmilk.

Orang tua selalu mengatakan bahawa, susu payudara kiri lebih cair sebab kandungannya air, manakala susu di payudara kanan lebih pekat kerana kandungannya nasi. Ini adalah mitos sama sekali!

Sebenarnya kedua-dua payudara kanan dan kiri mengeluarkan foremilk dan hindmilk yang amat penting untuk keperluan tubuh bayi.

Foremilk VS Hindmilk



Foremilk merupakan susu yang di keluarkan oleh payudara pada awal menyusu atau berada di hadapan payudara. Ia mengandungi isipadu yang tinggi, lebih cair dan mengandungi kurang lemak.

Hindmilk pula ialah susu yang terhasil selepas habis foremilk di keluarkan oleh payudara. Ia mengandungi jumlah lemak yang semakin bertambah .

Apabila ibu merasakan susu ibu cair, ada kemungkinan ibu sebenarnya hanya memberikan bayi foremilk dan memberhentikan penyusuan sebelum sempat hindmilk di keluarkan.

Bagaimana Cara Memekatkan Susu Badan Supaya Bayi Lebih Kenyang Dan Tidur Lena?

1. Susukan bayi hingga payudara kosong. Bayi akan menikmati kedua-dua foremilk dan hindmilk. Dengan itu bayi akan lebih kenyang.

2. Kosongkan kedua-dua belah payudara dengan kerap sama ada secara mengepam atau direct feeding. Lebih lama ibu membiarkan susu di dalam payudara, susu akan lebih cair dan begitu juga sebaliknya.

3. Ambil 'milkbooster' atau suplemen

Setiap ibu mungkin ada resepi rahsia bagaimana untuk memekatkan susu. Pilihan saya? Sudah tentu ESP dan Alfalfa Complex Shaklee..

Ini di akui sendiri oleh teman saya. Katanya, susu lebih pekat kalau minum ESP.

Sebenarnya, apa yang penting konsep 'supply and demand' perlu dipenuhi terlebih dahulu. Ibu jangan malas menyusu atau mengepam. Penuhi setiap keinginan bayi. Berikan susu jika mereka lapar.

Saya doakan semua ibu mampu dan berjaya melengkapkan tempoh penyusuan hingga dua tahun seperti yang diidamkan.


jom dapat ESP Sekarang!

TAWARAN SAH BULAN SEPTEMBER 2015 SAHAJA!
PROMOSI ESP BERLANSUNG SEPTEMBER 2015..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI KEBAIKAN ESP... 


Hubungi mama untuk dapatkan harga ESP promosi:

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama




Tuesday, September 8, 2015

Protein ESP Shaklee dan Penurunan Berat Badan..Ohsem!

mama nak kurus..nak kurus..saya pasti ibu-ibu lepas bersalin di luar sana bertekad nak kuruskan badan..ye la..bukan untuk sesape je..untuk diri sendiri, keyakinan diri sendiri dan yang paling penting untuk tatapan suami..suami x mo la isteri dah tak sama size masa zaman bercinta dulu..oopss

agak-agaknya mampu tak nak kurus..nak maintain je..alhamdulilah..pengalaman mama sendiri..hasil fully breastfeeding, hasil pengambilan diet, ESP Shaklee..berat mama kembali ke zaman anak dara..totally i like it!..bayangkan dari 70kg..berjaya maintain 50kg..suke sangat..so hari ni nak kongsi cerita tentang penurunan berat badan melalui pengambilan protein dalam diet harian. 

Tahukah anda bahawa, diet tinggi protein menjadi cara yang paling popular untuk menurunkan berat badan kerana kajian menunjukkan bahawa protein akan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.






 



Kajian daripada American Journal Of Clinical Nutrition melaporkan bahawa peserta program diet tinggi protein mereka lebih merasa kepuasan, kenyang lebih lama dan berjaya menurunkan berat badan apabila pengambilan lemak di turunkan sebanyak 20% daripada nilai kalori dalam diet, protein di tingkatkan kepada 30%, dan karbohidrat sekitar 50%.

Dalam kajian lain yang dilaporkan Journal Of Nutrition, menunjukkan diet tinggi protein  yang digabungkan bersama-sama senaman mampu menurunkan berat badan, membuang lemak dan memperbaiki paras lemak dalam darah. Penyelidik juga mencadangkan diet tinggi protein di amalkan supaya mereka yang ingin menurunkan berat badan dapat mengawal selera dan pengambilan kalori.

Pelbagai teori diet dikemukakan antaranya, Atkins, Zone, Ornish, LEARN dan POUNDS LOST dan kesemuanya memperkenalkan pendekatan yang berbeza. Antara kelima-limanya, teori diet dengan pengambilan tinggi protein lebih menunjukkan penurunan berat badan dengan lebih cepat.



Apa kaitan protein dengan penurunan berat badan?

 
1. Memakan makanan tinggi protein seperti ayam, daging, ikan kekacang dan pelbagai makanan tinggi protein yang lain akan menyebabkan pergerakan makanan ke dalam usus menjadi perlahan. Pengosongan perut yang perlahan bermakna anda akan berasa kenyang dalam tempoh yang agak lama. Jadi, keinginan anda untuk makan akan berkurangan.

2. Kesan yang agak stabil dan 'lembut' ke atas glukosa darah dapat mengelakkan kenaikan mendadak glukosa dalam darah yang mana amat sering berlaku apabila kita mengambil makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan kentang.

3. Tubuh menggunakan banyak tenaga untuk menghadamkan protein berbanding ia menghadam lemak atau karbohidrat.

Bagaimana protein soya membantu dalam penurunan berat badan?
Banyak kajian menunjukkan protein soya mampu menurunkan paras LDL (kolesterol jahat), baik untuk jantung dan salur darah kerana ia membekalkan lemak politaktepu, serat, vitamin, mineral dan rendah lemak.

*sumber:
1. http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/protein-full-story/index.html#protein_weight_control
2. http://www.webmd.com/diet/guide/high-protein-diet-weight-loss?page=2


 
 
 
 

ESP (Energizing Soy Protein) dan penurunan berat badan

 
1. ESP membekalkan 9 asid amino penting yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

2. Membantu kepejalan otot (otot amat penting untuk membakar lemak)

3. Terbukti secara klinikal dapat membantu anda kekal bertenaga selama berjam-jam.

4 Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39 (GI tinggi 70 dan ke atas, GI sederhana 56-69,GI rendah 55 dan kebawah).

Indeks glisemik (GI) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam darah. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam penurunan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.
*ESP juga sesuai di ambil oleh pengidap kencing manis.



Karbohidrat dan penurunan berat badan
 
Apabila menyebut tentang karbohidrat pula, bukanlah bermakna pengambilan karbohidrat perlu dihentikan sama sekali apabila anda ingin menurunkan berat badan. Karbohidrat sangat penting untuk keseimbangan diet dan tubuh yang sihat. Karbohidrat membekalkan sumber bahan bakar untuk daya tahan organ seperti otak, sistem saraf pusat dan buah pinggang.

Pengambilan karbohidrat yang sangat rendah atau tiada langsung adalah tidak mengikut keperluan diet harian. Tubuh kita memerlukan semua protein, lemak, karbohidrat serta vitamin, garam dan mineral untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Jika pengambilan karbohidrat sangat rendah, ini akan menyebabkan tubuh kita kekurangan banyak khasiat lain yang biasanya juga terdapat dalam makanan tinggi karbo seperti buah dan sayur-sayuran. Ia juga akan menyebabkan tubuh kita tidak mendapat mineral, serat dan antioksidan yang bagus dalam makanan itu.

Diet rendah karbohidrat juga akan menyebabkan tubuh mengalami kesan jangka pendek dan panjang seperti pening, muntah, pitam, dehidrasi, masalah pernafasan, hilang selera; juga akan berpotensi menyebabkan kenaikan berat badan (jika mengambil makanan tinggi lemak), masalah usus, kesan yo-yo (berat turun naik), masalah buah pinggang dan masalah berkaitan osteoporosis.

*sumber:
http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Weight_loss_and_carbohydrates

Jadi, dengan pengambilan ESP dan Cinch Shakes atau apa-apa produk Shaklee yang berkaitan penurunan berat badan, kami sangat tidak menggalakkan anda untuk berpantang karbohidrat secara total. Makanlah sama ada nasi, buah, ubi kentang, atau apa sahaja makanan tinggi karbohidrat TETAPI ambillah dalam jumlah yang sederhana dan tidak berlebihan.



IKUTI PENGALAMAN IBU-IBU YANG BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN ESP SHAKLEE dan RANGKAIAN VITAMIN SEMULAJADI SHAKLEE YANG LAIN..



TAWARAN SAH BULAN SEPTEMBER 2015 SAHAJA!
PROMOSI ESP BERLANSUNG SEPTEMBER 2015..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI KEBAIKAN ESP... 


Hubungi mama untuk dapatkan harga ESP promosi:

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama




Monday, September 7, 2015

8 Sebab Perlu Ambil ESP Shaklee Untuk Cantik dan Kurus..haa..cmne tu?

Ramai yang dah jatuh hati dengan ESP Shaklee..yang belum berbuat gitu..alahaii ruginya..ada 1001 khasiat dan faedahnya..tak percaya?

apa kata cuba 1 canister dulu dan rasai kebaikannya..tak cuba memang tak tahu..seperti yang kita sedia maklum badan kita ni memerlukan nutrien untuk mengurangkan penyakit yang merbahaya..untuk bina sistem imunsasi kn..

 





KENAPA KITA PERLUKAN ESP?

kita sememangnya memerlukan kandungan protein dalam badan..sumber2 semulajadi yang ada protein ikan, daging, ayam..tapi kalo ambik kerap sgt ayam x elok jugak..dengan lemak nye dll..lagipon sumber nutrien dalam masakan akan berkurang..ye la..masak ayam, goreng ikan..memang bila dah terkena api ni..kandungan protein nye dah berkurang..entah2 dah zero..

kandunga protein dalam ESP ini sangat membantu badan anda untuk memiliki nutrien yang secukupnya..memang selamat dan semulajadi..

cmne kalau kekurangan PROTEIN?

  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.




  8 Sebab yang ESP BOLEH BUAT UNTUK ANDA???

  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.


  • Untuk wanita yang sedang pregnant sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, maksudnye kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat. 
 
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

mudah saje cara penyediaan nya..ambil 2 sudu besar ESP..yang berperisa vanilla.campur dengan minuman anda...kacau nk minum..nk minum gitu pon boleh.. resipi ESP di sni ye..






TAWARAN SAH BULAN SEPTEMBER 2015 SAHAJA!
PROMOSI ESP BERLANSUNG SEPTEMBER 2015..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI KEBAIKAN ESP... 


Hubungi mama untuk dapatkan harga ESP promosi:

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama




Sunday, September 6, 2015

SOYA, ESP Penyebab Alahan?Biar Benar ni??

isk..isk..betul ke seseorang itu ada alahan terhadap soya..dahtu kalau minum soya tetiba naik ruam..(terfikir penulis sejenak)..mungkin ada orang yang jenis alergic dengan soya..dan ada seseorang mengadu soya dan ESP Shaklee boleh menyebabkan alahan atau alergik...ruginye kalau tak dapat minum..sob..sob..sob T_T

Ada yang mengadu lepas minum ESP shaklee Kulit timbul bintik-bintik, gatal-gatal, tak selesa, malah boleh membentuk ruam atau eczema.

Ramai yang selepas mengambil ESP, serta-merta menyalahkannya sebagai punca badan mendapat alahan. Sebenarnya betul ke itu semua salah ESP? Apa sebenarnya punca yang menyebabkan tubuh badan boleh dapat alahan?

Alahan ialah tindakbalas hipersensitif atau terlebih sensitif oleh sel imunisasi badan kepada sesuatu bahan atau alergen. Ia menyebabkan respons berbeza, bergantung kepada organ badan mana berlakunya alahan itu.

Alergen yang menyebabkan alahan boleh berpunca daripada pelbagai sumber. Alergen akan memasuki badan pesakit dan meransang sistem imunisasi, menjadikannya terlalu aktif. Keadaan ini menimbulkan simptom alahan.

Satu sumber alahan ialah pemakanan. Contohnya soya, kekacang, makanan laut, ayam, telur, gandum, susu dan ini juga berbeza antara individu.

Satu point yang perlu anda tahu ialah; alahan ialah sesuatu yang pesakit tidak pernah tahu kecuali sesudah terdedah kepada alergen dan pesakit mengalami alahan terhadapnya.

Faktor utama penyebab alahan ialah keturunan!

Jika seseorang mempunyai alahan, kemungkinan besar generasi berikutnya mengalami alahan tetapi tidak semua simptom adalah sama.

Jadi, dalam kes soya dan ESP di atas, adalah tidak patut sama sekali menyalahkan makanan yang kita ambil.

Ibaratnya kita menyalahkan duit penyebab orang kaya menjadi sombong, padahal duit hanya benda mati, dan tak semua orang kaya sombong. 

Apabila kita mengambil sesuatu makanan, terdapat simptom alahan, itu bermakna badan kita memang alah kepada benda tersebut. Maka jauhilah ia. Tidak perlu menyalahkan sesiapa sebab orang lain yang makan elok saja.

Apapun, cek diri sendiri dulu.

sila ambil perhatian ya..kalau ada simptom alergic..saya tak galakkan untuk consume..minta consultansi dlu ye..

TAWARAN SAH BULAN SEPTEMBER 2015 SAHAJA!
PROMOSI ESP BERLANSUNG SEPTEMBER 2015..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI KEBAIKAN ESP... 


Hubungi mama untuk dapatkan harga ESP promosi:

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama






Saturday, September 5, 2015

Pulangnya ke Pangkuan Pencipta NYA..Mati itu Pasti

kawan masa sekolah menengah Teknik Pasir Mas..masih ku ingat lagi ayat-ayat mengurat dia..alaa..cinta monyet masa sekolah menengah..masa tu tengah tunggu paper disusun untuk trial SPM 2003..seingat subjek sejarah kertas 2.

katanye :

"rukun islam ada 5"
"rukun iman ada 6"
"dragon boll ada 7"

aku masih kebingungan apa hal bgtau 5,6,7 tu..ahaa..rupa nya yang cuba dimaksud kan..angka-angka itu adalah takdirnya..yang memang dah tetap dan tak berubah..

begitu juga dia dan aku..=.=

alahaiii..romantis nya..aku lak jenis 'BLUR' memanjang..=p

banyak jugak kenangan dengan arwah...even jodoh kami tak panjang..cinta monyet kawan-kawan yang lain sampai ke jinjang pelamin..kami sampai tamat tingkatan 5..masing-masing bawa haluan..dia dapat maktab perguruan di KL..aku ke Johor menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan.

tetiba semalam 3.9.2015, jumaat yang indah..dia pergi jua menemui SANG Pencipta..yaa..kita juga pasti menemui Nya..

malam sebelum tu 2.9.2015,salah seorang classmate kami up kan status di group Alumni..memang sangat2 terkejut..ya ALLAH lama nya aku tak jumpa, tak dengar cerita dia even jadi rakan FB....mungkin segan sebab aku ni kan bini orang..dia pun x kahwin lagi..





dan ternyata ALLAH lebih sayangkan dia..semalam aku takut sangat nak bukak FB..rupanya berita yang aku takut tu sudah takdirnya..ALLAH..menitis juga air mata ini..='{


 al fatihah buat mu sahabatku..

Semoga dirimu tenang di sisi para solihin..amenn


beliau seorang cikgu..hasil post mortem dalam surat kematian disahkan kena penyakit tibi..wallahualam..


 

Friday, September 4, 2015

Kebaikan ESP Shaklee untuk Gastrik..selamat tinggal Gastrik!

Penyakit gastrik adalah salah satu penyakit yang agak 'popular' juga dikalangan kita. Selalu kita tengok orang sakit gastrik mesti terbaring, pegang perut yang pedih dan ada juga yang sampai pengsan.

Seperti Puan Farahana yang menderita sakit gastrik bertahun-tahun. Cuba dengar pengalaman dia apabila di 'serang' gastrik. Sama tak macam korang?







 

Seperti Puan Farahana yang hanya mengamalkan tiga makanan ini sahaja pun, beliau mampu pulih dari penyakit gastrik secara 'tak sengaja'. Jom kita tengok, apa yang Puan Farahana makan ni?



1. ESP
Protein soya (non-GMO) ini sangat bagus diminum sebagai sumber tenaga bagi menggantikan susu (susu tidak begitu bagus untuk pesakit gastrik). Selain itu ia membantu membina semula sel-sel di lapisan mukosa perut yang rosak dan menipis akibat makanan berasid yang kita makan.


2. Ostematrix
Sumber kalsium yang turut di lengkapi dengan magnesium dan vitamin D serta bersifat alkali ini elok di ambil untuk meredakan kesakitan saraf dibahagian perut. Ia juga memperbaiki hiperaktiviti perut dengan itu mengurangkan masalah gastrik.


3. Peppermint Ginger Plus
Mengandungi 4 ramuan herba utama seperti halia, pudina, biji adas dan cekur manis yang amat membantu dalam masalah pencernaan, ketidakhadaman, pedih ulu hati, kembung perut, angin serta membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.




Bagaimana ESP membantu dalam masalah Gastrik?

Kandungan protein dalam ESP..bukan sembarangan product makanan tambahan yaa..


ESP ini yang kaya dengan kacang soya terpilihnya, bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut tadi. 

Malah, ESP ini juga mengandungi kandungan protein yang tinggi boleh membantu sistem pencernaan bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula 'bekerja' apabila wujudnya unsur protein dalam perut. 

Selain itu, nutrien yang terdapat didalam ESP ini juga mampu membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik sewaktu proses pencernaan itu berlaku.

 ESP adalah sumber protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dibina oleh tubuh badan dan harus didapatkan daripada pemakanan kita.

Badan kita ni tak mampu hasilkan sendiri asid amino perlu tu. Padahal tubuh kita sangat-sangat memerlukan asid amino untuk regulate proses metabolisma yang penting untuk kesihatan badan. Selain tu, asid amino adalah sumber tenaga dan dapat membentuk tisu-tisu badan, organ, otot, kulit dan rambut.

 


Sebenarnya memang dah ramai pun sembuh dari penyakit gastrik (dengan izin Allah) lepas makan ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger.
 
mama sendiri dah lama tak sakit gastrik lepas amalkan ESP...syukurkan sangat..dengan keadaan mama yang PJJ ni..anak-anak memang kena selalu dipantau..

 
Jadi kalau tak nak menderita terlalu lama lagi, sebelum jadi gastrik yang lebih kronik sampai kena bedah-bedah, baiklah cepat-cepat rawatnya.

 
Tak susah pun! Cuma tukar apa yang kita makan. Senang kan??

 
Ambil makanan berkhasiat Shaklee kemudian rasailah perubahan demi perubahan yang sangat best!



TAWARAN SAH BULAN SEPTEMBER 2015 SAHAJA!
PROMOSI ESP BERLANSUNG SEPTEMBER 2015..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI KEBAIKAN ESP... 


Hubungi mama untuk dapatkan harga ESP promosi:

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama