Monday, February 9, 2015

5 Cara Merawat Selsema Ketika Hamil..Pengalaman Mama Safrina 36 minggu

Pengalaman terkena selsema ketika usia kandungan 36 minggu amat memeritkan..masa chek up hari tu..ada la bagitahu doktor..saya kena selsema tapi xde la teruk sangat..cuma malam nak tidur tu yang rasa sesak nafas..ye la hidung tersumbat..ni lah gara-gara balik rumah mak mertua, daku tertinggal vitamin C..oh no!

kata doktor..maaf puan, tiada ubat untuk diberikan..kita takut effect anak dalam kandungan tidur terlalu lama kesan daripada puan makan ubat selsema..ohh..baru tahu..jika anda hamil, sistem pertahanan badan anda bukan lah dikategori kan sebagai lemah tapi ianya berubah..walau apa cara sekali pun..ianya adalah untuk melindungi janin anda..





nak tahu cara yang doktor nasihat kan untuk saya yang hamil mengatasi selsema .jom baca sampai habis entry ni ye..


5 cara merawat selsema ketika hamil

#Tips 1 : Minum Air masak secukupnya
Minum air kosong memang penting..sangat penting untuk ibu hamil..paling minimun 2L sehari...lagi banyak lagi bagus. Air yang banyak boleh mengelakkan dehidrasi dan mencairkan lendir-lendir akibat selsema. Digalakkan juga minum jus buah-buahan asli yang fresh untuk membantu menyediakan bekalan nutrisi dan vitamin kepada badan. al maklum la time selsema, xde deria rasa..sudah tentu lah selera terbantut..semua rasa tak sedap.kan..?


#Tips 2 : Makan Makanan yang Seimbang
Makan makanan seimbang yang ada sayur-sayuran dan buah-buhan. Boleh buat sup sayur dan makan ketika masih panas. Pilih sayur yang kaya dengan vitamin C dan tumis dengan 3-4 ulas bawang putih. Bawang putih adalah sumber antibiotik semulajadi yang sangat bangus untuk mangatsi jangkitan kuman dan bakteria.


#Tips 3 : Banyakkan berehat
Banyakkan berehat. Lupakan seketika kerja-kerja rumah. minta tolong incik suami membantu anda..berehat boleh mengurangkan stress.


#Tips 4 : Bersenam
Jika badan masih larat untuk melakukan pergerakan, boleh cuba dengan senaman ringkas sekadar untuk melakukan pergerakan bagi meningkatkan aliran darah ke seluruh badan.


#Tips 5 : Ambil makanan kaya dengan Vitamin C
Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C. Ambil madu, buah-buahan seperti jambu batu, oren. selain memebri tenaga , melancarkan sistem penghadaman.


saya ambil vitamin C ini untuk sistem pertahanan badan termasuk janin dalam kandungan..nak tahu?..KLIK link ni yaa..



Tuesday, February 3, 2015

Petua Cantik : 5 Kebaikan OAT untuk Kecantikkan Luaran..kena ambil tahu!

wah..fakta menarik..Oat bukan lah makanan asing bagi kita kan..mak mertua saya mengambil makanan berserat tinggi ni setiap pagi untuk mengurangkan bacaan kencing manis beliau..so, bekalan Oat memang tak pernah putus..teringat juga masa tengah belajar dulu, sediakan stok Oat untuk bersahur..

tapi tahu kah?..Oat bahan semula jadi dan makanan boleh dijadikan sebagai bahan perawatan kecantikan yang mudah dilakukan di rumah. Kali ini kita pelajari petua kecantikan menggunakan bahan makanan yang terkenal tinggi fiber iaitu oat.
Ia boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Berbaloi kan!


#Petua 1 : Rambut kusam
Wanita sangat menjaga kecantikan rambutnya tidak kira sama ada memakai tudung atau tidak. Kisar oat hingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit baking soda. Sapukan campuran tersebut ke rambut dan gosokkan hingga ke akarnya secara perlahan seperti anda mencuci rambut dengan syampu. Campuran oat dan baking soda membantu menyerap minyak dan membebaskan daripada masalah rambut kusam.


#Petua 2 : Skrub wajah
Oat juga boleh digunakan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah. Butirannya yang lembut selamat digunakan untuk disapu ke kulit wajah. Hancurkan dua sudu besar oat dan tambahkan satu sudu kecil baking soda. Simpan campuran tersebut dalam bekas tertutup. Jika hendak digunakan, tuangkan beberapa sudu ke tapak tangan, tambahkan sedikit air dan sapu ke seluruh wajah. Gosokkan dengan lembut dalam gerakan secara melingkar selama 60 saat, lalu bilas.


#Petua 3 : Skrub badan
Campurkan ¼ cawan oat, sesudu makan madu, dua sudu makan minyak zaitun. Kacau rata sehingga adunan sebati. Kemudian sapukan di seluruh badan dan gosok di kawasan degil seperti lengan dan kaki.


#Petua 4 : Masker wajah
Campurkan satu sudu makan oat dengan tiga sudu makan susu organik suam. Ketika gandum mengembang sedikit, tambahkan sedikit jus lobak merah dan vitamin A. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.


#Petua 5 : Penyejuk kulit
Kulit yang pedih terbakar matahari juga boleh dirawat dengan oat. Masak oat dalam air dan biarkan sehingga teksturnya hangat. Letak oat yang sudah masak ini dalam kain bersih dan tuamkan di kawasan kulit yang terbakar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.

penulis dah cuba petua no 4..wahh..memang lembut je kulit muka..terbaik..rasa macam nak buat selalu..ketagih la plak..anda nak cuba?

SELAMAT MENCUBA YA..
 

sumber : PA & MA karangkraf

Monday, February 2, 2015

Persiapan Beg Bersalin ke Hospital : Pengalaman Sendiri

Alhamdulilah..diberi kesempatan untuk taipkan entry ni..persiapan beg bersalin ke hospital..walaupun penulis baru nak bergelar ibu anak 2..harapnya sedikit perkongsian/info ini dapat membantu ibu-ibu muda tentang kelengkapan yang patut/wajib dibawa masa ke hospital..

alhamdulilah..usia kandungan penulis sekarang ni 38weeks..memang tak sabar tapi tetap rasa takut,berdebar..walaupun penulis dah pernah ada pengalaman bersalin sebelum ni...normal la kan..=.=..sebenarnya persiapan kelengkapan beg bersalin ke hospital dibuat semasa minggu ke 36..kebiasaannya, nurse akan ingatkan kita..

in case, bersalin awal...kelengkapan beg ke hospital yang paling mustahak..

mama Safrina, 38w
Jom kita tengok senarai kelengkapan beg bersalin berdasarkan pengalaman penulis sendiri...kelengkapan beg bersalin ke hospital saya bahagikan kepada dua bahagian..untuk baby newborn dan untuk mama nya..

susun sesiap, termasuk beg ke labour room..


# Kelengkapan 1 : Beg ke labour room..asingkan sesiap..
  • Kain batik
  • pampers 1
  • tuala
  • kain lampin
  • sepasang mitten dan booties



# Kelengkapan 2 : Keperluan baby newborn

  •  Pampers newborn 8-9 unit
  • 2 pasang baju newborn : 1 pasang pun dah cukup sebenarnya : incase baby tiada masalah dan tak perlu stay lama-lama kat hospital
  • tisu basah


  •  2 pasang mitten dan booties
  •  blanket untuk baby 1 dah cukup dan 1 kain lampin
  •  Bantal karipap -1
  •  feveret ever minyak bayini..Mestika..sangat sesuai untuk baby


# Kelengkapan 3 : Keperluan ibu 
  • 2 Pasang baju
  • 2 helai kain batik
  • 1 pasang stoking
  • plastik 2,3 :untuk letak uri dll
  • disposal maternity panties letak sesiap pad/tuala wanita 2,3 helai 
  • tudung 





brand pad/ tuala wanita yang biasa saya pakai :

tak pun guna kotex yang overnight pun boleh..sebab tuala ni panjang.


  • Charger telefon jangan lupa bawak ya - mustahak jugak ni
  • nursing bra untuk breast feeding, dll yang difikirkan perlu
dah siap buat checklist semua?

jangan bawa banyak sangat barang..nanti beg kecil akan jadi besar..ehee..ambil yang penting je k..diharap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang dah nak sampai due untuk membuat persediaan kelengkapan selengkap yang mungkin.

mudah2-han kita dipermudahkan urusan bersalin nanti..aminn..

p/s : doakan penulis juga yaa..tq