Friday, June 5, 2015

Apabila Ujian Kehamilan (UPT) Positif..apa yang perlu ibu ayah buat..

Salam pagi jumaat yang barakoh..

Positif kehamilan berita yang sentiasa dinantikan oleh pasangan yang berkahwin..dan sekarang ni sibuk diviralkan kisah jual anak melalui FB..YA ALLAH..sedih baca sebab pasangan muda berzina..lahir anak luar nikah..siap tayang gambar dua2 pasangan ni..dengan gambar baby yang tak bersalah sekali...kisah dianiaya lah ape..tak tahu pihak mana yang menipu dan tertipu..yang pasti mereka tetap berdosa..nauzubillah...!

YA ALLAH..lindungi keturunan kami, anak-anak kecil yang tidak bersalah itu..amenn..**panjang lak bebel ye mama..hari ni nak kongsi pengalaman pertama selepas tahu mama hamil..dan ini juga boleh dijadikan sebagai panduan ibu baru atau ibu beranak lima untuk menghadapi hari-hari yang bakal menyeronokkan sepanjang fasa kehamilan.








Bila nak buat ujian kehamilan?

Ujian kehamilan boleh dibuat sendiri atau ke klinik apabila haid anda tidak hadir pada bulan itu iaitu seawal seminggu selepas tarikh jangkaan haid anda. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan alat yang di namakan "Pregnancy Test Kit". Alat ini boleh dibeli difarmasi berhampiran anda.

Selain ujian kehamilan, bolehkah kita tahu tanda-tanda bahawa kita sedang hamil?

Boleh. Selalunya wanita hamil akan mengalami tanda-tanda berikut:

  • haid tidak hadir
  • rasa loya, mual dan adakalanya muntah
  • sakit kepala
  • batuk
  • perubahan hormon yang menyebabkan kegatalan dibahagian tertentu tubuh
  • payudara rasa berat, dan penuh
  • tompokan darah (yang menandakan proses penempelan pada uterus berlaku)
  • lelehan vagina berwarna putih pekat (menandakan penebalan dinding vagina)
  • letih yang terlampau
  • alah pada sesetengah rasa makanan 
  • alah pada sesetengah bau
Tetapi, tidak semua wanita akan mengalami tanda -tanda tersebut. Ada yang hanya mengalami beberapa tanda malah ada yang langsung tidak merasa apa-apa. Jadi, apabila anda mengesyaki kehamilan telah berlaku, segeralah melakukan ujian air kencing untuk meneruskan tindakan selanjutnya.
 
 
 

Apabila ujian kehamilan positif, apakah yang perlu dilakukan?

Perkara #1. Segeralah berjumpa doktor untuk mengesahkannya.
 Anda akan diminta berjumpa jururawat setiap bulan untuk memeriksa dan memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa baik.

Perkara #2. Mulailah menjaga pemakanan
Tiga bulan pertama adalah tempoh berjaga-jaga dimana pada masa ini keguguran mudah berlaku. Amalkan pemakanan yang sihat. Orang tua-tua kata JANGAN makan makanan yang TAJAM seperti nenas, rebung dan sebagainya. Elakkan juga makan makanan yang tinggi bahan additif.

Perkara #3. Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok, senaman ringan, tidak melakukan aktiviti yang terlalu lasak.

Perkara #4. Menjaga adab dan kelakuan
Sentiasa berfikir positif, senyum dan melakukan kebaikan agar segala perkara baik tersebut memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak kita kelak. 

Perkara #5. Amalan rohani
Sentiasalah mengamalkan bacaan Al-Quran, berzikir dan berdoa supaya kita dikurniakan anak yang sihat, cantik, comel, hensem, berakhlak, soleh dan solehah.

Untuk ibu-ibu yang baru disahkan hamil,mama doakan agar anda semua sihat dan selamat sehingga ke saat melahirkan nanti..amenn...
 
 
 
 
feel free to like & share!

Tuesday, June 2, 2015

14 Kelebihan Menyusukan Bayi dengan Susu Ibu..no. 9 mama paling suka!

Menyusukan bayi adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi seorang ibu..anda sudah tentu2 nak bagi yang terbaik untuk bayi anda bukan..?..alhamdulilah..pengalaman penulis menyusu anak sulung sehingga umur 1 tahun 4 bulan (niat nak sampai 2 tahun tapi mama hamil anak ke 2)..walaupun menjadi ibu buat pertama kali ternyata niat dan nekad memudahkan cara..menyusu bukan sesukar yang disangka..ahah~.u can do it!

Penyusuan susu ibu telah di rakam secara jelas dalam Al-Quran melalui surah Al-Baqarah ayat 233..Bagi saya, apa yang ALLAH suruh mesti ada kebaikan dan hikmahnya kan. saya pasti ramai para ibu yang berusaha nak bagi yang terbaik pada anak-anak..alhamdulilah..anda ibu hebat..=)

Suka saya nak share sedikit info 14 kelebihan menyusukan bayi dengan susu ibu..dan saya pasti ramai yang memang dah tahu susu ibu adalah yang terbaik kepada bayi tapi bagi yang nak tahu lebih detail apakah kelebihan itu..check it out~




#1. Paling steril dan bersih
Susu ibu fresh, terus dari badan ke mulut. Ia tidak mungkin dihinggapi bakteria, kuman atau apa saja agen penyakit. Ia jauh daripada pencemaran dan kerosakan (melainkan ibu menyimpan stok susu dan cara kendalian susu adalah tidak bersih)




 
#2. Susu ibu kaya antibodi
Ia berfungsi menguatkan sistem imun bayi. Terdapat beberapa antibodi yang cuma wujud dalam susu ibu. Kajian turut mendapati bayi yang menyusu susu ibu mendapat kurang jankitan berbanding bayi susu formula. Antara jangkitan yang biasa berlaku pada bayi ialah;


  • telinga
  • cirit birit
  • jangkitan pernafasan
  • meningitis
Susu ibu dapat melindungi bayi bayi daripada terkena alahan, asthma, diabetes, obesiti dan kematian mengejut (SIDS- sudden infant death syndrome).


#3. Nutrien terbaik untuk bayi

Kerana ia mengandungi laktosa, protein whey dan casein, dan lemak yang sesuai untuk sistem penghadaman bayi yang masih belum matang.

Susu ibu juga mengandungi kesemua nutrien penting seperti vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh tubuhnya untuk membesar. 

Walaupun susu formula membekalkan vitamin yang sama, ia tidak dapat menandingi susu ibu kerana susu ibu sesuai untuk setiap bayi secara unik dan spesifik, tidak dapat di duplikasi.


#4. Lebih mudah di hadam

Oleh itu bayi kurang mengalami cirit-birit atau sembelit. Sebab sifat mudah hadam inilah yang buat bayi amat suka 'mengempeng' atau melekat dengan ibunya kerana lapar, tetapi cepat kenyang.


#5. Percuma

Ibu tidak perlu menyediakan sesen pun wang untuk menyusukan bayi (kecuali ibu bekerja perlu beli peralatan untuk simpan susu), sedangkan harga susu formula sentiasa naik. Oleh kerana bayi susu ibu juga jarang sakit, maka tidak banyak wang yang perlu dihabiskan untuk menampung bil rawatan.
 

#6. Bayi mencuba pelbagai rasa
Oleh kerana bayi hanya minum susu ibu, maka apa yang ibu makan, turut di ambil oleh bayi. Dengan itu bayi lebih mudah menerima makanan kerana ia sudah 'biasa' dengan rasa makanan daripada susu ibunya.

 

#7. Ibu cepat kurus!
Ibu yang menyusukan bayi membakar kira-kira 500 kalori setiap kali sesi penyusuan. Maka ibu yang mengalami pertambahan berat badan semasa hamil dan susah nak kurus, menyusukanlah bayi anda dengan senang hati. :)

 

#8. Mudah lagi menyenangkan
Bayi boleh menyusu di mana-mana, tak perlu prepare barang-barang menyusu seperti botol, air panas, air sejuk, bakul dan sebagainya. Ibu menyusu paling mudah bersiap kalau nak berjalan! Selain itu ibu tak buang banyak masa untuk mencuci botol atau bangun tengah malam untuk bancuh susu.

 

#9. IQ bayi lebih tinggi
Kerana kandungan DHA dalam susu ibu yang semulajadi terus sampai kepada bayi. Ada kajian menunjukkan bayi susu ibu mempunyai IQ (mungkin juga EQ) yang lebih tinggi berbanding bayi susu formula.

 

#10. Hubungan kulit (skin-to-skin contact)
Sebagai ibu menyusu, satu perasaan bahagia apabila dapat mendakap bayi comel kesayangan lebih kerap. Ini dapat membina dan membangkitkan hubungan emosi antara ibu dan bayi. Sentuhan ini dapat meransang pengeluaran hormon endorfin dalam badan bayi yang akan meransang sel-sel tubuh untuk berfungsi dengan lebih baik.



 

#11. Mempercepatkan pengecutan rahim wanita
Ibu lepas bersalin sangat digalakkan menyusukan bayi seawal yang boleh. Ini kerana hormon oksitosin yang dirembeskan dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya ke bentuk asal.

 

#12. Mengurangkan risiko terkena kanser payudara dan kanser ovari
Terdapat kajian menunjukkan ibu yang menyusukan bayi kurang terdedah kepada risiko mendapat penyakit seperti kanser payudara, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit kardiovaskular, juga kanser uterus dan ovari.

 

#13. Mencegah bayi daripada terkena kanser
Susu ibu mengandungi alphalactalbumin dalam jumlah besar, yang mana ia mengenali kewujudan sel-sel kanser dan bertindak membunuhnya.

 

#14. Menjarakkan kehamilan
Biasanya ibu menyusu akan mengalami kedatangan haid yang agak lambat selepas bersalin. Ini membantu ibu untuk menjarakkan kehamilan dan merancang keluarga.

Memilih sama ada untuk memberi susu ibu atau susu formula kepada bayi adalah pilihan yang amat penting dan melibatkan keputusan yang besar. Kerana susu ibu adalah hak bayi yang mesti ditunaikan oleh setiap ibu.

 


Walaupun demikian, jika anda disarankan untuk memberi susu formula kepada bayi atas sebab-sebab kesihatan, kesukaran atau sebagainya itu lebih baik bagi anda.




“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 
-Surah Luqman: ayat 14
feel free to like & share!