Assalamualaikum..
Semua ibu ayah inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Memula tahu mengandung, berita gembira yang sentiasa dinanti-nantikan..Allahuakbar!.. gembira sampai mengalir air mata..kisah saya hamil 2 tahun yang lalu..malam tu tak lena nak tidur sebab period baru lewat 2 hari..esok nak buat Ujian Kehamilan (UPT TEST)..excited!
alhamdulilah..positif...sejak dari hari itu, memang nekad nak bagi yang terbaik untuk janin yang dalam kandungan. saya google cari amalan-amalan ibu hamil..apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat, pantang larang , malah makanan pun kena jaga juga.. rasanya pengalaman ibu yang hamil macam saya juga kan..cari ilmu sendiri..
saya kongsikan 10 tips amalan untuk anak pintar sejak dalam kandungan..check it out~..
Tips #1. Berikan nama yang baik
Semua ibu ayah inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Memula tahu mengandung, berita gembira yang sentiasa dinanti-nantikan..Allahuakbar!.. gembira sampai mengalir air mata..kisah saya hamil 2 tahun yang lalu..malam tu tak lena nak tidur sebab period baru lewat 2 hari..esok nak buat Ujian Kehamilan (UPT TEST)..excited!
alhamdulilah..positif...sejak dari hari itu, memang nekad nak bagi yang terbaik untuk janin yang dalam kandungan. saya google cari amalan-amalan ibu hamil..apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat, pantang larang , malah makanan pun kena jaga juga.. rasanya pengalaman ibu yang hamil macam saya juga kan..cari ilmu sendiri..
saya kongsikan 10 tips amalan untuk anak pintar sejak dalam kandungan..check it out~..
Tips #1. Berikan nama yang baik
Biasa kita excited nak tahu jantina bayi yang dikandung kan. Lepas dah tahu mesti nak cari nama yang cantik, maksud yang cantik. Sebelum
lahir lagi, kalau dah ada nama yang memang ibu ayah dah niatkan nak panggil. Ajak bayi berbual
bersama dengan memanggil nama penuhnya. Pada trimester 1, mungkin belum
ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk trimester 2, selalulah usap perut
dan berkomunikasi dengan bayi kita.
Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang,
ini mama ni. Mama sayang sangat adik. Mama tak sabar nak tunggu adik
keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh atau solehah ya. Patuhi
perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”.
Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita.
Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa
sendirian. Pada trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu
mereka. Jadi, selalulah berkomunikasi dengan mereka.
Tips #3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga
Si Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.
Tips #4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran
Jika sudah puas bercakap dengan bayi, ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, perdengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelak boleh menjadi seorang yang berguna kepada agama.
Tips #5. Bacakan cerita pada bayi
Selain
Al-Quran, ibu mengandung boleh membaca buku-buku ilmiah yang lain.
Bacalah dengan suara yang kuat. Biar si bayi dengar akan isinya.
Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan
sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya.
Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan
gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak
langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.
Tips #6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan
Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Ibu mengandung perlu pastikan diri dan anak dalam kandungan sihat dan cukup keperluan nutrisi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut.
klik link vitamin untuk penuhi nutrisi ibu hamil
ibu
bapa perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang
anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada
ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang
menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian,
cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana
ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak
langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen
positif sepanjang hamil.
Tips #8. Ibu akan membuat latihan matematik dan muzik
Ada kajian mendakwa membuat latihan matematik dan muzik boleh merangsang otak bayi. Ibu yang kerap menyanyi sambil bermain piano mampu merangsang otak bayi. Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.
Tips #9. Mempelajari alat muzik dan bahasa asing
Apabila Si ibu mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola akan membuatkan ransangan untuk kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain muzik, seperti belajar bahasa, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya dimana pemprosesan maklumat bahasa dan muzik akan melibatkan fungsi kedua-dua belah otak kiri dan kanan bayi dalam kandungan.
Tips #10. Pemakanan yang istimewa terbaik
Antara makanan yang boleh diamalkan adalah kacang badam atau almond, buah kurma tau tamar, dan makan ikan dengan banyak (tanpa kepala).
Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga boleh mengambil pil minyak ikan DHA+ sebagai nutrisi tambahan. Minyak ikan terbaik di dunia ialah klik link khasiat minyak ikan untuk ibu hamil..
semua tips ini, senang nak diamalkan. sejujurnya ibu dan ayah kena bekerjasama mainkan peranan masing-masing. sape tak sayang anak kan.. ;)
feel free to like & share