Thursday, May 7, 2015

5 Tips Penyusuan Di Tempat Awam..Sedia dan yakin untuk bf mom

Kisah saya dengan penyusuan eksklusif (fully Breastfeeding mom) dulu..selepas kelahiran anak sulung Nur Azwa Safrina..gara-gara anak tidak mahu menyusu dalam botol walaupun susu perahan memaksa saya berhenti bekerja...tidak mengapa lah Kakak tidak mahu...(dah jadi kakak, mama baru lepas berpantang Adik Iman)...mama sanggup apa saja..lagi-lagi encik suami bagi lampu hijau..berhenti kerja sebagai Engineer..=.=

Kakak nak direct feeding sahaja...masa tu memang sangat jarang keluar rumah atau memikirkan ada tempat tak untuk bagi penyusuan....dahtu plak tak kan nak bagi penyusuan dalam tandas kan..kalau ada ibu yang terfikir nak buat gitu baik JANGAN!

teringat lagi kisah penyusuan saya..masa tu memang tak ambil tahu sangat pasal kelengkapan penyusuan..cover nursing ke ape kan..ceritanya saya ikut suami ada pertandingan bowling kat mall..mall tu plak bukan mesra bf mom..memang tak de tempat nak bf..melainkan ke surau...saya hampir menangis sebab tak jumpa surau..punya la lenguh kaki, dukung kakak lagi..**dalam hati menyesal ikut..aisehh..

Alhamdulilah...adik Iman pun mama akan bagi penyusuan sepenuhnya..sudah tentu dengan bantuan supplement yang terbaik..yang dapat bekalkan nutrient yang baik..dan mama dah beli nursing cover..jadi tak perlu la mama berlari mencari surau, tempat tersembunyi untuk penyusuan...yang penting ikuti Tips ini..sangat-sangat berguna..lebih-lebih lagi buat ibu-ibu muda..

Klik Link : Bantuan supplement untuk bekalkan nutrient kepada bf mom



Sejujurnya keyakinan ibu sangat penting..Bagi ibu baru yang masih kekok, jadikan tips ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.






5 TIPS PENYUSUAN DI TEMPAT AWAM

 
Tip #1. Yakin diri


Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak ramai. Fikirkan bahawa kita mahu memberikan yang terbaik kepada bayi kita..KEEP CALM AND ENJOY BREASTFEEDING MOM!

Tips #2. Fokus dan Tenang


Kita harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu. Bila ibu rasa tenang dan buat macam biasa/normal, automatik penyusuan di tempat awam semudah ABC kan..

Tips #3. Lokasi

Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang. Ye la, kadang anak nak menyusu sebab nak tidur. Kalau suasana tak sesuai macam bising, mula la si anak ni tak boleh fokus menyusu. Tu yang mula kaki tangan semua dah 360 darjah pusing..=.=


Tips #4. Pakaian khusus


Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan nursing cover atau kain pendakap ketika menyusukan bayi. Pakai nursing bra untuk mudahkan ibu-ibu dalam penyusuan..nanti tak de la susah nak selak-selak kan.

 

Tips #5. Bantuan

Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.


Sumber : PaMa

Selamat mencuba..enjoy breastfeeding mom...anda ibu yang terbaik!!