Tempoh mengandung sembilan bulan 10 hari ini sepatutnya menjadi tempoh masa yang amat indah untuk dikenang oleh pasangan suami isteri kerana inilah detik di mana seorang bidadari kecil dari benih kita bakal menjengah dunia.
Namun, seringkali saat ini dibiar berlalu begitu sahaja. Sedar tak sedar sudah sampai tempoh masa bersalin. Percaya tak, ada isteri yang mungkin boleh memendam rasa dan serik untuk mengandung lagi kerana dirasakan dia cuma mengandung 'seorang diri'.
Ketahuilah bahawa emosi isteri saat mengandung ini amat mudah terhiris dan terluka. Suami mesti pandai memainkan peranan kerana jika tidak, silap haribulan isteri akan kata, 'cukuplah...saya tak nak mengandung lagi'.
Wahai suami, perhatikan perkara berikut. Walaupun nampak remeh dan kecil, tapi tidak bagi isteri...jom habiskan baca entry ni..
#1. Mendengar
Perubahan hormon semasa hamil yang ibarat roller coaster ini memang pelik. Ada masa isteri suka mendiamkan diri. Ada masa isteri suka bercakap.
Suami cuma perlu menjadi pendengar yang setia. Pinjamkan telinga untuk mendengar rungutan, bebelan atau apa saja komen isteri. Jika isteri berdiam diri, ajak dia berbual untuk dia meluahkan perasaannya yang mungkin dipendamkan seorang diri.
#2. Bantu isteri melakukan kerja rumah
Isteri yang melakukan kerja rumah seorang diri akan merasa stress, tertekan dan tidak dipedulikan sedangkan dia sendiri mengalami alahan, sentiasa penat dan lesu, loya dan muntah, atau mengalami sakit-sakit pinggang, kaki dan sebagainya.
Suami perlu tunjukkan bahawa dia sentiasa ada untuk sama-sama merasai susah payah isteri yang sedang mengandung itu. Cukup dengan melakukan kerja-kerja ringan seperti membasuh dan menyidai kain, membersih atau menyapu sampah.
Lagi sweet kalau suami dapat tolong isteri menyediakan makanan buat keluarga.
#3. Mengidam
Ada isteri yang semasa mengandung suka mengidam untuk makan makanan yang dia teringin. Jadi suami kenalah carikan apa yang isteri teringin nak makan tu. Simptom mengidam ini ada kaitan dengan kekurangan satu atau beberapa zat dalam badan isteri.
Jadi kalau susah nak masak, belikan saja!
#4. Tolong picit dan urutkan badannya
Isteri mengandung akan selalu mengalami masalah sakit betis, sakit urat, sakit kaki, sakit pinggang, sakit kepala dan macam-macam penyakit lagi. Jika dia mula mengadu, jangan cakap banyak. Ringankan tangan untuk picit dan urut bahagian yang sakit itu.
Percaya tak, isteri bukan tak mampu nak menghadapi sakit itu tetapi sebenarnya dia nakkan perhatian. So, give yours!
#5. Tolong jaga anak
Isteri yang mengandung kali kedua, ketiga atau seterusnya pasti sedang 'berperang' untuk menjaga si sulung walhal dirinya sendiri pun tak larat nak jaga. Apa lagi kalau anak tu jenis yang agak lincah dan aktif, memang boleh semput ibu dibuatnya. silap-silap boleh boleh naik tekanan darah tinggi.
Jadi..suami jangan duduk rileks tengok tv saja, tolonglah jaga anak-anak tu sama.
#6. Temankan isteri ke klinik
Ada isteri memang boleh berdikari dan buat segala benda seorang diri. Tapi bila ke klinik untuk berjumpa doktor atau melakukan apa-apa rawatan bulanan, dia mahukan suaminya ada bersama.
Sekali sekala suami boleh offer diri untuk temankan isteri. Mesti isteri lebih suka dan seronok..saya memang sangat suka kalau incik suami temankan..tapi memandangkan PJJ, x selalu suami ada untuk saya.T_T
#7. Selalu mengucapkan kata-kata pujian dan kasih sayang
Katakan bahawa isteri itu sangat cantik, katakan bahawa suami pun tak sabar-sabar nak main dengan si kecil. Tunjukkan bahawa suami juga amat teruja dengan kehamilan itu walaupun isteri sedang mengandung anak kelima!
Lagi baik kalau suami dapat selalu mengusap perut isteri, bercakap dengan bayi dalam kandungan juga membacakan Al-Quran.
#8. Sering menghubungi dan bertanya khabar
Ini sesuai untuk suami isteri yang sedang dalam perkahwinan jarak jauh (PJJ). Isteri di Malaysia sedangkan suami bekerja di London.
Tanya khabar isteri lebih kerap dan tunjukkan perhatian yang sepatutnya walaupun jarak memisahkan anda berdua. Gunakan segala medium sosial yang ada termasuk skype untuk berhubung dan menyatakan kerinduan anda berdua.
#9. Ambil tahu tentang kehamilan
Cari maklumat dan ilmu dan berkongsi dengan si dia. Dengan itu isteri tahu bahawa suami memang betul-betul prihatin dengannya.
#10. Shopping barang bayi bersama
Jangan biarkan isteri melengkapkan keperluan bersalin seorang diri sedangkan suami masih ada di sisi. Ambil bahagian untuk memilih warna, corak, design, atau jenama peralatan dan keperluan bayi dan ibu lepas bersalin nanti.
Perkara ini, walaupun nampak kecil tetapi impaknya sangat besar. Selain dapat mengeratkan kasih-sayang anda berdua, isteri akan lebih menghormati, menyayangi dan tidak teragak-agak untuk mengandung hingga cukup satu team futsal. :D
Agak-agaknya kalau ada incik suami yang terbaca entry ni, minta-minta lah dia ringgan tulang nak tolong itu ini..Jika anda seorang isteri beruntungnya jika ada suami di sisi..pengalaman saya hamil, banyak perkara kena buat sendiri..kami PJJ..REDHA..T_T..
feel free to like & share!