Tuesday, November 24, 2015

9 Tips Untuk Jadi Menantu yang di Sayangi Mertua..kena buat ni..!..KHAS untuk SUAMI

Dalam mengharungi alam rumah tangga, perkarasekecil2 nya harius diambil perhatian..bukan semua perkara dianggap remeh sebabnya ada hati yang perlu dijaga..

entry ni KHAS untuk incik suami..jom akrbkan hubungan dengan mertua.


 

1. SUAMI harus berusaha mengambil hati mertua. Sayangi dan hormati mereka sebagai orang tua kita sendiri. Pelajari apa yang mereka suka dan apa yang mereka benci.

2. SUAMI harus bukan sahaja izinkan, malah sebaiknya arahkan isteri agar menghubungi orang tua mereka sekerap mungkin dan lapurkan apa sahaja berita dari orang tua isteri kepada kita. RPWP sarankan agar seboleh-bolehnya setiap warga menghubungi orang tua 5 kali sehari. Biar ibubapa terasa seperti kita duduk serumah walaupun hakikatnya kita tinggal berjauhan. Paling tidak sekali sehari atau lebih kerap dari sebelum isteri kita berkahwin dengan kita. Dengan itu, hubungan isteri dengan orang tuanya jadi akrab dan diredhai. Bila isteri dan keluarganya gembira, masing-masing akan berterima kasih dan kita juga yang dapat tempiasnya.

3. SUAMI tidak harus menolak mentah-mentah sebarang nasihat atau buah fikiran dari mertua. Hargai atau terima buah fikiran itu sebagai sahabat, atas dasar kasih sayang dan bernasnya cadangan yang diberikan oleh orang yang lebih berpengalaman itu. Lebih-lebih lagi untuk ISTERI terhadap mertua. Kecuali jika saranan itu tersasar dari landasan agama.

4. SUAMI harus tahu batas sempadan dalam menerima cadangan dan buah fikiran mertua. Jangan sampai merasa terpaksa untuk menerima apa-apa saranan dan buah fikiran dari mertua sehingga kita hilang keyakinan diri dan ketegasan pendirian sebagai murobbi keluarga, hanya kerana ingin memenuhi kehendak mertua. Apatahlagi jika mertua kita tersasar dari landasan syariat.

5. SUAMI sendiri harus memainkan peranan 'menghulurkan' apa sahaja pemberian terhadap keluarga mertua, biarpun sumbernya dari isteri kita. Sebaliknya ISTERI pula harus ambil peranan untuk 'menghulurkan' apa sahaja pemberian terhadap keluarga suami, biarpun sumber pemberian itu dari suami. Ini mampu menolak fitnah dan menzahirkan keredhaanserta keihlasan terhadap mertua dan keluarga pasangan kita.

6. SUAMI / ISTERI jangan suka mengadu apa sahaja masalah dalaman rumah tangga sendiri kepada ibu bapa sendiri. Ini boleh menambahkan kebencian mertua terhadap pasangan kita. Ingatlah bahawa lebih mudah menyelesaikan masalah dengan pasangan sendiri berbanding masalah yang disebabkan oleh kebencian mertua dan campur tangan ipar duai kita.

7. SUAMI / ISTERI harus tampil dan membela pasangan masing-masing apabila ada unsur fitnah, cercaan, atau umpatan oleh orang tua atau ahli keluarga sendiri terhadap pasangan kita. Jangan sekali-kali meng’iya’kan dan menokok tambah pula. Lama kelamaan pendekatan ini mampu 'mengajar' keluarga kita agar tidak lagi campurtangan sewenang-wenangnya.

8. ISTERI harus ingat bahawa keredhaan suami adalah laluan syurga baginya. Apapun situasi atau konflik yang terjadi, keputusan dan pendirian suami harus diutamakan selagi ia tidak menyalahi syara’. Syurga suami kita masih di bawah tapak kaki ibunya. Oleh itu jika suami sarankan agar balik raya di rumah ibunya dahulu juga ada rasional syariat di sebaliknya dan wajar kita patuhinya dengan berlapang dada. Dengan itu, suami akan redha terhadap kita dan anda akan lihat dia akan santuni keluarga anda dengan hati yang lapang juga.

9. SUAMI pula harus adil terhadap isteri dan mertua. Walaupun kita ada hak terhadap isteri kita, cubalah ambil hati mertua sekali sekala. Jika boleh jangan sampai isteri kita yang meminta. Cubalah minta izin dari ibu-bapa kita untuk sekali-sekala beraya dahulu di rumah keluarga isteri kita pula. Terutama jika ada keperluan khusus seperti mertua kita sudah uzur dan sebagainya. Dengan budi bahasa dan santunan yang wajar, pasti ibu kita sendiri pun akan merelakannya kerana mereka sayangkan kita dan mahu kita disayangi oleh mertua kita juga.

Wednesday, November 4, 2015

7 Tips Pengawalan Kencing Manis di Kalangan Ibu Hamil

Percaya tak, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan mengalami kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai diabetes gestasi.

Jika ibu salah seorang daripadanya, jangan risau dan panik. Ada ramai lagi yang seangkatan dengan ibu. Perkara ini memang biasa berlaku.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh dapat kencing manis semasa mengandung. Antaranya:
  • BMI 30 atau lebih
  • Sejarah kandungan lalu yang ada diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang besar, 4kg atau lebih
  • Sejarah keluarga
Nanti jururawat akan minta kita berpuasa untuk lakukan ujian toleransi glukosa iaitu minum air gula.




Mula-mula darah akan di ambil contohnya jam 8 pagi. Kemudian kita di beri minum segelas air gula.

Dua jam kemudian, sekali lagi darah akan di ambil. Lepas dua jam ni, barulah ibu boleh sarapan apa yang ibu nak makan.

Prosesnya mudah je. Tapi ramai ibu berasa takut dan fobia nak minum air gula yang manis melantun-lantun tu.

Bila di beritahu ada diabetes...

Selalunya jururawat akan menghubungi kita jika ujian gula tersebut menunjukkan kita memang ada kencing manis.

Maka bersedialah untuk ujian BSP untuk mengawal bacaan gula darah ibu. Ibu perlu datang ke klinik sebanyak 4 kali dalam satu hari sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Jika ibu berjaya mengawal bacaan gula dalam darah pada keempat-empat sesi BSP itu, ibu mungkin diminta datang dalam masa dua minggu lagi. Jika tidak, memang tiap-tiap minggulah kena berulang ke klinik.

Jadi, sebagai orang yang pernah ada pengalaman mengalami kencing manis semasa mengandung, saya nak kongsi beberapa tips dan cara yang ibu boleh buat untuk mengawal bacaan gula dalam darah.

Penat woo nak ulang alik ke klinik 4 kali sehari setiap minggu. Boleh stress jadinya sebab kita pun banyak kerja lain lagi nak buat kan.


Tips #1. Kurangkan makan karbohidrat tinggi

Ada dua jenis karbohidrat; iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.

Karbohidrat kompleks contohnya seperti yang terdapat dalam gandum, nasi, roti, mi, dan pasta.

Karbohidrat ringkas contohnya semua makanan manis yang mengandungi gula dan madu termasuk gula dalam buah-buahan.

Lebihkan makan sumber daripada karbohidrat kompleks, yang berserat tinggi dan rendah lemak tepu. Ibu boleh makan yogurt bersama campuran buah-buahan dan juga susu.

Tips #2. Makan makanan berindeks glisemik rendah

Indeks glisemik rendah bermaksud makanan tersebut apabila dimakan, ia akan melepaskan glukosanya secara perlahan-lahan dalam badan, bukan secara mendadak.

Antara makanan berindeks glisemik rendah ialah:
  • pasta dengan tepung gandum durum
  • buah seperti epal, oren, pear, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur
Makan makanan rendah indeks glisemik dapat bantu mengawal aras gula dalam darah. Tapi tak bermaksud ibu tak boleh makan makanan berindeks glisemik tinggi. Ibu masih boleh makan kentang, nasi, roti tetapi dalam kuantiti yang rendah saja.
Tips #3. Makan dalam waktu yang tetap
Setiap hari ibu mesti makan dalam waktu yang sama, contohnya kalau sarapan pukul 8 pagi, setiap hari mesti pukul 8 pagi. Ini supaya badan kita tak 'pening' dengan turun naik glukosa dan insulin pun di lepaskan secara tetap setiap hari.
Tips #4. Jangan skip hidangan
Mesti ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam juga jangan lupakan hidangan antara waktu makan (between meal).
Between meal tu bolehlah makan snek yang berkhasiat seperti buah dan kekacang.
Ini untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang seimbang.
Tips #5. Kurangkan lemak
Terutama lemak tepu. Lemak yang bagus ialah lemak poli tak tepu contohnya daripada minyak bunga matahari dan minyak zaitun. Kukus dan gril makanan lebih baik berbanding menggoreng.
Tips #6. Kosongkan perut 2-3 jam sebelum melakukan ujian BSP
Sebenarnya kita mampu kawal nafsu makan kita. Doktor pun warning, kalau kencing manis tinggi, awak kena cucuk insulin sendiri. Elok lepas doktor warning macam tu, boleh pun kita (saya la) jaga makan dan kawal gula. Sebelum buat ujian tu janganlah makan makanan berpotensi menaikkan aras gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 jam.
Minum banyak air kosong, atau jika lapar boleh bancuh ESP (ESP indeks glisemik rendah).
Ujian BSP: sedikit darah di ambil untuk menguji tahap glukosa darah
Tips #7. Jangan minum minuman manis 
Contohnya air berkarbonat, teh ais, nescafe ais, milo dan sebagainya. Air gas tu memang penyumbang tertinggi gula.
Kencing manis kalau tak di kawal

Sebenarnya agak bahaya juga kepada ibu dan bayi kalau kita tak kawal kencing manis semasa mengandung. Kalau gula terlalu tinggi, nanti boleh menyebabkan:

1. Bayi membesar secara berlebihan dalam rahim

2. Ibu di minta bersalin awal daripada tarikh jangkaan

3. Risiko melahirkan bayi pra-matang

4. Risiko pembedahan caesaerean akibat bayi besar atau gagal induce

5. Risiko bayi tersangkut bahu semasa kelahiran

6. Risiko kerosakan saraf bayi

7. Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut

8. Bayi akan menghasilkan lebihan hormon insulin, dan lahir dengan kadar gula yang sangat rendah

9. Bayi berisiko dapat kencing manis dan kegemukan bila dewasa

Jadi ibu-ibu, cubalah usaha kawal kencing manis tu. Jangan makan sebarangan. Kita tak nak dapat risiko macam di atas kan?  Nauzubillahi min zaalik.

Saya doakan ibu sihat sepanjang mengandung dan bebas dari sebarang masalah kesihatan hingga saat melahirkan nanti.

love to sharing..

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama