Sunday, January 4, 2015

7 Tanda Anda Mengalami Peningkatan Metabolisme

Metabolisme seseorang memang dikaitkan dengan mereka yang aktif..tapi bagi yang nak kurus meningkatkan kadar metabolisme badan memang sangat penting..kawan2 selalu cakap dengan saya.." ko ni metabolisme tinggi, sebab makan nasi bertimbun banyak tapi badan x gemuk2 jugak"..sebenarnya ada benarnya juga kata-kata itu..sejujurnya penulis memang nak naik kan berat badan..sebab tak berapa gemar istilah sekeping yang kawan-kawan bagi..
 
itulah realiti nya..badan memang tak nak naik..makan banyak, tak buat exercise tapi berat cmtu jugak..=.=..sesetengah orang pasti sangat bersyukur makan apa sahaja tapi badan maintain..


 
jom kita check 7 Tanda Anda mengalami Peningkatan Metabolisme...
 
 
#1.Lebih bertenaga : Lebih bertenaga bermaksud badan anda mampu memaksimumkan sehabis mungkin karbohidrat yang diambil untuk tujuan penghasilan tenaga. Jika anda berasa letih, maka terdapat kecacatan dalam diet dan program mengawal berat badan yang anda sedang amalkan. Badan bekerja lebih lancar dan pantas berbanding biasa.
 
#2.Kerap berpeluh : Ini merupakan kesan sampingan kepada situasi di (1). Lebih bertenaga juga membawa maksud badan melakukan kerja dengan lebih pantas berbanding biasa, dan itu semua menghasilkan lebih banyak haba berbanding biasa. Terlalu banyak haba dalam badan akan menghasilkan respon yang seterusnya, yakni sistem penyejukan semulajadi yang dikenali sebagai “peluh”. Bayangkan badan kita seperti laptop. Apabila laptop tersebut terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, laptop akan menjadi panas, sekaligus kipas akan berpusing lebih pantas berbanding biasa.

#3.Kurang rasa sejuk suhu luaran, badan lebih suam : Ini juga berkait rapat dengan apa yang tertulis di (2).

#4.Rasa lebih ghairah (lelaki) : Lelaki yang melakukan weight training akan mengalami peningkatan hormon testosterone dalam badan untuk tujuan pertumbuhan (membaiki kembali otot-otot yang terkoyak). Antara kesan-kesan peningkatan hormon testosterone ni ialah lelaki akan menjadi lebih gagah, pantas (seperti pemangsa), lebih berkeyakinan, dan peningkatan keinginan seks terhadap pasangan perempuan.

#5.Degupan jantung dan nafas menjadi lebih pantas : Mungkin situasi ini sering dialami oleh mereka yang kurang stamina dan jarang bersenam. Jika anda seorang yang aktif dan rajin bersenam hampir setiap hari, termasuklah melakukan kardio, anda akan mengalami situasi ini pada keesokan pagi selepas bangun dari tidur.

#6.Cepat berasa lapar walaupun baru sahaja selesai menikmati juadah utama : Ini berbeza dengan nafsu makan. Perbezaannya sangat ketara,kecepatan rasa lapar ini berlaku kerana perut merembeskan lebih banyak enzim pencernaan berbanding biasa, sekaligus mengambil masa yang singkat untuk mencernakan kesemua makanan yang diambil.

#7.Sentiasa mahu terkencing : Pernah terfikir mengapa anda sentiasa terasa nak terkucil acap kali ketika berada di dalam bilik berhawa dingin? Ini kerana, peralihan badan daripada suhu biasa (suhu bilik) kepada suhu hawa dingin akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak haba untuk memanaskan badan yang kesejukan, dan ini bersamaan dengan peningkatan metabolisma.
 
 Kesan daripada peningkatan metabolisma ini ialah fungsi badan akan bekerja lebih “pantas” berbanding biasa, ini termasuklah proses yang melibatkan bagaimana ginjal kita bekerja (menyingkirkan bahan kumuhan melalui air kencing).
 Walaubagaimanapun, tidak mustahil jika anda kencing lebih kerap berbanding hari-hari sebelumnya walaupun anda tidak berada di dalam bilik berhawa dingin, dan itu menunjukkan kadar metabolisma anda sedang meningkat (andaian ini menganggap anda tidak menghidapi Urinary Tract Infection).

makanan yang membantu anda meningkatkan metabolisme badan

 
nak tahu supplement Shaklee yang dapat membantu anda meningkatkan metabolisme badan anda..
 
jangan segan, jangan malu..hubungi saya..
 
pm/contact : FB NIK ANNA OTHMAN
 
Sid : 1092200

phone/sms/whatsApp:013-5265534

fanpage : LIKE Vitamin4Life

Email : nikshahana@gmail.com

COD : Kota bharu.kubang kerian.pengkalan chepa.bachok.peringat.kok lanas