pernah dengar tak, mereka yang perlu berpantang daripada makan itu ini dengan sesuka hati..haa..mesti ada alasan kan..so, saya nak kongsikan 5 makanan Penyebab Jerawat yang perlu anda elakkan..
nak redakan dan kurang kan jerawat naik selain mengambil apa-apa produk kecantikkan tak kira la dalam bentuk supplement atau produk luaran..bab pengambilan makanan pun perlu jaga..okey..
Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat ialah:
#1. Makanan berlemak dan bergoreng
meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak.
#2. Makanan dari produk tenusu
kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu  boleh menyebabkan alahan
#3. Makanan dari karbohidrat yang diproses
kandungan gula yang diproses tinggi.
#4. Minuman berkafein dan berkarbonat
menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan
juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi
kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk
setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit
berminyak.
#5. Makanan yang diproses atau ditinkan
mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat
pada kulit muka, leher dan belakang jika anda kurangkan pengambilan
makanan-makanan yang telah saya senaraikan di atas.
Namun, ia tidak
cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu
mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
jelas tak makanan yang perlu anda elakkan..nak cantik perlu berkorban ya..