alhamdulilah..jika anda sudah bersedia nak pikul tanggugjawab itu..saya ingin kongsikan tips untuk ibu bapa menangani masalah anak-anak degil, suka memberontak dan tidak mendengar kata..sumber daripada pembacaan buku-buku, rancangan motivati Prof. Muhaya dan Prof Dr. Fadilah Hj. Mohd Kamsah..
Anda tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak anda, jom ikuti tips ini:
#Tips 1: Anak yang kurang penghargaan di rumah, akan cuba cari penghargaan di luar.
Beri perhatian kepada anak-anak. Terutamanya ketika anak-anak ini menunjukkan sesautu yang boleh dibanggakan..contohnya pencapaian di sekolah..Dia akan mula mencari teman yang boleh menggembirakan dia dan berasa 'dihargai' apabila bersama temannya itu.
#Tips 2 : Anak degil kerana kita degil dengan Allah
Semak balik hubungan kita dengan Allah, kalau renggang, bermakna semakin renggang hubungan kita dengan manusia. Apabila rapat hubungan kita dengan Allah, Allah akan merapatkan dan memudahkan hubungan kita sesama manusia terutama anak-anak dan suami.
#Tips 3 : Sombong, Tidak dan kurang berdoa
Doa senjata orang mukmin. Ramai ibu bapa mengabaikan mukjizat doa. Berdoalah secara spesifik dan sungguh-sungguh terutamanya pada waktu mustajab berdoa. Sebut nama anak.
#Tips 4 : Masa anak tidur, bacakan surah di ubun-ubun
Baca Surah Al-Insyirah, Al-Ikhlas, surah Toha dan Surah Lukman. Selawat.
Sebelum kita tidur, hantar gelombang positif kepada anak kita. Pejam mata dan bayangkan apa yang kita nak bagitau anak kita. Ucapkan kata-kata yang lembut dan baik yang anak suka mendengarnya.
#Tips 5 : Dari kecil, anak mencontohi dan menyerap perangai kita
Seboleh-boleh elakkan mengeluarkan perkataan yang kesat dan kasar ketika bercakap dengan anak. Elakkan juga tingkahlaku kasar di hadapan anak. Anak-anak adalah cermin ibu bapa.
#Tips 6 : Jangan melabel anak
Label seperti 'pemalas', 'lembek', 'pengotor', 'bodoh', 'penakut' dan apa saja label negatif kepada anak akan menjadi sistem kepercayaan yang tertanam dalam minda anak kita. Sukar untuk mengikis kepercayaan ini dan apabila dewasa anak akan menjadi seperti yang kita selalu labelkan tersebut.
#Tips 7 : Anak suka bergaduh dari kecil
Kurangkan pendedahan kepada televisyen terutama cerita berunsur ganas keterlaluan. Jangan biarkan anak menonton tv sehingga tertidur kerana visual ganas itu tadi akan masuk ke alam separa sedar anak kita.
Beri nasihat kenapa tak boleh bergaduh dan sebagainya. Ceritakan juga hukuman Allah dalam Al-Quran kepada orang yang tidak menyayangi orang lain. Banyakkan cerita kisah-kisah Nabi dan tauladan.
#Tips 8 : Anak suka mencuri
Semak balik punca rezeki yang kita beri anak kita makan. Adakah terdapat unsur - unsur syubhah dan haram walau sedikitpun. Apabila kita mengambil harta orang dengan cara yang salah dan orang tidak rela, beri makan anak kita, begitulah perangai anak kita nanti. Nauzubillah.
#Tips 9 : Biasakan anak ke surau, masjid untuk bersolat jemaah dan bergaul dengan masyarakat tanpa mengira peringkat umur supaya dia disayangi masyarakat.
#Tips 10 : Banyakkan guna perkataan bermaksud 'ajakan', bukan 'suruhan'
Kebanyakan manusia tidak suka disuruh-suruh/diperintah tetapi lebih suka di ajak bersama.
#Tips 11 : Jangan malu untuk puji anak walau dia buat sekecil-kecil kebaikan.
Manusia memang suka di puji terutama anak-anak kerana dengan itu dia berasa dirinya diberi perhatian. Ini akan meningkatkan self-esteem diri anak.
#Tips 12 : Berkawan dengan kawan anak
Ajak kawan-kawan anak kita datang kerumah sekali sekala, jamu makan dan bersembang supaya kita dapat mengenali mereka.
#Tips 13 : Anak berperangai kasar
Kasar tidak terjadi secara semulajadi, ia terbentuk daripada suasana persekitaran sejak kecil. Jika ibu bapanya berperangai kasar, begitulah anaknya. Ubah diri sendiri dahulu.
saya harap 13 tips ini dapat membantu ibu bapa dalam menangani masalah kelakuan kasar dan buruk anak-anak. Apapun, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Mendidik anak bermula daripada diri sendiri.
Jadi manusia yang baik, dapat jodoh yang baik, amalkan amalan yang baik semasa mengandung, makan makanan yang halal dan baik, lakukan amalan-amalan mengikut sunnah dan syariat serta doa yang baik-baik.
Seperti kata Prof. Muhaya, dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Kalau dalaman kita baik, insyaAllah luaran pun baik juga.
feel free to like & share!
Kebaikan untuk dikongsi bersama..