Friday, January 23, 2015

Masalah Serius Jika Haid Anda Tidak Teratur : Masalah Kesuburan wanita

Ramai rupanya wanita yang telah berkahwin di luar sana yang mahu dibantu untuk hamil..baru 5 bulan kawen, 6 bulan kawen, 7 bulan kawen..singkat bukan tempoh perkahwinan ini..TAPI iktiar nak dapatkan zuriat secepat mungkin yang patut dipuji...setiap wanita mesti tahu masalah dalaman mereka sendiri terutama pusingan kitaran haid..

saya ada terbaca post Dr. Murizah Mohd Zain berkenaan bahayanya apabila haid tidak teratur, sering lewat malah ada yang sampai berbulan-bulan tidak datang haid. Ramai juga wanita yang ambil remeh perkara ini kerana mereka tidak menyedari risiko berat yang bakal mereka hadapi.



 alhamdulilah..jika niat sudah terlintas di fikiran untuk terus cepat-cepat beriktiar nak dapatkan zuriat. saya bukan lah konsultant yang bertauliah untuk memberi panduan cara untuk hamil cepat, tapi daku hanya lah si penjual vitamin..=.=..


Jom baca apa yang Dr. Murizah tulis. 
untuk panduan kita bersama.

**************************************************************************************
Dear ladies. It's not ok if you don't have regular period

Tugas mengendalikan klinik kesuburan dan klinik gynae menemukan saya dengan pelbagai ragam manusia bila berhadapan dengan isu haid.

Ada yang terlalu obses sehingga jika haid lewat hanya 1 atau 2 hari sudah menjadi gelisah. Kalau 10 hb selamanya mesti 10hb. No allowance for any "traffic jam delay".

Ada pula yang langsung tidak ambil kisah. Ada yg tidak datang haid sampai 1 hingga 2 tahun pun tidak kisah.

Haid regular bermaksud kitaran antara 25 ke 35 hari. Jadi kalau haid datang awal sikit atau lewat sikit tetapi tidak lebih dari kitaran 35 hari ianya masih normal.

Yang saya ingin ketengahkan adalah haid yang datang beberapa bulan sekali atau tidak datang langsung atau datang terlalu kerap dan lama.


 Lebih dari 90% pesakit yang ada masalah ini sebenarnya mengalami sindrom Polycystic Ovary (PCOS) ditandai dengan haid yg tidak teratur, lebihan hormon testosterone apabila diambil darah atau lebihan bulu pada tempat yang tidak sepatutnya pada wanita seperti di atas dagu atau bibir atas menyerupai misai lelaki dan apabila doktor melakukan scan melalui faraj ovari mempunyai banyak anak anak telur kecil.

Antara komplikasi PCOS adalah penukaran sel dinding rahim menjadi prakanser dan kanser. Saya mempunyai ramai pesakit yg mengalami gejala ini dan juga pada masa yg sama mengalami masalah kesuburan tetapi rawatan kesuburan terpaksa ditangguhkan kerana mereka juga mendapat hyperplasia pada dinding rahim iaitu sel sel bertukar menjadi pra kanser. 


Dalam keadaan seperti ini doktor berada dalam dilema kerana rawatan prakanser perlu dimulakan selama beberapa tempoh sebelum rawatan kesuburan dapat dimulakan.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk membangkitkan keprihatinan para wanita sekelian dengan kitaran haid anda. Pada 1 atau 2 tahun pertama seorang remaja mulai didatang haid kitarannya mungkin tidak teratur tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan berkekalan.


Berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca haid tidak regular. Jika dibiarkan berlarutan ianya mungkin akan mengundang risiko mendapat pra kanser dan kanser rahim.

**************************************************************

Mungkin kita kurang jelas mengenai kitaran haid, normal, tak normal, waktu subur apa tah lagi..tapi jika anda mempunyai masalah tersebut (haid tak datang berbulan-bulan, on off) dapatkan rawatan dan penyelesaian segera..Jangan tunggu lama-lama.SILA lah buang perasaan malu, rendah diri dan masalah ini serius jika anda tidak segera bertindak!

risiko selepas kawen, jika melibatkan masalah kesuburan..anda kemungkinan tidak berpeluang untuk hamil..wallahualam~..kuasa tuhan tiada siapa yang dapat menghalang..TAPI yang penting wanita-wanita di luar sana perlu sentiasa beriktiar, berdoa.. jaga pemakanan dan ubah cara hidup untuk penjagaan dalaman dan luaran yang sihat.

nak beriktiar hamil dengan supplement semulajadi..KLIK LINK ini.

feel free to like & share!

kebaikan untuk dikongsi bersama.