Masalah rambut gugur bukan sahaja dialami golongan yang berumur, tetapi juga turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita yang berstatus ibu. Bagi wanita yang lepas bersalin kerap mengalami masalah rambut gugur..normal kah?
Pengalaman saya sendiri, memang terjadi rambur gugur..bukan sahaja selepas bersalin tapi ketika sedang mengandung..dan nak pakai apa-apa syampoo untuk rawatan rambut gugur ni, perlu berhati-hati..takut ada side effect baby dalam kandungan.. dan salah satu langkah yang saya ambik adalah JANGAN BIARKAN Rambut panjang..senang nak jaga kan..
Normal kah ibu selepas bersalin mengalami keguguran rambut?..90% daripada ibu bersalin mengalami keguguran rambut..so, its normal..dun worry ibu-ibu yaa..
jom kita review sket apa kah PUNCA nya?
#Punca 1 : Perubahan Hormon
Faktanya : Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti. Disebabkan 2 hormon ini menjadikan ibu hamil berseri-seri dan nampak cantik.
tetapi selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi, tiga atau empat bulan..kesemua hormon akan kembali normal seperti biasa dan pada waktu ini ibu-ibu akan mengalami masalah keguguran rambut.
#Punca 2 : Tekanan
Selepas bersalin, sudah tentu nya si ibu lah yang paling sibuk menguruskan bayi yang baru lahir dan juga keperluan ahli keluarga lain..lebih2 lagi si ibu ini adalah wanita berkerja.
Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya..ibu-ibu diluar sana minta perhatian kejap..JANGAN ambil mudah ya..part ini memang kita kena atasi sendiri, jika tak..masalah ini akan jadi serius..tak nak botak atau rambut nipis kn..=.=
#Punca 3 : Berusia dan Memiliki Anak Ramai
Ibu-ibu yang telah berusia dan telah mengandung lebih dari 3 kali berisiko lebih tinggi berbanding anak yang sedikit.
Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakkan orang tua, wanita terutamanya rambut di bahagian tengah kepala paling nipis dan sedikit sehingga menampakkan kulit kepala..cuba kita perhatikan nenek-nenek kita.
#Punca 4 : Pola Pemakanan Yang Tidak Sihat
Amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan rambut gugur. sementa la kita tahu kan ibu-ibu yang lepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk badan. kekadang cara diet mereka ini menyebabkan mereka kekurangan nutrisi yang penting untuk tubuh.
Penjagaan makan ini perlu untuk ibu-ibu ya..sebab kadar penuaan lebih cepat berlaku kepada wanita berbanding lelaki. jom amalkan pengambilan buah-buahan, sayuran.
#Punca 5 : Faktor Usia
Semakin berusia, kolagen dalam badan pun makin kurang dan kadar pertumbuhan rambut baru semakin rendah. Disebabkan usia semakin lanjut, tubuh badan juga memerlukan lebih nutrisi.
Nasihat saya kepada ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah keguguran rambut terutama nya selepas bersalin walaupun ianya dikatakan normal dan terjadi disebabkan perubahan hormon. Penjagaan rambut amat penting bagi mengelakkan ia masalah yang lebih serius.
nantikn entry Tips Penjagaan Rambut yang betul..stay tune!
feel like to share.tq
sumber : Majalah Wanita, Mei 2013