mama pun lupa..tapi yang pasti..tak layan sangat tahap mengidam nya..buat biasa2 aje..pernah tak kita dengar cerita tahap mengidam ibu hamil ada yang pelik-pelik kan..minta jauh la daripada yang kadang2 tu tak masuk akal pun ada..nak makan atap rumah, tanah liat, cacing dan lain-lain...
Persoalannya NORMAL tak ibu hamil mengidam??jom kita baca sampai habis entry ni yer..
Punca mengidam
Kajian menunjukkan sebanyak 90% wanita mengandung akan mengidam makanan tertentu terutamanya pada trimester pertama. Punca sebenar tidaklah diketahui namun ramai percaya sebenarnya ia adalah petanda atau 'signal' tubuh kita kekurangan dan memerlukan sesuatu.
Contohnya, peningkatan isipadu darah akan menyebabkan kenaikan aras sodium. Dengan itu badan beri signal kita lapar jeruk.
Sebenarnya bukanlah tubuh inginkan makanan tersebut (contohnya airkrim), tetapi tubuh memerlukan sesuatu di dalam aiskrim itu manakala otak pula menterjemahnya sebagai aiskrim.Nasib la sekarang ni kalau ada si isteri mengidam nak makan ice crem tengah malam..kedai runcit 24jam ada..
Kenapa berlaku perubahan terhadap selera makan?
Ini adalah disebabkan perubahan hormon semasa mengandung yang mana akan turut mencelarukan sensasi deria rasa dan bau. Lapar, kurang rehat, tekanan dan emosi yang tidak menentu sering diterjemahkan kepada mengidam.
Berdosakah mengidam?
Tidak ada salahnya dan tidak membahayakan jika ibu tidak meminta makanan pelik-pelik seperti teringin nak makan arang, sabun, kayu, kaca dan sebagainya. Sindrom mengidam makanan pelik ini di namakan pica dan jika ia berlaku kepada ibu, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.
Bagi kebanyakan wanita, mengidam boleh jatuh dalam beberapa kategori makanan; manis, pedas, masin, atau juga masam.
Kajian turut mendapati hanya 10% sahaja wanita yang mengidam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pentingnya nutrisi berkhasiat
Tabiat mengidam tidak seharusnya menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan. Walaupun ibu mengidam, ibu harus malah wajib mengambil makanan berkhasiat untuk perkembangan bayi yang sihat.
Ini kerana, ada ibu mengandung yang hanya mengamalkan makanan yang disukainya sahaja tetapi mengabaikan pemakanan berkhasiat seperti vitamin pre-natal.
Ibu mengandung yang asyik mengidam makanan manis di khuatiri lebih mudah mendapat kenaikan berat badan mendadak dan juga di serang diabetes gestasi.
Manakala ibu mengandung yang asyik mengidam makanan masin pula dikhuatiri mendapat masalah tekanan darah tinggi.
Apapun, berpada-padalah jika ibu mengidam. Ambil dalam kuantiti sedikit, dan pandailah pilih makanan alternatif yang lebih menyihatkan.
Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.
Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.
Hakikatnya mengidam itu hanyalah mitos dan bakal ibu boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan perkara lain seperti menyibukkan diri dengan melakukan hobi memasak atau menonton televisyen dan sebagainya.
love to sharing..