Penyusuan susu ibu telah di rakam secara jelas dalam Al-Quran melalui surah Al-Baqarah ayat 233..Bagi saya, apa yang ALLAH suruh mesti ada kebaikan dan hikmahnya kan. saya pasti ramai para ibu yang berusaha nak bagi yang terbaik pada anak-anak..alhamdulilah..anda ibu hebat..=)
Suka saya nak share sedikit info 14 kelebihan menyusukan bayi dengan susu ibu..dan saya pasti ramai yang memang dah tahu susu ibu adalah yang terbaik kepada bayi tapi bagi yang nak tahu lebih detail apakah kelebihan itu..check it out~
#1. Paling steril dan bersih
Susu ibu fresh, terus dari badan ke mulut. Ia tidak mungkin dihinggapi bakteria, kuman atau apa saja agen penyakit. Ia jauh daripada pencemaran dan kerosakan (melainkan ibu menyimpan stok susu dan cara kendalian susu adalah tidak bersih)
#2. Susu ibu kaya antibodi
Ia berfungsi menguatkan sistem imun bayi. Terdapat beberapa antibodi yang cuma wujud dalam susu ibu. Kajian turut mendapati bayi yang menyusu susu ibu mendapat kurang jankitan berbanding bayi susu formula. Antara jangkitan yang biasa berlaku pada bayi ialah;
- telinga
- cirit birit
- jangkitan pernafasan
- meningitis
Susu ibu dapat melindungi bayi bayi daripada terkena alahan, asthma,
diabetes, obesiti dan kematian mengejut (SIDS- sudden infant death
syndrome).
#3. Nutrien terbaik untuk bayi
Kerana ia mengandungi laktosa, protein whey dan casein, dan lemak yang
sesuai untuk sistem penghadaman bayi yang masih belum matang.
Susu ibu juga mengandungi kesemua nutrien penting seperti vitamin dan
mineral yang amat diperlukan oleh tubuhnya untuk membesar.
Walaupun susu formula membekalkan vitamin yang sama, ia tidak dapat
menandingi susu ibu kerana susu ibu sesuai untuk setiap bayi secara unik
dan spesifik, tidak dapat di duplikasi.
#4. Lebih mudah di hadam
Oleh itu bayi kurang mengalami cirit-birit atau sembelit. Sebab sifat
mudah hadam inilah yang buat bayi amat suka 'mengempeng' atau melekat
dengan ibunya kerana lapar, tetapi cepat kenyang.
#5. Percuma
Ibu tidak perlu menyediakan sesen pun wang untuk menyusukan bayi
(kecuali ibu bekerja perlu beli peralatan untuk simpan susu), sedangkan
harga susu formula sentiasa naik. Oleh kerana bayi susu ibu juga jarang
sakit, maka tidak banyak wang yang perlu dihabiskan untuk menampung bil
rawatan.
#6. Bayi mencuba pelbagai rasa
Oleh kerana bayi hanya minum susu ibu, maka apa yang ibu makan, turut di ambil oleh bayi. Dengan itu bayi lebih mudah menerima makanan kerana ia sudah 'biasa' dengan rasa makanan daripada susu ibunya.
#7. Ibu cepat kurus!
Ibu yang menyusukan bayi membakar kira-kira 500 kalori setiap kali sesi penyusuan. Maka ibu yang mengalami pertambahan berat badan semasa hamil dan susah nak kurus, menyusukanlah bayi anda dengan senang hati. :)
#8. Mudah lagi menyenangkan
Bayi boleh menyusu di mana-mana, tak perlu prepare barang-barang menyusu seperti botol, air panas, air sejuk, bakul dan sebagainya. Ibu menyusu paling mudah bersiap kalau nak berjalan! Selain itu ibu tak buang banyak masa untuk mencuci botol atau bangun tengah malam untuk bancuh susu.
#9. IQ bayi lebih tinggi
Kerana kandungan DHA dalam susu ibu yang semulajadi terus sampai kepada bayi. Ada kajian menunjukkan bayi susu ibu mempunyai IQ (mungkin juga EQ) yang lebih tinggi berbanding bayi susu formula.
#10. Hubungan kulit (skin-to-skin contact)
Sebagai ibu menyusu, satu perasaan bahagia apabila dapat mendakap bayi comel kesayangan lebih kerap. Ini dapat membina dan membangkitkan hubungan emosi antara ibu dan bayi. Sentuhan ini dapat meransang pengeluaran hormon endorfin dalam badan bayi yang akan meransang sel-sel tubuh untuk berfungsi dengan lebih baik.
#11. Mempercepatkan pengecutan rahim wanita
Ibu lepas bersalin sangat digalakkan menyusukan bayi seawal yang boleh. Ini kerana hormon oksitosin yang dirembeskan dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya ke bentuk asal.
#12. Mengurangkan risiko terkena kanser payudara dan kanser ovari
Terdapat kajian menunjukkan ibu yang menyusukan bayi kurang terdedah kepada risiko mendapat penyakit seperti kanser payudara, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit kardiovaskular, juga kanser uterus dan ovari.
#13. Mencegah bayi daripada terkena kanser
Susu ibu mengandungi alphalactalbumin dalam jumlah besar, yang mana ia mengenali kewujudan sel-sel kanser dan bertindak membunuhnya.
#14. Menjarakkan kehamilan
Biasanya ibu menyusu akan mengalami kedatangan haid yang agak lambat selepas bersalin. Ini membantu ibu untuk menjarakkan kehamilan dan merancang keluarga.

Memilih sama ada untuk memberi susu ibu atau susu formula kepada bayi adalah pilihan yang amat penting dan melibatkan keputusan yang besar. Kerana susu ibu adalah hak bayi yang mesti ditunaikan oleh setiap ibu.
Walaupun demikian, jika anda disarankan untuk memberi susu formula kepada bayi atas sebab-sebab kesihatan, kesukaran atau sebagainya itu lebih baik bagi anda.
“Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua
tempat kembali (untuk menerima balasan).”
-Surah Luqman: ayat 14
feel free to like & share!
klik link >>> 10 Tips menjayakan penyusuan susu ibu
Klik link>>> Keajaiban Susu Ibu
Klik link >>> Supplement bantuan untuk penyusuan susu ibu
Klik link>>> Keajaiban Susu Ibu
Klik link >>> Supplement bantuan untuk penyusuan susu ibu