Tuesday, September 8, 2015

Protein ESP Shaklee dan Penurunan Berat Badan..Ohsem!

mama nak kurus..nak kurus..saya pasti ibu-ibu lepas bersalin di luar sana bertekad nak kuruskan badan..ye la..bukan untuk sesape je..untuk diri sendiri, keyakinan diri sendiri dan yang paling penting untuk tatapan suami..suami x mo la isteri dah tak sama size masa zaman bercinta dulu..oopss

agak-agaknya mampu tak nak kurus..nak maintain je..alhamdulilah..pengalaman mama sendiri..hasil fully breastfeeding, hasil pengambilan diet, ESP Shaklee..berat mama kembali ke zaman anak dara..totally i like it!..bayangkan dari 70kg..berjaya maintain 50kg..suke sangat..so hari ni nak kongsi cerita tentang penurunan berat badan melalui pengambilan protein dalam diet harian. 

Tahukah anda bahawa, diet tinggi protein menjadi cara yang paling popular untuk menurunkan berat badan kerana kajian menunjukkan bahawa protein akan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.






 



Kajian daripada American Journal Of Clinical Nutrition melaporkan bahawa peserta program diet tinggi protein mereka lebih merasa kepuasan, kenyang lebih lama dan berjaya menurunkan berat badan apabila pengambilan lemak di turunkan sebanyak 20% daripada nilai kalori dalam diet, protein di tingkatkan kepada 30%, dan karbohidrat sekitar 50%.

Dalam kajian lain yang dilaporkan Journal Of Nutrition, menunjukkan diet tinggi protein  yang digabungkan bersama-sama senaman mampu menurunkan berat badan, membuang lemak dan memperbaiki paras lemak dalam darah. Penyelidik juga mencadangkan diet tinggi protein di amalkan supaya mereka yang ingin menurunkan berat badan dapat mengawal selera dan pengambilan kalori.

Pelbagai teori diet dikemukakan antaranya, Atkins, Zone, Ornish, LEARN dan POUNDS LOST dan kesemuanya memperkenalkan pendekatan yang berbeza. Antara kelima-limanya, teori diet dengan pengambilan tinggi protein lebih menunjukkan penurunan berat badan dengan lebih cepat.



Apa kaitan protein dengan penurunan berat badan?

 
1. Memakan makanan tinggi protein seperti ayam, daging, ikan kekacang dan pelbagai makanan tinggi protein yang lain akan menyebabkan pergerakan makanan ke dalam usus menjadi perlahan. Pengosongan perut yang perlahan bermakna anda akan berasa kenyang dalam tempoh yang agak lama. Jadi, keinginan anda untuk makan akan berkurangan.

2. Kesan yang agak stabil dan 'lembut' ke atas glukosa darah dapat mengelakkan kenaikan mendadak glukosa dalam darah yang mana amat sering berlaku apabila kita mengambil makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan kentang.

3. Tubuh menggunakan banyak tenaga untuk menghadamkan protein berbanding ia menghadam lemak atau karbohidrat.

Bagaimana protein soya membantu dalam penurunan berat badan?
Banyak kajian menunjukkan protein soya mampu menurunkan paras LDL (kolesterol jahat), baik untuk jantung dan salur darah kerana ia membekalkan lemak politaktepu, serat, vitamin, mineral dan rendah lemak.

*sumber:
1. http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/protein-full-story/index.html#protein_weight_control
2. http://www.webmd.com/diet/guide/high-protein-diet-weight-loss?page=2


 
 
 
 

ESP (Energizing Soy Protein) dan penurunan berat badan

 
1. ESP membekalkan 9 asid amino penting yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

2. Membantu kepejalan otot (otot amat penting untuk membakar lemak)

3. Terbukti secara klinikal dapat membantu anda kekal bertenaga selama berjam-jam.

4 Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39 (GI tinggi 70 dan ke atas, GI sederhana 56-69,GI rendah 55 dan kebawah).

Indeks glisemik (GI) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam darah. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam penurunan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.
*ESP juga sesuai di ambil oleh pengidap kencing manis.



Karbohidrat dan penurunan berat badan
 
Apabila menyebut tentang karbohidrat pula, bukanlah bermakna pengambilan karbohidrat perlu dihentikan sama sekali apabila anda ingin menurunkan berat badan. Karbohidrat sangat penting untuk keseimbangan diet dan tubuh yang sihat. Karbohidrat membekalkan sumber bahan bakar untuk daya tahan organ seperti otak, sistem saraf pusat dan buah pinggang.

Pengambilan karbohidrat yang sangat rendah atau tiada langsung adalah tidak mengikut keperluan diet harian. Tubuh kita memerlukan semua protein, lemak, karbohidrat serta vitamin, garam dan mineral untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Jika pengambilan karbohidrat sangat rendah, ini akan menyebabkan tubuh kita kekurangan banyak khasiat lain yang biasanya juga terdapat dalam makanan tinggi karbo seperti buah dan sayur-sayuran. Ia juga akan menyebabkan tubuh kita tidak mendapat mineral, serat dan antioksidan yang bagus dalam makanan itu.

Diet rendah karbohidrat juga akan menyebabkan tubuh mengalami kesan jangka pendek dan panjang seperti pening, muntah, pitam, dehidrasi, masalah pernafasan, hilang selera; juga akan berpotensi menyebabkan kenaikan berat badan (jika mengambil makanan tinggi lemak), masalah usus, kesan yo-yo (berat turun naik), masalah buah pinggang dan masalah berkaitan osteoporosis.

*sumber:
http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Weight_loss_and_carbohydrates

Jadi, dengan pengambilan ESP dan Cinch Shakes atau apa-apa produk Shaklee yang berkaitan penurunan berat badan, kami sangat tidak menggalakkan anda untuk berpantang karbohidrat secara total. Makanlah sama ada nasi, buah, ubi kentang, atau apa sahaja makanan tinggi karbohidrat TETAPI ambillah dalam jumlah yang sederhana dan tidak berlebihan.



IKUTI PENGALAMAN IBU-IBU YANG BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN ESP SHAKLEE dan RANGKAIAN VITAMIN SEMULAJADI SHAKLEE YANG LAIN..



TAWARAN SAH BULAN SEPTEMBER 2015 SAHAJA!
PROMOSI ESP BERLANSUNG SEPTEMBER 2015..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI KEBAIKAN ESP... 


Hubungi mama untuk dapatkan harga ESP promosi:

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama