Wednesday, September 16, 2015

Minum ESP Shaklee Pekatkan Air susu ibu supaya Bayi kenyang lama

Siyes mama masa bf anak sulung..stress yang amat..bukan sebab susu badan sedikit tapi tahap melimpah ruah kadang merimaskan//alhamdulilah..rezeki anak mama..tapi part yang paling tak berapa gemar, stress tu my baby tidur nya sekejap-sekejap ja..

menyusu pun agak kerap, lenguh belakang mama dibuatnya..dan mama perasan susu badan mama macam cair je, seolah-olah my baby tak puas menyusu..

 Pengalaman mama sama dengan seorang ibu ni, Saya ada terbaca soalan seorang ibu yang tanya macam mana nak pekatkan susu badan sebab dia rasa susu badan dia cair dan anak dia cepat kenyang tapi cepat lapar semula. Tambahan dia rasa anak dia tidur tak lena sebab sekejap-sekejap dah lapar semula.

Susu badan boleh di pekatkan ke? Ada ke cara nak pekatkan susu badan?

Jika ibu perasan, susu ibu kelihatan agak cair pada awalnya, namun selepas beberapa ketika, ia mula kelihatan lebih pekat.




Susu yang lebih cair itu di kenali sebagai foremilk, dan yang lebih pekat itu dikenali sebagai hindmilk.

Orang tua selalu mengatakan bahawa, susu payudara kiri lebih cair sebab kandungannya air, manakala susu di payudara kanan lebih pekat kerana kandungannya nasi. Ini adalah mitos sama sekali!

Sebenarnya kedua-dua payudara kanan dan kiri mengeluarkan foremilk dan hindmilk yang amat penting untuk keperluan tubuh bayi.

Foremilk VS Hindmilk



Foremilk merupakan susu yang di keluarkan oleh payudara pada awal menyusu atau berada di hadapan payudara. Ia mengandungi isipadu yang tinggi, lebih cair dan mengandungi kurang lemak.

Hindmilk pula ialah susu yang terhasil selepas habis foremilk di keluarkan oleh payudara. Ia mengandungi jumlah lemak yang semakin bertambah .

Apabila ibu merasakan susu ibu cair, ada kemungkinan ibu sebenarnya hanya memberikan bayi foremilk dan memberhentikan penyusuan sebelum sempat hindmilk di keluarkan.

Bagaimana Cara Memekatkan Susu Badan Supaya Bayi Lebih Kenyang Dan Tidur Lena?

1. Susukan bayi hingga payudara kosong. Bayi akan menikmati kedua-dua foremilk dan hindmilk. Dengan itu bayi akan lebih kenyang.

2. Kosongkan kedua-dua belah payudara dengan kerap sama ada secara mengepam atau direct feeding. Lebih lama ibu membiarkan susu di dalam payudara, susu akan lebih cair dan begitu juga sebaliknya.

3. Ambil 'milkbooster' atau suplemen

Setiap ibu mungkin ada resepi rahsia bagaimana untuk memekatkan susu. Pilihan saya? Sudah tentu ESP dan Alfalfa Complex Shaklee..

Ini di akui sendiri oleh teman saya. Katanya, susu lebih pekat kalau minum ESP.

Sebenarnya, apa yang penting konsep 'supply and demand' perlu dipenuhi terlebih dahulu. Ibu jangan malas menyusu atau mengepam. Penuhi setiap keinginan bayi. Berikan susu jika mereka lapar.

Saya doakan semua ibu mampu dan berjaya melengkapkan tempoh penyusuan hingga dua tahun seperti yang diidamkan.


jom dapat ESP Sekarang!

TAWARAN SAH BULAN SEPTEMBER 2015 SAHAJA!
PROMOSI ESP BERLANSUNG SEPTEMBER 2015..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI KEBAIKAN ESP... 


Hubungi mama untuk dapatkan harga ESP promosi:

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama