Monday, July 27, 2015

Air Ketuban Bocor! Apa Nak Buat?

Saya pasti ada di kalangan ibu-ibu yang pernah mengalami pengalaman air ketuban bocor..Air ketuban yang pecah apabila beg membran yang dipenuhi dengan cecair amnion yang melindungi bayi anda dalam uterus (rahim) koyak. Cecair ini kemudiannya meleleh keluar melalui serviks dan faraj anda.


Sebenarnya bahaya tak ye air ketuban bocor ni? Perlu tunggu sakit dulu atau perlu terus ke hospital? Macam-macam persoalanlah agaknya yang timbul di kepala. Saya sendiri tak pernah ada pengalaman air ketuban bocor..=.=.


Kedua-dua anak saya dilahirkan selepas doktor yang pecahkan air ketuban tu..pengalaman saya dulu, selepas 5 minit air ketuban dipecahkan...kontraksi makin kuat dan 'jalan' cepat terbuka..

So hari ni saya nak kongsi dengan ibu-ibu sedikit pengetahuan, manalah tahu berguna disaat-saat kecemasan dan memerlukan, kan.

Apa itu air ketuban?

Air ketuban ialah cecair amniotic yang wujud di dalam kantung (amniotic membrane) yang menempatkan fetus dalam kandungan.

Air ketuban ni fungsinya ialah untuk perlindungan bayi, tempat dia tidur, main, berguling, membuang serta mengelakkan gegaran. Kiranya macam kusyen untuk baby. Jadi baby tak akan sakit kalau ibu naik motor melompat bonggol sekali pun.


Bagaimana air ketuban boleh pecah atau bocor?

Ada dua keadaan:

1. Secara spontan (spontaneous rupture membrane) dengan sendirinya;

2. Dipecahkan oleh doktor atau bidan semasa proses hendak bersalin

Selalunya, apabila air ketuban dah pecah, rasa sakit nak bersalin atau kontraksi semakin kuat. Keadaan ini adalah normal dan selalu berlaku di kebanyakan kelahiran.


Air ketuban bocor secara spontan sebelum tiba masanya?

Seperti kes diatas, apabila tempoh sebenar bersalin masih lambat (sebelum minggu 37) tetapi air ketuban sudah mula bocor sedikit demi sedikit, ada beberapa perkara yang ibu harus tahu.

1. Apabila kandungan semakin besar dan menghampiri due date, rahim akan menekan pundi kencing. Braxton Hicks yang sedikit kuat boleh menyebabkan ibu terkencing. Keadaan ini boleh juga di salah erti sebagai air ketuban bocor.

2. Jika ibu benar-benar pasti bahawa yang keluar itu ialah air ketuban (warna agak jernih), bukan air kencing atau lendiran faraj yang biasa, maka ibu perlu buat perkara berikut:

  • Pakai pad atau tuala
  • Tidak memasukkan sesuatu ke dalam vagina
  • Segera ke hospital untuk pemeriksaan. Bawa sekali peralatan peribadi yang perlu kerana ada kemungkinan ibu akan di tahan di wad.
Doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan keadaan fizikal bayi.


Risiko jangkitan kuman
Apabila ibu merasa air ketuban bocor, sama ada sedikit atau banyak, jangan bertangguh untuk terus ke hospital. Semakin lama ibu menunggu, semakin tinggi risiko jangkitan kuman akan berlaku. Ini bukan saja beri kesan pada bayi, malah turut membahayakan nyawa ibu.
Jika kandungan ibu belum menghampiri usia 37 minggu, dan setelah doktor mengesahkan bayi selamat, ibu boleh pulang dan buat pemeriksaan susulan.
Tetapi jika kandungan ibu sudah menghampiri usia 37 minggu, selalunya doktor akan menunggu sehingga 12 jam untuk melihat tanda-tanda bersalin sudah bermula. Jika tidak, doktor akan memberi suntikan epidural untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Apapun, ibu perlu prihatin dengan setiap perubahan kerana ada juga ibu yang tak sedar air ketuban telah bocor dan ini sangat membahayakan bayi.Ibu pun jangan stress, saya percaya doktor mahukan yang terbaik sahaja untuk ibu. Ikut saja nasihat doktor.


******************************************************************************

Set hamil, berpantang..hubungi : Nik Anna Othman 
                                                   013-5265534

 Feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama