Sunday, July 26, 2015

10 Tips Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat Untuk Elak Jahitan Terbuka

Kalau sebut bab bersalin ni, yang paling fobia lagi mengerikan ialah tang jahit-jahit ni. Bila ingat terus rasa tak berani nak mengandung. Kan?..hahaa..selalunya lepas jahit pun masih seriau lagi sebab nak jaga pun satu hal.

Mana taknya, ngilu je rasa mengingatkan doktor atau selalunya misi lah yang jahit tanpa sebarang bius. Hidup-hidup. Menggeletik la kita ni menahan. Kalau dapat misi yang kasar-kasar, yang mulut takde insurans tu, ai dekat ajer kaki tu dengan muka. huhu..



Tapi, alhamdulillah, setakat beranakkan dua orang ni, sakit macam mana pun tak pernah lagi mama terajang misi. Dia membebel apa pun, buat pekak aje la...anak ke dua hari tu 1 jam jugak jahit...katenya kulit mama jenis 'fragile'..ALLAH..ingat barang je fragile..ngeri..ku tahan jua..

dan nurse dengan doktor pelatih siap belajar cara menjahit lagi..wadududuuu..sabor je la..T_T..

Dah balik kang satu hal pula.. ibu tak boleh lasak sangat. Nanti kang terbuka jahit, ko mengadapla misi tu semula..kisah sepupu saya, katanye mengurut 1 minggu dalam pantang...sah-sah jahitan belum kering lagi..dahtu si ibunya terasa jahitan terbuka..g klinik terus dijahit balik tanpa bius ye..hidup-hidup..ngeri..=.=

kisah mama lak, pengalaman anak ke 2..ahmad iman kena jaundise hampir 40 hari..kisahnya di sini..KLIK LINK..buat mama ngeri nak bersalin sebab bayangkan lah umur ahmad iman 6 hari, mama melangkah naik ambulance nak g wad..jahitan x kering dah g jalan sne sni (sbb jaundise ni lah)..rase x pantang pun ada mama ni..nak makan ape ubat, vitamin dicegah misi yang datang rumah sebab takut kuning makin tinggi..T_T

sudahnya..luka lambat kering sebab vitamin cepatkan sembuh luka x berani nak ambik..kuning pun berpanjangan..dugaan kan..lain-lain anak, lain-lain ujian


Jadi, untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, siap sedialah dengan apa yang patut supaya nanti luka jahitan cantik serta cepat sembuh.

Lazimnya luka akan sembuh dalam tempoh dua minggu lepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung kepada apa yang ibu-ibu buat dan makan.

Tips #1. Sebelum bersalin, iaitu dalam trimester ketiga.

Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Ini untuk  melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses melahirkan kelak.

Tips #2. Senaman Kegel selepas bersalin

Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ini dapat membantu meransang peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu menurunkan risiko kencing tak lawas, dan meningkatkan kembali daya seksual.

Tips #3. Guna ubat luka yang dibekalkan

Doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning. Sama ada letakkan ubat tu pada pad, atau minta suami tuangkan pada luka.

Tips #4. Jangan lasak dan banyak bergerak

Jaga cara duduk, jangan sampai terasa sakit. Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan kerana sebarang pergerakan yang kuat akan menekan otot di bahagian vagina. Silap haribulan boleh terbetas jahitan tu.

Tips #5. Cara kencing yang betul

Kadangkala terasa sakit semasa kencing. Beradalah dalam posisi yang kita sendiri rasa selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa kencing.

Keringkan vagina dengan tuala atau tisu. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan.

Tips #6. Elakkan sembelit

Sembelit yang teruk boleh sebabkan jahitan terbuka. Oleh itu jaga pemakanan, cukupkan pengambilan air kosong dan serat. Ibu boleh cuba pil kalsium seperti Ostematrix untuk meransang pergerakan usus yang sihat dan lancar.

Tips #7. Jangan sentuh dengan tangan

Tak perlu nak rasa-rasa, pegang-pegang dengan tangan. Biarkan luka sembuh dengan sendirinya. Sama ada tangan yang kotor, atau kawasan vagina yang tidak bersih, kedua-duanya pun tidak sesuai untuk di buat main. Kita tak nak kuman di pindahkan antara satu sama lain pula.

Tips #8. Jaga kebersihan vagina

Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah, sentiasa pastikan vagina bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula nak cuci kuman. Basuhlah dengan air suam selalu.

Tips #9. Cukupkan keperluan nutrisi

Badan kita akan selalu sakit-sakit, dan luka pun lambat sembuh kalau kita tak dapat cukup nutrisi. Nutrisi tu ialah protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya orang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.

Untuk mempercepatkan baik pulih luka, boleh ambil Zink dan Vitamin C. Kedua-dua ni sangat membantu untuk luka cepat sembuh, mencegah jangkitan, dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan cedera.

Tips #10. Kurangkan tekanan

Ibu berpantang jangan stress stress. Mesti happy dan ceria selalu barulah luka cepat baik.

Jadi, kepada ibu-ibu yang tak lama lagi nak bersalin, dah boleh mula cara nombor 1. Kemudian ikut cara yang saya dah bagi ni.

Saya doakan ibu-ibu semua dipermudahkan urusan bersalin nanti, sentiasa sihat walafiat dan luka pun sembuh dengan begitu cepat sekali. Amiin insyaAllah.


feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama