Alhamdulilah..bila seorang isteri disahkan hamil..syukur tak terhingga sebab diizinkan ALLAH untuk mempunyai zuriat sendiri..lebih-lebih lagi ibu yang hamil buat pertama kali..
pasti berita kehamilan yang ditunggu-tunggu pasangan yang berkahwin..tapi dalam keterujaan menerima bakal anggota ahli keluarga yang baru..Kadang kita terlupa untuk menjaga tata tertib dan terutama sekali bab menjaga makanan..ibu hamil perlu sentiasa ingat apa yang anda makan bukan untuk diri anda sahaja tapi untuk si comel juga.
Tapi kadang-kala tak semua pasangan atau ibu bernasib baik. Ada yang
diuji dengan keguguran, dan ada juga yang bayi meninggal dalam kandungan
walaupun kandungan sudah membesar. Kawan baik saya sendiri pernah mengalami
peristiwa sedih ini...ALLAH..nauzubillah..saya tak dapat bayangkan perasaan ibu-ibu yang mengalami peristiwa ini..T_T.. anda adalah insan terpilih..ameenn..
masih teringat KISAH SEDIH KAWAN BAIK SAYA..KLIK LINK
kita hanya merancang, ALLAH jua lah penentu segalaNYA..Anak-anak adalah harta pinjaman dunia semata-mata..sehingga hari ini..mama sendiri masih takut akan kehilangan anak-anak mama..ALLAH..berilah kami kesempatan membesarkan zuriat kami untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..aammen.
Ada beberapa sebab bayi boleh mati dalam kandungan (stillbirth). Antaranya:-
1. Asphyxia iaitu keadaan di mana bayi tidak mendapat bekalan oksigen kerana terbelit tali pusat
2. Kecacatan organ seperti jantung
3. Pertumbuhan bayi yang sangat lambat
4. Kelainan kromosom, genetik atau metabolisme pada janin
5. Infeksi
6. Diabetes
7. Kesihatan ibu yang tidak baik
8. Mengambil bahan terlarang seperti rokok, alkohol atau dadah
Jadi, adalah sangat penting suami isteri, ibu-ibu dan kaum keluarga
ambil berat terhadap apa yang si ibu ini makan dan gunakan sehari-hari.
Kadang kita tak sangka benda nak jadi, dah jaga elok-elok pun bayi
meninggal juga. Itu semua ketentuan dari Allah.
Walaubagaimanapun, ibu-ibu wajib berusaha untuk memastikan bayi dalam kandungan sentiasa selamat sehingga waktu melahirkan.
Cara Mengurangkan Risiko Bayi Meninggal Dalam Perut
Ibu bolehlah mengamalkan perkara di bawah sejak dari awal sebelum merancang untuk hamil.
Cara #1: Mengambil makanan seimbang
yang cukup nutrisi penting terutama asid folik, dan mengelakkan
mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan terlalu tinggi kandungan
gula.
Cara #2 : Beritahu doktor jika anda ada masalah kesihatan dan ada mengambil sebarang ubat
Cara #3 : Suami dan isteri menjauhi rokok dan minuman beralkohol. Partikel
rokok akan beri kesan kepada janin dalam keadaan yang kita tidak jangka.
Cara #4 : Menjaga kesihatan dan kebersihan agar tidak terkena sebarang jangkitan penyakit, terutama di kawasan sekitar faraj.
Cara #5 : Sentiasa memastikan pergerakan janin yang betul. Segera ke hospital jika merasakan trend yang merosot atau terlalu aktif.
Selalunya, kejadian bayi meninggal dalam perut atau stillbirth ini berlaku apabila janin berusia 20 minggu ke atas.
Jadi ibu-ibu banyakkan berehat, bertenang, prihatin terhadap sebarang
perubahan pada tubuh dan jangan berlengah jika ada sebarang masalah
berlaku.
dan yang paling penting dalam bab menjaga diri ni ketika hamil ni, anda jangan terlalu risau tak tentu pasal..buat biasa je..=.=..mama selalu takut gitu..alahaii..saya doakan ibu-ibu dan bakal ibu yang singgah kat sini selamat bersalin dan dikurniakan bayi yang comel..amenn
feel free to like dan share!
kebaikan untuk dikongsi bersama