Friday, July 24, 2015

8 Tips Kurangkan Bengkak kaki Ibu hamil..normal kah?..

Ibu hamil sebenarnya adalah insan yang kuat.. kuat fizikal dan mental..tahu kenapa saya bagitahu begitu..sebab setiap halangan dan dugaan mengharungi phase kehamilan adalah tempoh yang mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga bayi yang dikandung dilahirkan..

wahh..hebatnye ALLAH bagi semangat untuk ibu hamil..anda ibu yang hebat!..saya tengah bayangkan mak saya, ibu anak 8..kami 8 adik beradik semuanya..haa..saya ni ibu anak 2 terkial2 nak jaga...=.=

alhamdulilah..saya nak kongsikan 8 tips pengurangan bengkak kaki ibu hamil..dalam bahasa kelantan nya 'sembap' kaki..pengalaman hamil saya dua kali berturut-turut, alhamdulilah...tiada masalah bengkak kaki ni..kemungkinan besar perkara ini tidak berlaku kepada saya sebab pengambilan vitamin yang konsisten..

 


Kenapa ibu hamil selalu mengalami bengkak kaki?

Semasa mengandung, badan kita akan simpan banyak cecair daripada biasa. Dan apabila kandungan sudah semakin besar, rahim kita ni akan menekan salur darah pada pelvis. Tekanan ni akan menyebabkan peredaran darah di bahagian bawah badan kita menjadi perlahan dan berkumpul.

Apabila darah berkumpul, ia akan memaksa air turun dan keluar melalui kapilari darah dan masuk ke tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Sebab itulah kita akan nampak kaki mula mengembang dan seakan bengkak.


Boleh juga rujuk link di sini..KLIK LINK(kenyataan pakar)


Bagaimana nak kurangkan bengkak?

Ada beberapa cara yang boleh ibu lakukan untuk kurangkan dan menghilangkan bengkak kaki yang tak selesa ni.


Ikuti 8 Tips hebat ini..


Tips #1: Elakkan duduk terlalu lama atau berdiri terlalu lama. 

Jangan silang kaki semasa duduk kerana ini akan burukkan keadaan. Cuba lakukan 
 banyak pergerakan untuk menghalang darah berkumpul di sesuatu bahagian.

Tips #2: Baring kekiri jika ibu ingin berehat untuk mengurangkan tekanan pada saluran darah vena kava.

  Ibu juga boleh naikkan sedikit kaki dengan bantal supaya berkedudukan tinggi sedikit daripada jantung.

Tips #3 : Berselimut atau pakai stokin semasa tidur tetapi elakkan stokin yang terlalu ketat.

Tips #4 : Pakai kasut yang selesa
yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Tips #5 :  Minum banyak air untuk mengembalikan cecair yang hilang.

Tips #6 : Mengurut. Mintalah bantuan encik suami untuk mengurut kaki yang bengkak itu.
 

Tips #7 : Makan secara sihat, elakkan makanan ringan dan tinggi garam.

Tips #8 : Mengambil suplemen seperti multivitamin, kalsium, magnesium dan omega 3...Klik Link Vitamin yang mama amalkan masa mengandung.


Hampir 80% wanita mengandung pernah mengalami masalah bengkak kaki ni dan ia biasanya berlaku pada trimester ketiga. Ianya normal dan ibu jangan risau. Selalunya lepas bersalin bengkak ni akan surut sendiri.





feel free to like & share!
 kebaikan untuk dikongsi bersama..