Sudah menjadi lumrah dalam keluarga yang ramai adik-beradik akan
riuh-rendah dengan pergaduhan. Terutama kalau anak masih kecil dan
masing-masing sedang dalam fasa 'egocentric' yang meninggi.
Rumah tak pernah lekang dengan suara menjerit, berebut, bergaduh,
mengadu dan sebagainya. Masing-masing nak menang dan tak mahu mengalah.
Kalau tak kena gaya, silap-silap mak pun bertukar warna jadi lampu
isyarat; kuning, merah, hijau!
Ada ibu bapa yang tak boleh dengar suara bising-bising macam ni. Cepat
saja darah mendidih dan naik ke kepala. Tapi, sebagai orang yang dah
mempunyai anak, kita haruslah ingat, bergaduh dan berebut adalah fitrah
manusia apalagi anak-anak kecil. Kena belajar tahan telinga dan sabar
menghadapi kerenah anak kecil ini.
Walaupun agak sukar pada awalnya, insyaAllah dengan sedikit tip dan
teknik, kita akan dapat menangani isu anak bergaduh dengan cara yang
paling baik dan tenang.
8 Tips Tangani Anak-anak Yang Suka Bergaduh Didik Cara Rasulullah
#1. Biarkan saja!
Kita menganggap bergaduh adalah satu kesalahan. Dengan itu cepat saja
kita nak menghukum dan memarahi anak-anak kita. Buat-buat tidak melihat
dan tidak mendengar mereka bergaduh. Cuma perhatikan dari jauh agar ia
tidak berakhir dengan kekasaran.
Dengan bergaduh, anak-anak belajar menyelesaikan dan menangani konflik dalam diri mereka sendiri serta orang lain.
Ibu bapa tidak perlu masuk campur melainkan keadaan bertambah teruk atau anak sudah memanggil.
#2. Jangan melebihkan sesiapa
Ibu dan ayah selalu kata, "Abang kena mengalah, abang kan dah besar.
Adik kecil lagi". Jika kita melebihkan salah seorang daripada mereka,
anak yang seorang lagi akan jatuh self-esteem, berasa dia di rendahkan
dan ibu ayah tidak adil terhadapnya.
Keadilan adalah untuk semua anak-anak kita sama rata.
Lebih baik jika ibu dan ayah mengatakan,
"Abang dan adik main sama-sama. Ibu suka tengok abang dan adik main
sama-sama, gilir-gilir. Allah pun suka." (Beritahu teknik gilir-gilir : 5
minit abang, kemudian 5 minit lagi adik pula)
#3. Tidak memarahi dan meninggikan suara
Jika pergaduhan tidak terkawal lagi, alihkan perhatian anak-anak dari perkara yang mereka rebutkan.
Elakkan menjerit, memarahi dan menengking kerana ia akan menyebabkan
anak berasa tertekan malah semakin ego (untuk berlawan dengan kita
pula).
#4. Terus berikan jalan penyelesaian
Jika anak-anak berebutkan sesuatu, beritahu terus jalan penyelesaian dengan jelas. Contohnya jika anak berebut basikal.
"Abang main dulu sampai lima kali pusing, kemudian adik pula lima kali pusing"
Ulang teknik ini setiap kali anak-anak ingin bermain permainan yang
sama. Lama-kelamaan anak akan belajar itulah cara yang betul dan adil
untuk bermain dan anak-anak tanpa sedar akan belajar kemahiran
berbincang dan menyelesaikan masalah.
#5. Bersabar dan bertenang
Walau apa keadaan sekalipun, ibu dan ayah hendaklah banyak bersabar dan
sentiasa tenang. Anak-anak mencontohi sikap kita. Kalau kita jenis
baran, sikit-sikit nak melenting, tak mustahil anak juga akan mengikut
sikap dan perangai kita itu.
Walau dalam keadaan marah sekalipun, kuatkanlah hati untuk berlagak tenang dan cool terutama di hadapan anak-anak.
#6. Sentiasa puji anak
Contohnya apabila anak mula mengalah, mencari jalan penyelesaian dengan
sendiri, puji serta merta dengan kuat di hadapan adik-beradiknya.
Contoh ayat, "Bagus abang pandai main dengan adik. Main macam ni yang ibu suka. Ibu sayang, Allah lagi sayang".
#7. Tunjukkan empati kepada perasaan anak-anak, tetapi setkan limitasi
Setiap anak berhak menyuarakan perasaannya kepada kita dan sebagai ibu
bapa kita harus memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan.
Contoh jika anak mengadu tentang adik-beradiknya yang lain, ibu boleh kata,
"Ya ibu faham perasaan adik. Adik boleh main dengan abang, tapi tak
boleh pukul abang. Adik minta dengan abang bila abang dah siap main"
#8. Tidak menuduh atau menyalahkan
Walau ibu dan ayah tahu siapa yang memulakan pergaduhan, tahanlah diri
daripada cuba menyiasat mencari kesalahan anak, memarahi, menuduh dan
menyalahkan mereka.
Perbuatan ini hanya akan menjatuhkan maruah anak. Apa yang ibu dan ayah
boleh lakukan ialah menerangkan saja peraturan yang betul dan ditujukan
secara umum, bukan secara spesifik kepada anak yang melakukan kesalahan.
Tegur kesalahannya, bukan dirinya.
Membesar dan mendidik anak perlukan ilmu. Saya berpesan kepada diri
sendiri kerana anak-anak ini amanah. Salah acuan, salahlah bentuknya.
Kita ibu bapa ialah jendela pertama bagi anak-anak untuk melihat dunia.
Dunia yang mana? Kita sendiri yang menentukannya.
kebaikan untuk dikongsi bersama!
Monday, January 11, 2016
Comments (3)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
8 Tips Tangani Anak-anak Yang Suka Bergaduh Didik Cara Rasulullah
2016-01-11T09:07:00+08:00
nik anna
Parenting|TIPS|Tips Anak Genius|Tips Tangani anak bergaduh|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fatin · 476 weeks ago
My recent post 9 Penyakit Kejam Kesan Asap Rokok Kepada Orang Lain
wooclipmovie 11p · 471 weeks ago
e-medsx.com · 434 weeks ago