Salah satu sebab anak kena kuning lama sangat adalah disebabkan kuat tidur. kalau dah kuat tidur maka nya menyusu pun kurang.. sedangkan bilibrubin boleh dikeluarkan melalui najis dan urin..Si
comel yang baru lahir asyik tidur sahaja.
Bagaimana hendak menyusu kalau asyik tidur sahaja? Tidur memang tabiat semula jadi bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi kita tertidur ketika menyusu, ia untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.
Bagaimana hendak menyusu kalau asyik tidur sahaja? Tidur memang tabiat semula jadi bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi kita tertidur ketika menyusu, ia untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.
Sehingga usianya satu bulan, bayi menghabiskan masa 16.5 jam sehari
untuk tidur. Si manja masih belum dapat membezakan antara waktu siang
dan malam kerana pola tidurnya belum teratur.
Sepanjang masa eksklusif penyusuan susu ibu, bayi menyusu antara lapan
hingga 12 kali sehari. Dia menyusu selama 10 hingga 30 minit dengan
jarak waktu antara dua hingga tiga jam sekali.
Sekiranya bayi kita terus mengantuk ketika menyusu atau dia tidur lebih
tiga jam tidak bangun lagi, ibu perlu mengejutkan bayi untuk menyusu.
Jangan dibiarkan dia terus lena tidur.
Tips kejutkan bayi baru lahir bangun menyusu
- Geletek kaki atau telapak tangannya agar dia terjaga waktu menyusu.
- Buka baju ibu dan bayi dari bahu ke pinggang dan letakkan bayi di atas badan ibu, antara perut dan payu dara. Suhu tubuh ibu akan membuatkan bayi terasa hangat sehingga dia terjaga dari tidur.
- Geletek bibirnya dengan puting susu ibu yang telah dibasahi air susu untuk menstimulasi dia membuka mulut.
- Dukung bayi dengan kedudukan tegak dan agah bayi dengan berborak dengannya.
feel free to like and share!