Salam..alhamdulilah habis berpantang anak ke 2 saya...yeayy....entry ini khas untuk saya sendiri..ahaa..boleh gitu?.bahagia jadi ibu hamil dan sekarang ibu menyusui..saya sangat pasti ibu-ibu penat membawa perut (mengandung), penat menjaga dan menyusui..tapi ketahui lah banyak ganjaran pahala dan darjat kemuliaan diberikan oleh ALLAH untuk seorang perempuan..ya, seorang perempuan yang bergelar ibu..alangkah bahagia nya tanpa mengetahui setiap kesulitan yang kita hadapi dianugerahkan ganjaran yang tidak terhitung oleh kita sendiri..
Gembira lah bagi seorang ibu yang hamil, bersalin, menyusui susu ibu dan menjaga..anda seorang yang terpilih untuk sesuatu yang istimewa..alhamdulilah..syukur akan nikmat dariMU.
Saya kongsikan 13 Ganjaran Kemuliaan dan Pahala ALLAH janjikan untuk ibu hamil..
#1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

#2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.
#3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.
#4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu
itu setiap seteguk dari pada susunya diberi 1 kebajikan.
#5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
#6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari
pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
#7. Wanita yang menyusukan bayi mereka sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titis susu yang diberikannya.
#8.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga
anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya.
Apabila dia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
#9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang
hari.
#10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada
malam hari.
#11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat
dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengurniakan 1
pahala haji.
#12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
#13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun),
maka para malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
feel free to like & share!
feel free to like & share!