Petua Untuk Ibu Menyusu Makanan Perlu Elak Ketika Menyusu
Sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan bayi, perlu diingat bahawa apa yang dimakan akan turut dinikmati oleh bayi.
Oleh itu ibu mestilah prihatin dengan pengambilan makanan mereka kerana
dibimbangi makanan yang tidak berkhasiat akan mempengaruhi kesihatan
bayi. Bahkan ada makanan yang kurang baik boleh menyebabkan reaksi alergi dan pencernaan kepada bayi.
Sebaiknya buat satu jadual makanan yang elok dimakan dan yang perlu
dielakkan, dan ditampal di kawasan dapur agar memudahkan anda.
Berikut adalah makanan yang harus dielakkan oleh ibu menyusu:
- Makanan/Minuman berkafein
Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda
seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap
hari. Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan
membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam.
Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika
terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda. Tentu
anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu
anda. Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat. Sudah
tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara
eksklusif.
Bagi ibu yang menggemari
buah-buahan masam, lupakan seketika kegemaran anda jika mahu berjaya
menyusukan bayi tanpa gangguan. Jeruk, lemon, mangga muda dan asam
segera tidak elok untuk penghasilan susu yang berkualiti. Biasanya rasa
asam tersebut boleh mempengaruhi perut bayi.
Kekacang dikatakan menjadi makanan punca alergi. Sekiranya ibu yang
menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan
terkena masalah alergi. Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap
kekacang. Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh
membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan
bermacam lagi.
SUMBER : PA & MA Karangkraf
Like n share..♥♥