6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur
Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari
katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha… bila berdepan
situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan
hari baru.
Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin
ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak
kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh… ini tak
boleh jadi nih.
Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip
yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur,
sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.
6 tip yang saya maksudkan adalah;
1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh
dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam,
sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.
2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12
anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak
silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat
badan anda tau!
3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas
katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil.
Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.
4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam.
Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam
tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa
dan terus gunakannya.
5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.
6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.
Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.
Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika
bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak
lesu lagi.
Selamat Mencuba!
sumber