Anak cerdik dan cergas adalah impian semua ibu bapa. Cerdik
dalam kelas sahaja tidak memadai dan tidak bernilai melainkan anak cerdik itu
juga anak yang baik, mulia, tinggi adab, sopan, memahami, menyenangkan
hati orang disekeliling dan suka membantu serta membuat kebajikan.
Inilah sebenarnya anak yang genius. Dia mampu menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran dan situasi dan dirinya mudah disayangi.
Anak genius terbentuk daripada rumah iaitu atas asuhan ibu
bapa yang bijak dan penuh keprihatinan...melentur buluh biar dari rebungnya kan..
Perhatikan perkara berikut yang
boleh dijadikan panduan untuk melahirkan insan genius sejak dari kecil...jom saya share kan 20 tips para ibu dan bapa boleh amalkan..semua ini berkisar di dalam kehidupan kita seharian..
#Tip 1. Anak kecil suka meniru tingkahlaku. Tunjukkan tingkahlaku yang baik, hati-hati dengan perkataan yang digunakan.
#Tip 2. Beri masa untuk dia menikmati peringkat/ tahap hidupnya. Jangan tergesa-gesa untuk membentuk dirinya.
#Tips 3. Hadapi cabaran dengan tenang dan terkawal kerana anak sebenarnya memerhatikan kita dan menyerap apa yang dia lihat.
#Tips 4. Terima dia seadaanya. Jangan cuba cari kesalahan dan merendahkan kebolehannya. Fokus pada kekuatan yang dia ada.
#Tips 5. Biar anak lakukan sendiri perkara baru. Beri perhatian
dan sokongan supaya mereka tidak mudah putus asa dan tidak takut gagal.
#Tips 6. Kurangkan menegur tabiat buruknya. Cuma awasi tabiat buruk dan puji tabiat baiknya.
#Tips 7. Stabilkan emosi dan jiwa
#Tips 8. Elakkan berleter kerana anak kecil lebih banyak bertindak daripada bercakap. Mereka akan memilih untuk tidak mendengar.
#Tips 9. Layan mereka seperti kita melayan orang dewasa supaya mereka tahu mereka wujud.
#Tips 10. Berlatih mendengar apa yang ingin mereka sampaikan secara aktif. Bantu mereka cari perkataan yang sesuai.
#Tips 11. Berikan mereka kasih sayang tanpa syarat untuk mengelak
mereka berasa terpaksa menagih kasih sayang. Kasih sayang sentiasa jadi
milik mereka sejak mereka dilahirkan.
#Tips 12. Bercakap jujur dengan anak, elakkan menipu supaya anak bersikap jujur.
#Tips 13. Elakkan menjerit, memukul, bersikap kasar dan keras
terhadap anak. Jangan memendam sakit hati atau bercakap sesuatu kurang
elok mengenai anak ketika sedang marah.
#Tips 14. Tepati janji yang telah kita buat. Jika janji dicapati kelak kata-kata kita akan jadi tak bermakna.
#Tips 15. Jangan bertolak ansur pada perkara yang membabitkan nilai dan kepercayaan.
#Tips 16. Jangan menidakkan rasa takut kerana pada mereka rasa
takut memang wujud. Anak kecil belum pasti pada banyak benda di
sekeliling mereka.
#Tips 17. Jangan mencela atau merendahkan anak dihadapan orang atau ketika dia ada bersama. Hormati maruah anak.
#Tips 18. Ajar anak berfikiran sihat setiap masa. Bantu dia
meluah perasaan dengan cara positif dan tidak memendam perasaan atau
mengguna kata-kata kesat.
#Tips 19. Didik mereka menyanjungi dan menghargai kehidupan contohnya melihat semut berjalan amat menarik perhatian mereka.
#Tips 20. Ingatkan diri sendiri bahawa anak itu masih
kanak-kanak. Anak berusia dua tahun mesti diperlakukan seperti anak
berusia dua tahun. Paksaan melakukan sesuatu yang dia tidak bersedia
boleh menjurus kepada masalah tingkah laku.
nak tambah supplement untuk anak-anak..
Nah dengan mengamalkan panduan ini, ibu bapa bukan sahaja
melahirkan anak yang bijak, tapi teguh jiwanya, kental hatinya, perkasa
kasih sayangnya, dan insyaAllah akan menjadi insan genius yang disukai
masyarakat.