Wednesday, November 26, 2014

Resepi Kek Coklat Mudah guna Blender je..gebu dan sedap

sape suka makan kek coklat?..angkat tangan...mesti ramai yang suka kan..kek coklat ni senang je nak buat..bagi yang tak de kelengkapan yang memudahkan adunan kek untuk diputar..boleh cuba resepi kek coklat mudah, guna blender je untuk campurkan adunan kek ni semua..

rasenya budak sekolah menengah pun boleh buat..apatah lagi kaum2 ibu yang mana anak-anak suka makan coklat kek..so, tak yah dah nak beli kat kedai sebab biasa tak cukup kan..mak yang busy balik kerja pun sempat buat ni....yang penting kena la ada bahan kat rumah kan..nak lagi senang guna acuan cupcake...boleh dapat banyak...

Kek coklat naik gebu dan senang nak buat


jom..saya kongsikan resepi ni..

Bahan-bahan nya :
Bahan A 
2 Cawan tepung gandum biasa
1 Cawan Serbuk Koko
1 Sudu Kecil Baking Powder
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat

Bahan B
4 biji telur ayam*
1 Cawan Gula Biasa*
1 Cawan susu Pekat*
1 Cawan Minyak Masak*
1 1/2 Cawan air Panas

Cara nak buatnya :
1. Ayak kan bahan A..letak tepi
2. Blender kan Bahan B yang bertanda* selama 3-4minit ( didapati gula telah hancur)..
3. Letak kan bahan yang telah diblender tadi dalam bowl/besen...masukkan air panas dan masukkan bahan A sedikit-sedikit sehingga habis..kacau, gaul balik kan..
4.Setelah Adunan Sebati..Siap untuk di bakar..
5.Letak dalam acuan cupcake 3/4 adunan ..
6. Bakar suhu 180 darjah celcius selama 15 minit

Bagi yang suka extra rasa coklat..boleh letak topping

Topping (saya tak letak sebab nak kurangkan manis tu)
1 Cawan Coklat Masakan (boiler)
1/2 Cawan gula aising
75gram Butter/marjerin
1 Penutup esen vanilla
1/2 Cawan serbuk koko



mudah kan..saya dah buat banyak kali pun..=)