Hari ni nak kongsi petua hebat..hebat untuk ibu hamil yang bakal bersalin..saya akui mesti ramai kaum ibu yang meniti hari2 terakhir mencapai EDD..saya pon masa mengandungkan Safrina..al maklum la ibu muda, pengalaman pertama lak tu..alhamdulilah..dipermudahkan urusan saya..pengalaman saya baca di sini.

bukan x sakit tapi sakit nya sekejap sahaja..setelah menatap anak yang dikandung 9bulan10 hari..hilang sakit tu..MAHA BESAR ALLAH..

saya kongsikan petua ni..mudah2 urusan ibu2 dipermudahkan..dan amalan yang penting saya buat sebelum tidur..minta maaf dengan suami n doa nabi yunus jangan ditinggalkan..kena amal..

Ada banyak petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. 

Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.

Makan kurma
Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.




Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.



Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.



Telur ayam
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.



Minyak kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan.