Monday, September 22, 2014

Misi mencari sizzling yee mee mengidam tahap ibu hamil

salam..hari ni nak out of topic..

al kisahnya ibu hamil ni mengidam nak makan yee mee sizzling..(aku ler tuhh)..

sebab duk teringat masa belaja dolu2..selalu sangat makan sizzling di food court BP Mall..alahai..kecur air liuq chek ni ha..x kan nak p jauh nun d sana semata2 nak mencari sizzling..alahaii..my baby you..=.=..



zaman muda mudi dolu2..


dalam fikiran mesti kat KB Mall pon ada..so, mengada2 la si ibu hamil mengajak mr papa ni mencari nya..

alangkah hampa nya..rupa sizzling dah ada..tp x cukup lengkap..pic x snap sebab geram sangat..

bayangkan ayam 2 ketul dengan kuah dan yee mee shj..xde dah benda lain..alahai..menyesal pon ada sebab kena bayar mahai la jugak..pendek kata x berbaloi..=(

okey..next kedai nak cari sizzling..area Panji, Kota Bharu..kedai bawah khemah..punya la ramai orang..kedai ni ada sumbody yang bgtau..

so, dengan harapan yang mengunung...walaupon masa tu hari nak hujan lebat..berangin kuat semacam je..tapi nasib baik x hujan..

kedai tu agak glamour sebab ramai benor orang nya..so, sampai la pelayan dengan menunya..bak kata org dah tahu nak makan ape x yah tengok lah menunya..terus order sizzling special you..

sekali yang sampai..x de rupa sizzling sebab kuahnya putih je..rasa plak macam kueh tiaw lakna pon ada..~~~fail!!

HAMPA lagii~

...last sekali baru puas hati..sizzling d TESCO Kota Bharu..yang ni pun tragis jugak..g sekali, kuah x siap lagi..balik dengan hampa..x kan nak tunggu..x kuasa eden~..lain la nak shopping dlu di Tesco..nak balik nanti datang balik kan..tapi aku ni g hantar vitamin COD je..x shopping dah sebab semalam dah g MYdin..(haha..details cete)...

dan akhirnya mak buyung menikmati sizzling yang sama dengan sizzling di food court BP mall di TESCO kota Bharu..yahuu..harga pon berbaloi..RM4 je se pot ni..




ni adalah resipe yang bagi aku sangat senang nak buat..lepaih ni nak tera masak sendiri..

wallah...baru puas hati kan..

jom cuba kawan2..=)  

Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)

 
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee 
 

Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
 
update:
mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
 
untuk yee mee nya:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, 
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..
lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.
mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama.. =)
ok, selamat mencuba ya rakan rakan..

1 comment:

Nurru Adila said...

ehh murahnya RM4 jerrr... kalau kat KL ni nasi putih letak ikan seketul dan sayur sesudu dah RM6.50... huaaaaa... tu baru rege restoren biasa, belum kedai yg konon super best...

:(