pengalaman saya dulu pon, setiap kali datang check up..memang kena bg sampel air kencing..kekadang tu rimas jugak..=p
paham2 je la tandas di klinik kesihatan kerajaan..=.=
dan ada juga saya pernah buat nakal..oohh maaf kan saya..huhuh..**biarlah rahsia ye..=.=
tapi sekarang baru saya tahu kenapa pentingnya check air kencing bagi ibu hamil..
rupanya penting dan sangat penting kena tahu kandungan protein dalam badan ibu hamil..terlebih nanti bahaya lain plak..dan cara nak tahu kena check urin ibu hamil..
Sumber
Tentu ibu hamil perasan tentang pentingnya pemeriksaan air kencing
dalam setiap kali lawatan pemeriksaan antenatal di klinik. Tahukah anda
tentang kepentingan pemeriksaan air kencing tersebut?
Doktor atau jururawat akan menggunakan kayu celup untuk mengesan protein dalam sampel air kencing ibu hamil. Kehadiran protein dalam air kencing memberikan maklumat penting tentang bagaimana buah pinggang ibu hamil berfungsi.
Kandungan protein yang rendah bermakna buah pinggang ibu sedang bekerja lebih keras daripada sebelum mengandung. Kemungkinan badan ibu hamil juga sedang melawan jangkitan kecil. Bagaimanapun doktor perlu menghantar sampel air kencing tersebut ke makmal bagi dianalisa untuk mengetahui sama ada kemungkinan ibu ada sebarang jangkitan pundi kencing atau tidak.
Sekiranya dalam pemeriksaan seterusnya, air kencing ibu masih ada protein dan kandungannya pula meningkat, ini menunjukkan kemungkinan ibu hamil sedang mengalami praeklampsia, iaitu sejenis komplikasi dalam kehamilan yang boleh menjejaskan ibu dan bayi dalam kandungan.
Pemeriksaan seterusnya akan cuba mengenal pasti sebarang tanda lain seperti peningkatan tekanan darah, kandungan protein yang semakin teruk dan berlaku pembengkakan pada kaki, tangan dan muka yang mana ia jelas membuktikan ibu mengalami praeklampsia.
Simptom-simptom lain yang mungkin boleh dialami oleh ibu hamil sebagai petunjuk dia mengalami praeklampsia adalah sakit kepala, masalah penglihatan kabur dan terdapat kilauan cahaya di hadapan mata, sakit yang teruk pada bahagian bawah rusuk dan muntah.
Jika mengalami simptom tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.