lelaki i guess..sebab cara dia jawap dan tanya..ahahaa..kekadang terbabas jugak saya meneka jantina mereka..=.=
main bantai je..sebab gaya penulisan tu ada gambaran orangnya macam mana kan..
ok2..nak cete lain..customer ni tanya saya ada tak vitamin shaklee untuk penyakit kulit Vitiligo..vitiligo??..ternganga..ahaa..
mulanya...ingatkan dia typo pasal penyakit tu..bila2 dah try cari kat incik google..ni maklumat yang saya dapat..jom kawan2 yang belum tahu pasal penyakit kulit ni..dalam bahasa mudah yang kita selalu dengar penyakit Sopak..insyaALLAH penyakit Vitiligo ni dapat dirawat dengan pengambilan secara konsisten ESP Shaklee..
bagaimana ia bertindak?..nanti saya ceritakan details..
info : Penyakit sopak atau vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen (yang dipanggil melanosit) di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal) dan retina (lapisan dalam mata), dimusnahkan.
Penyakit Sopak atau Vitiligo mencacatkan penampilan seseorang |
Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa tempat di badan. Rerambut yang tumbuh di kawasan terbabit turut menjadi putih.
Punca penyakit vitiligo ini tidak diketahui tetapi para doktor serta para penyelidik mempunyai beberapa teori tersendiri.
Antaranya:
- Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit sendiri
- Kemusnahan melanosit dengan tersendiri
- Ada kajian yang menunjukkan, sesetengah kejadian seperti sunburn atau tekanan emosi boleh menyebabkan timbulnya penyakit vitiligo.
– Anggaran satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 hingga 50 juta orang) menghidapi vitiligo
lSebanyak 95 peratus pesakit menghidapi vitiligo sebelum mencecah usia 40 tahun
lVitiligo menyerang individu tanpa mengira kaum atau jantina
Individu yang menghidapi penyakit autoimun (penyakit di mana sistem daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri) lebih berkecenderungan untuk mendapat masalah ini.
Contoh penyakit autoimun adalah seperti hipertiroidism (kelenjar tiroid yang terlalu aktif) dan anemia pernicious (kekurangan sel darah merah disebabkan oleh kegagalan penyerapan vitamin B12).
- Vitiligo juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan walaupun ia tidak dapat dibuktikan.
Apakah tanda-tanda vitiligo?
Orang yang menghidapi vitiligo akan mula-mula menyedari kehadiran tompok-tompok putih pada kulit.Tompok-tompok ini selalunya berlaku di kawasan-kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti pada bahagian tangan, kaki, lengan, muka dan bibir. Ia juga boleh terjadi di ketiak, sekeliling mulut, mata, lubang hidung serta organ seks.
Tiada siapa pun boleh meramalkan sama ada vitiligo seseorang itu akan merebak atau sebaliknya.
Penyakit ini selalunya bersifat progresif di mana tompok-tompok putih ini boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain setelah beberapa lama. Ada kalanya kadar merebak ini laju tetapi ada kalanya perlahan.
Bagaimanakah caranya untuk merawat vitiligo?
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengembalikan fungsi kulit serta memperbaiki rupa seseorang individu itu. Rawatannya selalu mengambil masa yang lama, di antara enam hingga 18 bulan (sesetengah kes mungkin lebih lama) dan mungkin melibatkan rawatan perubatan, pembedahan atau terapi tambahan
Rawatan medikal
- Terapi sapuan steroid: Berguna jika steroid ini digunakan pada peringkat awal. Steroid ini selalunya disapu pada tompok-tompok putih selama tiga bulan sebelum dapat dilihat keberkesanannya
- Fotokemoterapi psoralen (Psoralen serta penggunaan ultraviolet A): Terapi ini antara yang berkesan tetapi memakan masa serta mempunyai kesan sampingannya.
- Psoralen merupakan bahan kimia yang akan bertindak balas dengan lampu ultraviolet untuk menyebabkan penghitaman kulit. ia didatangkan dalam bentuk sapuan atau oral.
ii) Fotokemoterapi psoralen oral (makan): Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah lebih dari 20 peratus anggota badan
- Depigmentasi: Terapi ini melibatkan pemutihan bahagian badan yang normal supaya dapat menyamai kawasan tompoktompok putih.
Rawatan pembedahan
Masih di peringkat kajian tetapi mungkin melibatkan:
- Graf kulit secara autologous: Proses ini melibatkan pemindahan kulit daripada bahagian anggota seseorang individu yang pigmentasinya normal kepada badannya sendiri yang mempunyai tompok-tompok putih
- Graf kulit menggunakan blister: Bahagian atas blister yang dihasilkan di bahagian badan individu yang normal dipindahkan kepada bahagian depigmentasi individu yang sama
- Pigmentasimikro: Pigmen diimplan atau ditanam ke dalam kawasan kulit menggunakan alat pembedahan khas
- Pemindahan melanosit secara autologous: Masih di peringkat eksperimen dan melibatkan proses pertumbuhan melanosit di makmal dan memindahkan melanosit yang telah berganda ini ke bahagian badan yang tiada pigmen.
- Penggunaan pelindung matahari (sunblock)
- Kosmetik
- Kaunseling: Membantu seseorang individu untuk menempuhi penyakit ini melalui sokongan moral serta kaunseling.
Apakah kajian yang sedang dilakukan untuk penghidap vitiligo?
Para doktor dan saintis sedang mengkaji vitiligo ini dengan meluas dan antaranya melibatkan kajian tentang pemindahan melanosit secara autologous serta mengenal pasti gen yang menyebabkan berlakunya penyakit ini.
Sumber : Soalan dijawab oleh Pakar Runding Perubatan, Dr. Zulkarnain A. Hamidy.
Ihsan dari Utusan Malaysia Online.
dan Berita baik nya..InsyaALLAH ESP Shaklee dapat membantu anda menangani masalah penyakit vitiligo/sopak ni..
cmne ia bertindak?
ESP adalah SUMBER PROTEIN dari Kacang Soya bermutu yang terpilih. Soya sangat
baik untuk kulit kerana soya dapat melicin, menghalus dan melembutkan
kulit jika rajin mengambilnya. Malah soya juga mampu mengurangkan
lebihan minyak di wajah.
Soya juga dikatakan dapat mengurangkan kedutan halus diwajah. Dalam satu
kajian yang dijalankan di Jepun pada tahun 2007 dalam Jurnal
Nutritional Science and Vitaminology menunjukkan bahawa kulit wanita
yang berusia 30-40 tahun yang mengamalkan pengambilan soya setiap hari
dapat memperbaiki kulit dari kedutan halus diwajah selepas 12minggu.
Soya juga dapat menghasilkan keanjalan kulit dengan menggalakkan
penghasilan kolagen dalam tubuh badan kerana Soya penggalak kolegen yang
baik. Terdapat juga kajian yang menunjukkan soya dapat melambatkan
proses penuaan.
BOLEH RUJUK ENTRY SEBELUM INI..
wow..teruja kan..lagi2 untuk rawat kulit yang bermasalah..the best seller Vitamin Shaklee..nak cuba beriktiar dengan rawatan dalaman serta luaran dengan ESP Shaklee..hubungi saya terus..sementara tengah promosi ESP ni..
******************************************************
Dapatkan ESP anda segera...promosi Oktober 2014..buy 6 free 1..mohh lekas buat stok bebanyak..anda x rugi..
kebaikan untuk dikongsi bersama
pls2,jgn SEGAN jgn MALU..saya sedia membantu anda..
khidmat konsultansi berterusan secara PERCUMA..
pm/contact : FB NIK ANNA OTHMAN
phone/sms/whatsApp:013-5265534
fanpage : LIKE Vitamin4Life
Email : nikshahana@gmail.com
COD : Kota bharu.kubang kerian.bachok.peringat.kok lanas