alang2 usia kandungan dah masuk 5 bulan ni..aikk..kejap je masa berlalu..pejam celik..pejam celik..4 bulan lagi bakal bersalin la mama Safrina..Safrina ada kawan nanti...nerves2x...
try google cari petua nak elakkan bayi terkena kuning/ jaundis...sumber
ikut pengalaman selepas melahirkan Safrina..memang aku dah amalkan minum susu kambing, makan kurma masa mengandung dulu tapi...terkena jugak jaundis..mana-mana ibu pon x sanggup tengok anak kecil di ambil darah, cucuk sana sini untuk test tahap hemoglobin darah..dugaan kecil~
cerita jaundis Safrina dulu..di sini
alhamdulilah..walaupon jaundis untuk bayi baru adalah normal tapi kalau bacaan darah tinggi sangat membahayakan bayi jugak kan..
so, awal2 lagi mama amalkan petua2 ni..jom bakal ibu semua kita pakat amalkan petua elakkan jaundis pada bayi kita..
Bayi baharu lahir memang tidak pernah terlepas daripada dihidapi
jaundis atau demam kuning. Apa yang membezakannya adalah tahap bacaan
darahh bayi tersebut. Jika terlalu tinggi maka perlu mendapatkan rawatan
fototerapi di hospital.
Walaupun jaundis adalah masalah normal dalam kalangan bayi baharu lahir namun jika terlalu tinggi ia boleh mengundang bahaya. Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu. Kata orang ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu ketika hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk.
Walaupun jaundis adalah masalah normal dalam kalangan bayi baharu lahir namun jika terlalu tinggi ia boleh mengundang bahaya. Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu. Kata orang ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu ketika hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk.
- Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.
- Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari.
- Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.
- Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan.
- Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.
mudah bukan petua ni..bukan sahaja untuk mudahkan proses bersalin...elok juga untuk elakkan bayi anda terkena jaundis..