Tuesday, October 28, 2014

RESEPI Rendang Daging Yang Mudah Dan Sedap

alhamdulilah..akhirnyee berjaya jugak masak rendang daging..

kisahnya..orang kelantan macam kami sekeluarga memang jarang makan rendang, masak sendiri rendang..sebab lagi suka kalau dapat makan nasi dagang, nasi kerabu, nasi impit dengan kuah kacang..

kalau ada yang buatkan rendang, mak saudara..tu pun kadang2 je..

so, disebabkan time preggy anak n0mbor 2, mak buyung (aku lerr tu) tetiba teringin nak makan rendang dengan lemang siapp..dah bagitau sesiap kat hubbby..suh carikan lemang dan tanya kan sekali tuan kedai tu kot2 ada dah rendang ready mix..ahaahaa.punya la meroyan nak makan tapi tahap rajen kureng..kikii..

berita hampanya..lemang sahaja dijual..so, esoknya..planning cmne pon kena jugak masak rendang..FIRST TIME ni..

resepi i google je tanpa salin..haa..mudah kan bahan2 nya.

jom tengok apa bahan2 nya..

untuk 1 kilo daging ye..

 
 untuk diblender halus
8-10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia,2 inci kunyit dan 2 inci lengkuas..
2 helai daun limau purut
3 batang serai
cabai 10biji ( kalau nak pedas boleh tambah lagi ) 

 

5-6 biji lada kering yang perlu dikisar

santan 1 biji setengah
saya guna santai fresh//kalau nak nak guna yang segera tu..santan RM4 atau 2 kotak santan KARA yang size kecil dah cukup..


bahan yang dikisar jadi macam ni ye kawan2..


bahan utama off course daging
Potong jangan halus sangat..sebesar 2 jari anda..okey..


CARA-CARA nya :
1. Panaskan minyak. masukkan bahan kisaran bawang dan lain2 td..minyak jangan banyak ye...
2. bila bawang dan bahan kisaran tadi dah naik bau..masukkan lada kering yang dikisar
3. masak kejap...masukkan daging..
4. gaul dah biarkan seketika air daging tu kering..
5. masukkan santan dah kacau sehingga kering dan daging empuk
6.tambahkan garam dan gula secukup rasa DAN jangan lupa masukkan daun kunyit dihiris halus ketika daging hampir siap untuk disajikan.

HASILNYA : 

macam x percaya tahu buat..TAPI kalau x cuba mesti x tahu kan..
Lemang beli yang dah siap..nyum3..
  Senangkan..

saya ni first time buat..menjadi..x kan anda x nak cuba kan..
puas hati makan..

hubby siap puji lagii..=D.suka la mak buyung ni..ehee