Wednesday, August 20, 2014

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT SECARA TRADISIONAL DAN MURAH

Salam..maafkan saya menyepi..

aihh..mood ni kalau dilayan memang tahap malas yang amat..nik anna..nik anna..saboor je la..=.=

saya kerap juga ditanya tips petua hilangkan parut jerawat..nak yang murah dan berkesan..

dah agak dah..memang tipikal kita macam tu..saya tak menunding jari pada anda..sebab saya pon macam tu..nak murah..nak berkesan cepat..tapi makan apa2 pun vitamin atau supplement/ jamu bagai/ amalan tips pe2..kena buat KONSISTEN...maaf saya ulang sekali lagi..KONSISTEN..baru la ada hasil..jangan hari ni rajin buat, esok tinggal..

kulit x cantik nanti, parut jerawat entah ke mana..rugi je beli supplement...dan yang makin parah nak salah kan produk tu..oopss...terlebih sudaah..

PETUA ni saya jumpa PA & MA Karangkraf..bukan sahaja untuk ibu2 hamil tapi anda juga boleh amalkan..

Jika sebelum hamil, muka licin berseri tanpa sebutir jerawat tumbuh tetapi ketika mengandung akibat perubahan hormon dalam badan, ada bakal ibu yang mengalami jerawat teruk di seluruh wajah. Tentu timbul rasa malu, risau dan tertekan.

Apatah lagi apabila tidak boleh menggunakan sebarang krim jerawat yang mengandungi bahan kimia kerana bimbang memberi kesan buruk kepada janin. Akibatnya jerawat dibiarkan bertamu tanpa rawatan hingga meninggalkan kesan parut.

Jangan risau kerana ibu boleh menggunakan petua tradisional untuk menghilangkan parut jerawat tersebut. Yang pasti ia selamat diamalkan.


  1. Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.
 
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.
 

  1. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
 
  1. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
 

  1. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
 
  1. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA!
sumber :  PA & MA Karangkraf