Dalam tak sedar, umur safrina my baby dah masuk 8 bulan lebih..begitu cepat masa berlalu..dan sudah 1 tahun nenek meninggalkan kami..=.=

sungguh..masa sangat mencemburui kita..rsenye banyak benda x sempat buat tapi rupanya banyak benda dah buat..

aduhai masa..sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian..

nak share pasal menjarak kn kehamilan ni..melihat kawan2 yang same pregnant tahun lepas..rupanya dah dapat berita diorang bakal nak sambut orang baru lagi tahun ni..REZEKI kn..saya doa kan mereka selamat..amin

wahh..jeles ke?..hahhaa..memang terasa nak preggy lagi...tapi sian plak my Safrina..belum cukup besar nak terima adik baru..lagipun weekend wife husband..lambat sket kot nak tambah anggota keluarga baru...

dan saya memang memberi penyusuan secara eksklusif pada My Safrina..sebab tu i berhenti keje..dan saya bahagia buat cmtu..xpe la..keje engineer pon stress je..x seindah yang dikaborkn..wahahhh~

rindunyee..masa ni...=.=


dan saya doa kan juga customer2 saya yang beriktiar nak dapatkan zuriat..

YA ALLAH, perkenan kan doa kami..Kurniakan lah mereka yang berusaha untuk mendapatkan zuriat untuk diwarisi, semuaNYA dengan keizinan MU..aminn..

************************************************
TIPS JARAK KAN KEHAMILAN DENGAN MEMBERI PENYUSUAN SECARA EKSKLUSIF SEJAK LAHIR

Kebanyakan pasangan suami isteri cenderung untuk menjarakkan kelahiran anak-anak mereka antara anak pertama dengan anak kedua dan seterusnya supaya tidak terlalu rapat. Jika anda dan suami berhati-hati sekalipun dengan kaedah perancangan semula jadi, kadang kala ia tetap tidak berhasil dan anda akhirnya mengandung walaupun anak yang sedia ada masih terlalu kecil.

Cara semula jadi yang lebih berkesan dalam soal perancangan anak adalah kedah menyusukan anak secara eksklusif sejak dia lahir lagi. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah ini tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti yang nyata tanpa ragu-ragu.

Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat daripada ketika ibu yang tidak menyusukan bayinya secara eksklusif. 

Dengan melambatkan masa ovulasi, kemungkinan untuk ibu hamil adalah terlalu kecil. Oleh itu jika anda tidak mahu kehamilan yang terlalu cepat selepas kelahiran anak, amalkan cara ini ya.

Kaedah ini lebih efektif dan semula jadi berbanding kaedah perancangan moden yang menggunakan ubat-ubatan dan suntikan yang pasti mengandungi bahan kimia yang dibimbangi boleh berkumpul dalam badan dan berisiko kepada wanita yang mengambilnya.

Sumber : PA&MA Karangkraf