Daun salad sebenarnya sedap dimakan terutama apabila masih segar dan rangup.
Tahukah anda daun salad mempunyai kepentingan dari segi perubatan juga. Si hijau yang mempunyai nama saintifik Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti berikut:
- Penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur.
- Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, postasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink.
- Daun ini mengandungi karotin, saraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
- Ia juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.
- Jika anda dalam pelan diet, amalan makan salad antara menu sihat yang digalakkan.
Bagaimanapun ia perlu mengikut kriteria diet salad yang baik iaitu:
- Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung.
- Bataskan penggunaan bijirin.
- Pilih minyak zaitan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3.
- Jangan tambah gula di dalam hidangan salad.
- Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad.
- Elakkan penambahan makanan berlemak sebaliknya tambah sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging.
SUMBER : Pa&Ma Karangkraf