Friday, May 30, 2014

Kenali Punca Muka ditumbuhi Jerawat

salam sume..

saya nak share sket, antara paling ramai customer saya adalah yang mencari set untuk kulit..rata2 mereka ingin mengubati jerawat.ye la..bila dah tumbuh dimuka.memang sakit hati..

lagi-lagi ada kawan yang perasan muka kita..dan tegur..dulu x macam ni..huhhhhuuu

ye..saya tahu perasaan itu..huwaa..rasa nak sembunyi kn diri duk umah je..berkurung..
 satu lagi,memang malas betul nk jaga bila dah muka naik jerawat..tapi kalau dibiarkan saje..menyakitkan hati jugak..

kekadang give up nk cuba produk kulit yang berlambak di pasaran...=.=
..sebab nya bahan chemical yang tinggi..yang pasti nya kita tidak tahu pe kandungan nya..

bila mana nk cegah jerawat..offcoss kena tahu punca nya..ye dok?

cekidut~



Punca jerawat..dan bagaimana ianya terbentuk

Hormon Dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. Cara terbaik mengawal hormon adalah dengan pengambilan GLA Complex.


Bakteria Dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat. Cara menghapuskan bakteria jahat secara semulajadi adalah dengan mmenguatkan imuniti badan dengan pengambilan Nutriferon.


Pemakanan Dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta terperinci, tetapi diet yang mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher pesakit.


Stress Dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. Supplement paling sesuai untuk mengawal stress adalah Vita-Lea atau B-Complex.


Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.


Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.


Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan yang mepunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh mnyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat komplex dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. 


Jadi jika anda ingin merawat masalah jerawat, perkara-perkara diatas hendaklah anda elakkan supaya dapat mempercepatkan proses menghilangkan jerawat kerana kita tidak mahu jerawat baru timbul semasa proses rawatan yang berpunca dari sebab-sebab di atas.



***JANGAN salah pilih produk untuk merawat jerawat..kaji dahulu baru guna..

saya yakin dengan produk supplement Shaklee kerana ianya berbeza..100% organic, semulajadi dan selamat...

dan TOLONG JANGAN BERKIRA kalau nak kulit wajah anda kembali cantikk..=))