Thursday, March 20, 2014

TIPS LATIH ANAK MINUM AIR

Selain cerewet makan, kanak-kanak juga sukar apabila disuruh minum air terutama air masak. Seperti diketahui keperluan air sangat penting untuk tubuh badan manusia. Badan manusia memerlukan air untuk meneruskan proses penghadaman dan perkumuhan. Kekurangan cecair dalam badan akan membuatkan suhu badan meningkat serta mudah mendapat masalah sembelit dan jangkitan kuman pada saluran air kencing.



 
Si kecil memang tidak peduli semua itu. Mereka asyik bermain tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Jika tidak disuruh bahkan sehingga tahap memaksa untuk minum mereka tidak kisah untuk minum air.
 
Biasanya mereka lebih gemar minum minuman yang manis dan sejuk sahaja. Bagaimanapun terlalu banyak minum minuman manis juga tidak elok untuk kesihatan badan. Menyuruh anak minum air masak kadang kala menjadi tekanan kepada ibu bapa.
 
Bagaimana mengatasi masalah ini? Cuba bebeberapa tip berikut yang mungkin mendatangkan hasil sekaligus memudahkan si kecil minum air demi kesihatannya.


♥Sediakan minuman
Jika sedang bermain, kanak-kanak terlupa keperluan mereka yang sedang dahaga. Jika boleh mereka tidak mahu meninggalkan alam bermain biarpun sesaat. Oleh itu sebagai ibu bapa kita perlu mengingatkan mereka tentang keperluan berhenti seketika untuk minum air. Sediakan minuman agar anak lebih mudah untuk meneguknya. 



♥Sediakan bekas minuman kegemaran
Bukankah kanak-kanak gemarkan sesuatu yang menarik, maka ambil kesempatan ini untuk menyediakan bekas minuman yang bermacam rekaan, corak dan warna serta dihiasi karektor kartun kegemaran mereka. Tentu sahaja cara ini dapat menarik perhatian mereka untuk minum air. 



♥Penggunaan straw lebih mudah
Oleh kerana mereka sukar untuk minum air, penggunaan straw untuk menyedut minuman juga boleh membantu usaha menyuruh anak minum. Tentu sahaja cara ini lebih memudahkan tugas anda kerana tiada risiko air tertumpah akibat mereka hendak cepat.




♥Ajar berdikari

Sekiranya anak anda sudah melangkah ke prasekolah, seeloknya anda mula mendisiplinkan dia dengan rutin minum air sendiri. Secara tidak langsung ia mengajarnya berdikari. Tetapi anda perlu menyediakan tempat mengambil air yang mudah diuruskan sendiri tanpa bantuan anda. Jangan tawarkan pelbagai perisa.

Jika anda menawarkan antara air masak dan jus buah, tentu sahaja si kecil memilih minuman yang berperisa.

Oleh itu dalam sehari, tetapkan waktu yang dia mesti minum air masak secukupnya sebelum masa-masa tertentu untuk minuman jus atau perisa lain.


Sumber : PA & MA Karangkraf]