Saya harap ibu dah baca entry sebelum ni tahu tentang bahayanya jika air ketuban bocor terlalu awal. Sebolehnya kita nak kandungan kita baik-baik saja sehingga tempoh bersalin kan. Takut sangat kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Setiap kali mengandung ada-ada sahaja perkara yang dirisaukan...ALLAH..takut rasanya untuk rasa kehilangan.. Memang sepanjang mengandung tu berdoa je janganlah benda merepek-repek jadi kat saya..kat sini, suami perlu mainkan peranan, jangan biarkan isteri anda fikir yang bukan-bukan..keep calm and enjoy the pregnancy!
Tapi tulah, kadang kita dah jaga, tapi Allah punya kuasa, apa yang kita tak nak berlaku, tu yang jadi. Semuanya tak lain tak bukan untuk Allah uji kita. Kita pula sebagai hamba kenalah redha, ambil pengajaran dan iktibar.
Macam kes air ketuban bocor ni, sesetengah orang mungkin anggap perkara ni normal, tak de apa nak di risaukan. Sesetengah ibu yang lain pula, mungkin ada pengalaman sedih kehamilan yang lalu. Jadi ibu dah tentu perlu berjaga-jaga untuk elak perkara sama berulang lagi.
Saya setuju menyatkan jika si ibu ini yang ada sejarah air ketuban bocor sebelum masanya di kehamilan lalu, mempunyai risiko lebih tinggi untuk ia berlaku lagi. Namun begitu, ibu tak perlulah terlalu stress..=.=
InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa tips untuk menguatkan kantung amnion, mencegahnya daripada bocor serta sekaligus dapat mengelakkan daripada terbersalin awal daripada masa yang sepatutnya.
Apabila ada kebocoran pada kantung amnion yang terlalu awal, maka saat ini tinggi jugalah kemungkinan pembedahan ceasarean akan di lakukan. Sebab itu kita perlu ada kantung yang kuat yang mampu bertahan sehingga saatnya betul-betul hendak melahirkan.
Sebab kantung yang kuat dan sihat ini akan memberi kesan 'kusyen' kepada bayi untuk keluar melalui pelvis ke faraj.
Sebenarnya kantung amnion ni terdiri daripada dua lapisan iaitu amnion dan chorion. Nampak je lembut tapi ia sebenarnya sangat sukar untuk ditembusi. Jadi, untuk membina kantung amnion yang sihat dan kuat, adalah penting ibu buat pilihan yang bijak sejak dari awal iaitu sebelum hamil lagi.
Di bawah ini ialah senarai tips dan cadangan yang boleh ibu amalkan untuk melahirkan bayi yang sihat dan membina kantung amnion yang kuat.
Tips #1. Nutrisi asas
Tidak dapat dinafikan lagi pengambilan nutrisi berkhasiat sejak dari awal sangat penting untuk pelbagai sebab sepanjang kehamilan. Antaranya:
- pertumbuhan dan perkembangan bayi yang normal dan sihat
- pertumbuhan dan sokongan uri (placenta)
- perkembangan membran atau kantung amnion yang sihat sebagai 'tempat tinggal' bayi
- penggantian bendalir amnion yang cepat dan berulang kali
- menapis bahan buangan bayi
- menapis sisa daripada ibu
- mengekalkan kesihatan ibu
- meningkatkan bekalan darah kepada ibu sehingga 50-60%
- menyokong perubahan metabolisme, fizikal dan fisiologikal semasa hamil
Oleh itu ibu mesti dapat bekalan kesemua zat penting seperti protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral untuk tugas-tugas yang sangat penting ini.
Antara nutrisi yang mesti di amalkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan
yang banyak, vitamin asas seperti zat besi, vitamin C dan vitamin B
complex, zink untuk mencegah sebarang jangkitan kuman, dan vitamin E*
untuk mengelakkan jangkitan dan menguatkan kantung amnion.
Kurma antara makanan yang mesti diamalkan oleh ibu hamil. Kajian
menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan kurma setiap hari terutama pada
trimester akhir, dapat mengurangkan risiko pecah ketuban terlalu awal
serta mengurangkan 'peralatan' bersalin seperti suntikan epidural.
Tips #2. Kesihatan vagina
Menjaga kesihatan dan kebersihan kawasan vagina di mana pertumbuhan
mikroflora baik amat penting untuk menurunkan risiko jangkitan kuman.Ini
kerana kadang-kala jangkitan kuman boleh menyebabkan air ketuban bocor
atau pecah sebelum bermulanya proses pelahiran.
Jangkitan kuman boleh menyebabkan masalah kepada bayi selepas dilahirkan.
Tips #3. Tolak sebarang pemeriksaan vagina
Pemeriksaan vagina tidak perlu sekiranya ibu tiada apa-apa masalah yang
serius. Peralatan yang digunakan boleh menyebabkan kuman atau bakteria
dari luar dipindahkan ke dalam vagina dan ini juga boleh menyebabkan
jangkitan.
Tips #4. Kurangkan pendedahan terhadap persekitaran luar
Jika ibu selalu berada di kawasan yang kotor, ramai orang, lebih mudah
kuman menjangkiti ibu. Elakkan kawasan yang bahaya seperti hospital,
bilik pemeriksaan doktor, dan pastikan ibu tidak memegang faraj dengan
tangan yang tidak bersih.
Tips #5. Pengawasan yang teliti dan proaktif
Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, ibu mesti prihatin dengan tanda berikut:
- suhu badan yang tetap setiap jam
- pergerakan bayi-sama ada bayi bergerak atau tidak dan teliti trend pergerakannya
- adakah uterus sakit jika disentuh
- adakah denyutan nadi meningkat
- simptom selsema
Jika tanda-tanda ini dikesan, segeralah ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Tips #6. Berinteraksi dengan bayi dalam kandungan
Bercakap dengan bayi, merasa tenang dengannya akan meningkatkan hormon
oksitosin yang bagus untuk mengurangkan stress. Stress boleh menjadi
penyebab kepada kebocoran air ketuban terlalu awal.
Nikmatilah saat-saat bersama bayi dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja sepanjang kehamilan ini.
Ibu sebenarnya ada pilihan untuk menjadi sihat sepanjang kehamilan,
melahirkan bayi yang sihat, serta melalui proses mengandung dan
melahirkan yang tenang, mudah lagi menyeronokkan.
saya doakan ibu-ibu yang sedang hamil bertenang, jangan ambil mudah dan ambil sikap prihatin pada keperluan si comel anda..apa saje untukmu sayang..setuju x?
Boleh klik link..
>>>Makanan pelengkap nutrisi ibu hamil yang mama amalkan
>>>Keperluan Asid Folic untuk ibu hamil..kenapa penting erkkk?
HUBUNGI MAMA : Nik Anna Othman
013-5265534
***************************************************
feel free to like & share
kebaikan untuk dikongsi bersama
saya doakan ibu-ibu yang sedang hamil bertenang, jangan ambil mudah dan ambil sikap prihatin pada keperluan si comel anda..apa saje untukmu sayang..setuju x?
Boleh klik link..
>>>Makanan pelengkap nutrisi ibu hamil yang mama amalkan
>>>Keperluan Asid Folic untuk ibu hamil..kenapa penting erkkk?
HUBUNGI MAMA : Nik Anna Othman
013-5265534
***************************************************
feel free to like & share
kebaikan untuk dikongsi bersama