Friday, August 14, 2015

7 Tips Penting Penyediaan Makanan Pejal pada Bayi..Ibu sila ambil perhatian!

alhamdulilah..umur Ahmad Iman masuk 6 bulan..mama sememangnya excited nak bagi makanan pejal..dah la g timbang klinik hari tu, umur 6 bulan...Ahmad Iman turun berat..OMG..terkejut mama...sangkaan mama susu ibu sahaja tak cukup untuk menampung keperluan nutrisinya ternyata betul..sebab setiap kali lepas menyusu, tapi perasan dia macam masih lapar=.=

walaupun dah ada pengalaman anak pertama dulu dalam penyediaan makanan pejal..tapi banyak benda yang mama tak sempat buat/ tak reti buat/ tak tahu buat dalam penyediaan makanan pejal untuk kakak..alahaii sian Kakak Safrina mama..T_T..jadi untuk adik iman ni, mama tekad nak tebus balik apa yang mama tak sempat buat untuk kakak..ibu-ibu yang baru nak cari info pasal penyediaan makanan pejal untuk anda, please take note ye..jangan jadi macam saya..

teruja..teruja jugak...tapi si ibu kena prihatin dalam penyediaan makanan pejal pada bayi anda..biasa sangat kita dah excited nak buat resipi itu ini.. Tetapi, apabila disuakan makanan, bayi menolak seolah-olah belum bersedia untuk makan. Ibu mula susah hati kerana risau jika bayi tak dapat khasiat daripada makanan itu.







Jangan sedih ibu... ada beberapa perkara yang mungkin ibu tak tahu atau sedar semasa memperkenalkan makanan pejal buat kali pertama untuk bayi..

Saya kongsikan 6 tips penting penyediaan makanan pejal pada bayi anda..moga bermanfaat..

Tips #1. Masak sendiri

Seeloknya, berikan makanan pertama bayi yang di masak sendiri, bukan makanan segera contohnya bijirin dalam tin.

Dengan memasak sendiri, makanan untuk bayi lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang sangat tidak bagus untuk bayi. Selain itu ia dapat mengeratkan kasih-sayang antara ibu dan bayi.

 

Tips #2. Berikan makanan mudah hadam

Contohnya seperti puri buah-buahan, sayur-sayuran seperti labu, pisang, epal, brokoli atau lobak. Kisar halus supaya bayi boleh menelan dengan sempurna.

 

Tips #3. Campurkan dengan susu ibu

Jika bubur atau puri terlalu pekat, ibu boleh campurkan dengan susu ibu. Selain kandungan khasiatnya yang lebih baik, rasa susu ibu lebih dikenali dan mudah diterima oleh bayi.

 

Tips #4. Elakkan gula dan garam

Jangan memasukkan gula atau garam dalam masakan bayi. Ini menyebabkan bayi tidak dapat mengenal rasa semulajadi makanan pertamanya.

Penggunaan gula akan mengganggu pertumbuhan gigi bayi. Biarkan rasa manis sayur atau buah-buahan sahaja sebagai perasa dalam masakan.

Lagipun, buah pinggang bayi belum bersedia memproses garam, gula, apa lagi sebarang perisa atau pewarna tambahan.



Tips #5. Makanan alahan

Elakkan makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti telur, kekacang, makanan laut, produk tenusu.

Makanan ini berkemungkinan menjadi pencetus tindak balas alahan kepada tubuh bayi seperti gatal-gatal, ruam, bengkak, muntah, cirit-birit dan sebagainya.

 

Tips #6. Jangan memaksa

Ibu jangan memaksa atau mendesak bayi untuk menerima makanannya pada satu-satu masa. Bayi mungkin menolak untuk makan dalam satu tempoh masa, dan mula berminat untuk makan beberapa lama kemudian.

Ibu jangan berputus asa, cuba pelbagaikan menu setiap hari dan berikan bayi makanan atau masakan yang paling dia sukai.

 

Tips #7. Pastikan bayi betul-betul lapar

Bayi selalunya lapar pada waktu pagi iaitu antara jam 10 hingga 11 pagi. Jika bayi baru bangun tidur, berikan sedikit susu supaya dia tidak terkejut menerima 'sarapan pagi'nya.

 

 jangan lupa, rules memberi makanan pejal kepada bayi anda..konsep 4hr..maksudnya 4 hari makanan pejal yang sama sebelum menukar menu lain..boleh bagi 2 kali sehari atau 3 kali sehari dalam kuantiti 1.5oz..agak2..jangan terlalu banyak..bergantung pada anak anda..

Ibu dinasihatkan untuk tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yang alah terhadap sesetengah makanan.

Jika berlaku sebarang perkara tidak diingini pada waktu siang, lebih mudah untuk ibu membawa anak untuk mendapatkan rawatan.

Last but not least, jadikan waktu makan sebagai waktu yang menyeronokkan. Jangan marah atau meninggi suara apalagi memukul jika bayi tak mahu makan.

Keadaan ini akan sebabkan bayi tertekan dan menganggap waktu makan adalah waktu yang tidak seronok dan menakutkan.

Ibu bijak, anak sihat..

NANTI KAN ENTRY KHAS..MAKANAN PEJAL AHMAD IMAN..Stay Tuned!

*************************** 
Feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama




Hubungi mama untuk dapatkan vitamin semulajadi : 

Nik Anna Othman
SID : 1092200
013-5265534