Banyak perkara yang ibu perlu tahu dan amalkan serta jauhkan sepanjang kehamilan. Sebab sedikit sebanyak apa yang ibu makan, apa yang ibu pakai, apa yang ibu rasa, semuanya akan di rasai oleh janin dalam kandungan..setuju?..haa..angkat tangan..=.=
Maka biasakanlah bayi dengan perkara-perkara baik agar mudah menjaga dan mendidiknya selepas lahir nanti.
Di bawah ni saya senaraikan perkara yang mesti ibu lakukan sepanjang kehamilan supaya nanti bayi yang lahir tak banyak meragam, tak menangis, dan ibu mudah menjaganya.
Tips #1. Ibu mesti sentiasa ceria dan positif selalu, tidak merungut atau marah-marah.
Tips #2. Tidak bergaduh atau bermasam muka dengan suami. Redha dengan suami dan mohon keredhaan suami.
Tips #3. Makan makanan yang baik lagi halal. Elakkan makan makanan yang ada
perisa, pewarna tambahan. Sebaiknya masak sendiri di rumah dan elakkan
air tangan orang yang tidak solat.
Tips #4. Sentiasa menunaikan amalan fardhu dan tambah dengan amalan sunat.
Tips #5. Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Antara surah yang mesti di amalkan ialah:
- Surah Al-Fatihah
- Surah Yusuf
- Surah Maryam
- Surah Yaasin
- Surah Luqman
- Surah At-Taubah
- Surah Al-Hujurat
- Surah An-Nahl ayat 78
Tips #6. Sentiasa bercakap dengan bayi dalam kandungan agar dia keluar nanti menjadi anak yg soleh dan berakhlak mulia
Tips ni bukan hanya saja untuk si isteri, malah suami lebih lagi. Jaga perasaan dan emosi
ibu hamil agar isteri tidak berdendam atau menghadapi sebarang tekanan
perasaan dan kemurungan.
Ibu mengandung yang akrab hubungannya dengan Tuhan, insyaAllah akan
dipermudahkan urusannya menjaga dan mendidik permata syurga...
*************************************
feel free to like & share
kebaikan untuk dikongsi bersama!
Hubungi mama : Nik Anna Othman
013 - 5265534
*************************************
feel free to like & share
kebaikan untuk dikongsi bersama!
Hubungi mama : Nik Anna Othman
013 - 5265534