Jadi untuk memudahkan tabiat tidur malam supaya normal..
jom ikuti tips menarik ini..mudah2 han membantu ibu-ibu di luar sana menangani dan mengubah tabiat tidur anak kecil..
Kakak Safrina sukaa tidur siang..malam berjaga..itu dulu..sekarang tak lagi |
9 Tips Panduan Untuk Ibu Bapa Didik Tabiat Tidur yang baik Anak-anak
Tips 1# Aktiviti pada siang hari
Lakukan aktiviti bersama-sama bayi pada waktu siang. Ajak mereka berbual-bual menyanyi atau bermain. Biasakan bayi suasana bising kerana stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.
Tips 2#Pantau tidur siang si kecil
Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak pada waktu malam.
Tips 3#Ikut rutin waktu tidur yang konsisten
Sebelum tidur, mandikan si kecil. Lakukan urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku lama kelamaan si kecil akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.
Tips 4#Tidurkan bayi ketika mengantuk
Walaupun bayi belum tidur, tetapi sudah mula mengantuk, bawa anak terus masuk ke bilik tidur. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan tempat tidur yang kemas.
Tips 5#Beri masa untuk bertenang
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ini disebabkan oleh faktor bising. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala si kecil akan senyap dengan sendirinya.
Tips 6#Posisi tidur yang betul
Si kecil mungkin menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Cara terbaik ialah dengan mengiring ataupun terlentang.
Tips 7#Cakap dengan lembut dan tenang
Jika mendapati si kecil lapar atau terganggu dengan mimpi menyebabkan tangisannya tidak berhenti. Oleh itu, bercakaplah dengan dengan tenang, belai dan tepuk perlahan belakangnya. Dengan cara begitu, si kecil tahu ibu berada di sisinya dan membantu unuk tidur.
Tips 8#Pastikan malamnya sentiasa gelap
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. Perlahankan suara dan memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.
Tips 9#Elakkan menonton televisyen
Galakkan anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sebelum waktu tidur dan tidak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.
sumber : Berita Harian