Salam ouls~..
kisah benar ini terjadi pada mlm 17hb Januari 2011, walaupon kisah ini sudah hampir 3 minggu berlalu tp pasti ia masih segar dlm ingatan pada mangsa-mangsa yang terlibat termasuk la ingatan cinta hati saya..huuhuu~..
oke..meh sy cete kisah ini..kejadian cikgu mengamuk membawa pedang yang panjang d Sek. Keb. Sabur, Pulau Banggi..
Tempat Dia mengajar..mulanya dia tidak bercerita pd saya pe yg berlaku..sekadar memberitahu dgn sms.."jangan risau, ada masalah ni..mybe mlm ni x tido.."..klo korang kan, lepas dpt sms ni..mesti piki yg bukan2 kan, sme la ngn sy..esok paginya dh kul12 lbh..sy dpt lg 1 sms dr dia.."..nk g buat report polis ni pasal masalah semalam.take cre, nnt free bie cete k".....
emm..pe lak yg melibatkan polis ni..hu3..mmg sy dh tmbah bingung..*___*..+ risau + blur + compius...addoii..pe yg cuba d sembunyi kn.??.dan yg sy thu dia pasti xnk bg sy risau sebenarnye..huwaa~
ptg, after balik ofis..sy terus drive ke kantin sekolah mak saya....mahu membawa mak sy pulang ke rumah..another story,tp pada tarikh yg sme..kantin mak sy d masuki 'orang'...dugaan tuk family sy ni...sebelum ini juga, ada pencuri masuk ke kantin tu..xthu la pe tugas pengawal keselamatan sebenarnye kt sekolah itu...dugaan...utk kecurian kali ini,mak sy kehilangan duit siling yang bernilai ratusan ringgit..kecuaian sendiri sbb terlupa bawa pulang..sekotak milo yang yang penuh dgn packing milo berat 2kg setiap satu bernilai ratusan ringgit gak..kejam kan mengambil harta org..hu3..
ok. smbg cete kt sabur..kul6pm..bru la terjawab sume teka teki sy..psl cikgu mengamuk di kuaters guru..
cni de petikan akhbar berita harian yang menceritakan peristiwa ini..berita lewat beberapa hr..
Hentakan pedang kejutkan penghuni tidur di kuarters guru
Berita Harian Online: 20 Januari 2011KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin.
Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.
Dua belas guru lelaki terbabit mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, manakala dua guru wanita itu baru berpindah ke sekolah berkenaan.
Saksi berkata, ketika kejadian kebanyakan guru di rumah dan kuarters diperbuat daripada papan itu nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan lelaki mengamuk.
“Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat guru lelaki berusia 30 tahun mengamuk dengan melibas pedang samurai dan menghentak pedang ke dinding dan pintu rumah kawan saya.
“Saya terus mengejutkan tiga rakan lain dan melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke dalam hutan paya bakau.
“Ketika menyelamatkan diri, saya nampak ada beberapa guru lain termasuk wanita turut melarikan diri ke dalam hutan.
"Sebelum melarikan diri, ada seorang kawan saya sempat mengambil telefon bimbit dan menghubungi polis tetapi polis hanya tiba kira-kira jam 12 tengah hari.
“Kami agak kecewa kerana polis dari Balai Polis Banggi di pekan Karakit hanya datang kira-kira 11 jam,” katanya ketika dihubungi di Pulau Banggi, semalam.
Pulau Banggi dengan keluasan 432 kilometer (km) persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat yang perjalanannya mengambil masa satu setengah jam.
SK Sabur mempunyai 18 guru dan lima kakitangan sokongan, kebanyakan guru adalah dari Semenanjung, manakala jumlah muridnya ialah 190 orang.
Saksi itu berkata, mereka hanya dapat keluar dari tempat persembunyian masing-masing selepas mendengar bunyi helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bot PDRM.
Difahamkan, guru yang mengamuk itu berasal dari Ranau dan sudah berkahwin dengan wanita tempatan. Dia dikatakan mengajar di sekolah itu sejak lapan tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen, mengesahkan guru berkenaan ditahan di rumahnya tidak jauh dari sekolah, tengah hari kelmarin.
"Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan kita turut merampas sebilah senjata tajam daripadanya,” katanya.
Mengenai kelewatan anggota polis tiba di tempat kejadian, beliau berkata, angin kencang menyebabkan anggota dari Balai Polis Banggi terpaksa meredah ombak besar dan meminta bantuan Unit Udara PDRM.
Bisikan misteri arah guru amuk
24/01/2011
KOTA KINABALU: Suara bisikan yang menusuk telinga guru lelaki dikatakan menjadi punca dia mengamuk menggunakan pedang samurai menyebabkan 14 guru termasuk dua wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi dekat Kudat, kira-kira 300 kilometer dari sini, tengah malam Selasa lalu.
Suara itu dikatakan mengarahkan suspek berusia 30 tahun itu mencederakan orang di sekelilingnya termasuk rakan setugasnya selain memarahi suspek kerana terus berkhidmat di kampung terpencil itu sedangkan dia sepatutnya sudah dibenar berpindah ke bandar. Selepas berkhidmat lapan tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur yang hanya mampu dikunjungi menggunakan perahu atau bot serta tiada kemudahan bekalan air dan tenaga elektrik, suara berkenaan dikatakan menghasut suspek berpindah kerana sekolah itu kononnya tidak sesuai lagi untuk suspek. Sumber berkata, hanya selepas tiga hari ditahan reman, suspek menjelaskan punca dia mengamuk mengggunakan pedang samurai hingga rakan setugasnya bertempiaran lari dalam kegelapan malam dan meredah hutan paya bakau.
“Suspek mendakwa suara perempuan itu mengganggunya sejak beberapa minggu lalu menyebabkan dia tidak tahan lalu mengamuk,” katanya ketika dihubungi, di Kudat semalam.
Banggi dengan keluasan 432 kilometer persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat dengan tempoh perjalanan satu setengah jam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam 18 Januari lalu, 14 guru bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau ketika bersembunyi daripada suspek.
Seramai 12 guru lelaki yang mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, serta dua guru wanita yang baru berpindah sebulan lalu, sedang tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan suspek.
Mereka melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke hutan paya bakau dan keluar apabila polis tiba jam 12 tengah hari.
Sumber berkata, reman suspek berakhir esok dan Mahkamah Majistret Kudat bakal menentukan sama ada suspek diarah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Mesra Bukit Padang.